Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tunang nampak wanita lain dalam mimpi






 "Gadis putus tunang: Tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah."

Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawan aku di sebelah terdengarnya. Lantas berkata,"Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Tuhan. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."

Alu tidak berapa faham lantas mengeluh."Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?",  tetiba kawan aku tekankan sedikit nada suaranya. Oichhh tersentap plak aku rasa. Tapi itu merupakan situasi biasa untuk kami. Sering kali bersoal jawab sambil bertengkar manja bergaduh pendapat atau pandangan.

"Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah. Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak? Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan baik aku beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus."

Aku buat muka merajuk.

Kawan baik aku menyambung hujannya tanpa pedulikan gurauan rajukku."Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Taala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam. 

Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian.Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya. Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala.

"Dengar ni, antara kesilapannya adalah,

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama. Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati. 

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan. Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya. Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya? Ibnu Hajj al-Maaliki sebut dalam kitab al-Madkhal, Nabi s.a.w. menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain, dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda.Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh. Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap. 

Faham tak?"

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen,"Panjangnya.".
" Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibu-bapa dengan satu pilihan itu. Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama. Baca al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan.Jangan jadikan yang sunat itu wajib. Apa2 buat dahulukan Allah

To your heart
I love you
From my heart

2 ulasan

  1. Hari tu ada dengar live cikman kot. Bukan senang-senang nak dapat petunjuk dalam mimpi. Yang selalunya adalah mainan tidur aka mainan syaitan.

    BalasPadam
  2. sometime kita sendiri keliru, petunjuk Allah or mainan syaitan, kan?

    BalasPadam