Cerpen | Kisah Seekor Kerbau
FITNAH
1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..."
2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"
3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"
4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."
5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"
6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"
7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!
Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.
Untuk renungan sahabat bersama.
Agent Klubna Laleh Seremban
Kopi Klubna Laleh diformulasi untuk bantu kita kawal selera makan dan lawaskan pembuangan. Sangat best. Sangat mudah disediakan. Perut kempis. Badan ringan dan makin cergas bertenaga. Besttttt sangat. Bye perut buncit!!!🤗
0136462960
www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9
#klubnalalehseremban
#teamkaktila
#agentklubnalaleh
Klubna Laleh Seremban
Antara kekuatan dan Airmata
Kadang kita terlepas pandang kekuatan kita dan airmata bukanlah tanda kelemahan dan apa yang kau hadap hari ni tak bermakna hidup kau cuma tentang kesedihan ini, bahagia akan tiba semula nanti kau cuma tinggal percaya.
PKPD Di Seremban
PKPD.
Pisang pak abu nak berkurung dalam rumah.
Alaaa waktu pkp pun sama juga, berkurung juga.
Pkpd, pkpb, pkp semua sama je bagi aku.
Berkurung juga dalam rumah, tak pergi mana pun.
Keluar pergi cari barang dapur pun seminggu sekali je.
Keluar bekerja pun setakat pergi kerja dan balik kerja sahaja
Dah takde aktiviti berkhemah tepi pantai, mencari ketam di tengah malam, mencari remis di petang hari, memancing ikan dan segala macam aktiviti lagi. Hikking pun dah tak boleh sekarang ni. Sobbb.. sobb.. sob!
Hurmmm.. paling terkesan apabila dah tak boleh nak balik kampung seperti selalu.
Apa nak buat, inilah salah satu pengorbanan.
Bak kata kawan aku, kau kalau nak balik kg musim macam ni boleh je, tapi kalau sampai kat kampung nanti jadi apa apa pada mak ayah kau jangan menyesal. Diaorang dah tua, antibodi tak sekuat macam kita. Mungkin dalam badan kau ada virus kovid tu tapi tak bertindak balas sebab antibodi kau kuat. Bila kau balik kampung, peluk cium mak ayah kau, si kovid pun berjangkit pada diaorang. Terus diaorang jadi kritikal sebab antibodi diaorang lemah. Entah entah tu kali terakhir kau dapat tengok diaorang, nak ke macam tu?
Deep. Tapi bagi aku, ada betulnya apa yang dia cakap tu. Benda kita tak nampak so beringatlah sebelum kena. Berhati hati gais. Kita berjaga jaga.
Update Senarai Blogger Aktif
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, baru baru ni aku ada buat satu segmen dan telah pun berakhir. Maaflah sebab lambat update. Apa yang aku rancang, tersasar pulak. Ada beberapa hal yang tidak dapat nak dielakkan. Paling gempak bila diumumkan Seremban PKPD dan aku masih bekerja seperti biasa. Pisang pak abu, nak bekerja dalam situasi yang tegang macam ni. Rasa takut, fobia semua ada..
Oka, berbalik pada segmen yang dibuat baru baru ini. Aku mengambil keputusan untuk masukkan kesemuanya dalam bloglist aku. Alhamdulillah, 24 blogger yang turut serta tu sudah aku masukkan dalam 'Blogger Aktif". Terima kasih kepada semua yang join.