Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Nak sayang Abah macam Fatimah sayang Nabi

 “Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”

Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan telefonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.

Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.

“Ibu nak balik?”

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban. 

Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing.”

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.

Lelaki itu membulatkan tekadnya.

**

Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita pergi jumpa ibu hari ini!”

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”

Anaknya bertanya,

“Siapa tu?”

Ayahnya membalas lembut,

“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”

“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

“Sayang abah tak?”

“Sayang sangat!”

**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

“Ibu, ibu!”

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

“Ini ke perpustakaan awak tu?!”

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”

Isterinya itu membalas bongkak,

“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.

“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”



Tunang nampak wanita lain dalam mimpi






 "Gadis putus tunang: Tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah."

Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawan aku di sebelah terdengarnya. Lantas berkata,"Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Tuhan. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."

Alu tidak berapa faham lantas mengeluh."Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?",  tetiba kawan aku tekankan sedikit nada suaranya. Oichhh tersentap plak aku rasa. Tapi itu merupakan situasi biasa untuk kami. Sering kali bersoal jawab sambil bertengkar manja bergaduh pendapat atau pandangan.

"Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah. Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak? Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan baik aku beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus."

Aku buat muka merajuk.

Kawan baik aku menyambung hujannya tanpa pedulikan gurauan rajukku."Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Taala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam. 

Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian.Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya. Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala.

"Dengar ni, antara kesilapannya adalah,

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama. Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati. 

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan. Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya. Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya? Ibnu Hajj al-Maaliki sebut dalam kitab al-Madkhal, Nabi s.a.w. menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain, dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda.Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh. Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap. 

Faham tak?"

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen,"Panjangnya.".
" Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibu-bapa dengan satu pilihan itu. Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama. Baca al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan.Jangan jadikan yang sunat itu wajib. Apa2 buat dahulukan Allah

To your heart
I love you
From my heart

Manusia bersifat tanah kenapa perlu sombong melangit

 Tinggi mana pun kita berjaya ingat jangan hina pada yg bawah...

Allah berikan kejayaan bukan untuk kita lupakan Dia. Tapi, agar semakin dekat kita kenali, cari dan makin sujud menyembah-Nya. Agar kita sedar bahawa kita tak punya apa-apa. Semua hanya pinjaman saja.


"Dan bermula dari kegagalan itulah yang buat kita jadi manusia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah dan tidak bersifat langit. Agar tahu erti berada di pandangan orang hina. Supaya kita sentiasa Sedar Diri agar tak buta dengan kejayaan sementara dunia.


Tahu tak?, walaupun tak nampak dengan mata kepala kita sendiri, sebenarnya Mak Ayah kita menitiskan air mata dalam diam kerana kita...


Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih kerana gagal berusaha untuk jadi orang yang Beriman ketika di dunia. "




Lelaki Dan Tanggungjawab

Bila seorang lelaki itu membuat keputusan untuk berkahwin dan punya keluarga

itu bermakna dia telah bersedia
meninggalkan kehendak metarielnya dan memenuhi keperluan keluarganya

Apa apa pun family dulu
Biar anak bini cukup pakai
Biar anak isteri tersenyum

Kehendak diri?




Suamimu Jodohmu

SUAMIMU...


Kerja atau tidak kerja

Dia suamimu

Berilmu atau jahil 

Dia imammu

Romantis atau kaku

Dia ayah dari anakmu

Ramah atau kasar

Dia bekerja menafkahimu


Ini bukan tentang

Kenapa kita harus patuh

Dan hormat kepada suami

Tapi tentang siapa yg menyuruh 

Taat kepada suami


Sudah berapa kali suara kita

Meninggi di hadapannya?

Berapa kali kita merengek

Meminta sesuatu yg membebani fikirannya?

Berapa kalikah kita

Menghargai pendapatnya?

Menghargai pertolongannya? 

Berapa kalikah kita juga

Menceritakan keburukannya?


Mari para isteri 

Dia suamimu

Syukuri kebaikan suamimu

Sebelum Allah mengambilnya

Darimu..

Sebelum semuanya terlambat 


Jika kau mentaati suamimu 

Maka Allah janjikan syurga untukmu

Jadi kau tidak akan rugi

Meskipun kau mempunyai

Suami bertabiat buruk

Taatilah suamimu

Selagi perintah suami mu itu masih dalam

Hal yang ma'ruf (Taatilah dalam hal yang tidak bercanggah dengan syarak..

Kalau suami mu menyuruh meminum arak, dan lain-lain maksiat, usah lah pula ditaati)


Dan ingatlah juga

Tatkala Tuhanmu memaklumkan

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur

Pasti kami tambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkarinya maka azabku amatlah pedih"

(Q.S. Ibrahim 07)


Bersabarlah atas tabiat suamimu karena ALLAH AZZA WAJALLA



9.9 Giveaway by Abam Kie


Jemput join gaissss
Klik banner diatas ye



Special September Giveaway by Misya


Haloooo helloooo..
Dah lama tak bukak blog sebab kesibukan kerja.
So, harini cari masa sikit untuk blogging
Maka terjumpalah giveaway yang dianjurkan oleh sis misya.
Tak lepaskan peluang, terus sy join. 
Harap dapat hadian no 3. Cantik sangatttt!

Uoll, yang nak menang hadiah tu bolehlah join giveaway ni
Klik banner diaatas ye.

Lovely Fellow's @aienienka


Assalamualaikum gasiiii.

Helloooo helloooo, i'm back babeee..
Harrr.. harr.. harr.. hampir beberapa bulan sis menyepi dari blogging.
Kesibukan membataskan pergerakan dan masa

So, dikesempatan yang ada ni, sis sempatlah mencelah
Bukak blog dan jenuh rakan blogger untuk seketika.
Maka, terjumpalah blogger salah seorang sahabat yang sedang buat giveaway
Pencarian bloglist baru katanyaaa

Mohhh lerrr kita join
Saya sudah, awak bila lagi?
Nak join? Sila klik banner diatas ye.
Semoga ada rezeki untuk dimasukkan dalam bloglist tersebut.
Aamin

Terkemuka - Zizi Kirana, Benzooloo & Sandra Dianne

Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka
Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam
Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam
Ingin jadi virtuoso, ganda usaha kerja
Ganjaran kemudiannya datang menyusul pula
Tapi nampak dari mata, masih ragu-ragu
Apa impresi pertama misalnya tidak laku
Sejam yang lalu, yakin tidak kena kecam
Perasaan kurang pasti buat satu badan kejang
Yang, pernah disitu bukti pasti masih harum
Bukan senang untuk benang terus masuk lubang jarum
Nampak macam kalah tapi sebenarnya bukan
Belum orbit sepenuhnya nampak sinaran bulan
Kalau ingin yang lebih baik, dari yang hari ini
Ambil contoh dari tokoh dan informasi terkini
Tujuan tabur baja supaya cepat tumbuh
Pastikan awal isi forum selagi belum penuh
Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka
Kalau bukan sekarang, jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain tidak berani pergi
Masuk kebun sub-atomik, partikel bersentuhan
Gabungan menjadi kalau kondisi mengizinkan
Banduan, dalam minda sedang minta bantuan
Buat keputusan sendiri, bila kebuntuan
Tapi banyak orang kipas, patutlah rasa sejuk
Ular yang mematuk datang dalam banyak bentuk
Ada, yang kurang bahaya, tapi kuat mengutuk
Suka buka luka lama yang susah untuk tutup
Tak pernah cukup, semua harus berhenti
Tukar algoritma hidup dengan peranti paling canggih
Kalau hidup bagi lemon ambil pengisar buat jus
Minum di tepi beranda hanya perlu diam (Shoosh)
Catat di kalendar bila tarikh temuduga
Teryata terbuka untuk jadi terkemuka
Tenang malam meniti masa silam
Setiap tenteram mula bergaung dalam
Namun hanya yang kembali bergema
Cuma yang terkemuka dimandikan cahaya
Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung keawan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka
Sudah bilang, bukannya susah bidang
Lima puluh, lima puluh, tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar buat orang lain hindar
Senang rancang dari awal tapi sayang kurang pintar
Pasal, dalam parsel ada puzzle
Dengar khabar sendiri belum jumpa final
Pusing vinyl perlahan dapat untung
Lega dengan pemandangan bila sudah atas gunung
Kau lihat, kelibat sekarang makin giat
Sedia pasang niat terima hakikat
Buat apa yang kita minat jadikan itu pembakar
Langit sudah tersedia tinggal jadi pencakar
Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka