Bagi, bagi korang yang selalu membeli scrub bibir di pasaran,inilah masa yang terbaik untuk korang berhenti melakukannya. Ini kerana scrub bibir sangat mudah untuk dibuat sendiri dengan kuantiti yang sama seperti anda beli di pasaran. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan bajet anda sebab barangan tersebut mudah didapati dari dapur kesayangan anda
Bahan utama ialah gula. Gula bertindak sebagai agen pengelupasan. Seterusnya ialah minyak zaitun, madu atau minyak kelapa dara sebagai agen pelembap untuk melembap dan melembutkan kulit bibir. Korang juga boleh menambahkan haruman pada scrub dengan mencampurkannya dengan apa jua pati haruman yang anda sukai.qis suka letak esen vanilla
Apa fungsi scrub bibir sebenarnya?
Scrub bibir ini bukan sahaja untuk membuang sel-sel kulit mati di kawasan bibir tetapi berfungsi untuk menyegar, melembap dan menyerikan bibir akibat pemakaian kosmetik yang terlalu lama.
Berikut beberapa resepi lip scrub
RESEPI LIPS SCRUB
[Honey Kisses Lip Scrub]Bahan-bahan :-
1 sudu besar gula putih1 sudu besar
madu secukupnya
Beberapa titik esen vanilla
[Coconut Kisses Lip Scrub]
Bahan-bahan :-
1 sudu besar minyak kelapa dara (extra virgin coconut oil)
1 sudu besar gula perang.
beberapa titik esen vanilla
Sedikit madu jika suka
[Vaseline lips scrub]
Baham-bahan:-
1 sudu kecil vaseline
2 sudu kecil gula
[Lemon lips scrub]
1 sudu besar gula perang
1/2 sudu minyak zaiton
Perahan lemon secukupnya(jangan banyak nanti cair)
Pewarna yg disukai
Esen vanilla
[Coffee lips scrub]
1sudu kecil madu
1sudu kecil minyak zaiton
2sudu kecil serbuk kopi
[Chocolate coffee lips scrub]
1/2sudu kecil gula
1/2sudu kecil serbuk kopi
2@3 titik madu
2@3 titik minyak zaiton
2@3 titik coklat esen
Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Biarkan selama 15 minit sebelum penggunaan. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk kesan yang menyegarkan.
Cara penggunaan scrub bibir.
Ambil scrub tadi dan sapu rata sehingga menutupi bibir korang. Sapuan kena lah sedikit tebal. Biarkan selama beberapa minit.
Selepas itu perlahan-lahan gosok dengan jari sehingga semua kulit mati tertanggal. Cuci bibir dengan air bersih, lepas itu lap dgn tuala kecik bersih. Akhir sekali sapu bibir guna lip balm diy.
Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Bila bibir dah cantik berseri, maka bila korang sapu lipstick, bibir korang takkan nampak kering lagi.
Tetapi, kalau dah sapu scrub pun masih tak berubah, maksudnya bibir masih lagi kelihatan kering itu bermakna anda kekurangan vitamin c ataupun vitamin e. Jadi carilah vitamin yang boleh menyelesaikan masalah korang.
Jangan lupa minum air suam secukupnya
Sumber : Jelita
Oh menarik ni. Terima kasih share
BalasPadamsenang nak buat sendiri. kena try ni. thanks kongsi ye.
BalasPadamooo baru tahu ada scrub bibir juga.. terima kasih atas perkongsian..
BalasPadamDalam lip scrub ni boleh letak perisa tak
BalasPadamBole je sis
PadamWahh menarik
BalasPadamKlau guna lib balm Nivea boleh tak?
BalasPadamBoleh pilih salah satu resepi dia atas kan?
BalasPadamboleh simpan berapa lme ye klau buat nie...dan klau tak simpan dlm peti sejuk akan rosak ke
BalasPadam