Penantian satu penyeksaan


Hari ni dah pun masuk ramadhan yang ke 9. Tapi hakak masih lagi belum berkesempatan untuk berbuka puasa bersama sama keluarga. Oichhh sedih. Ini lah pengorbanan yang terpaksa dihadapi bila berjauhan dengan keluarga. Tak apalah, demi ilmu, ku relakan juga.

Penantian satu penyeksaan. Memang pun. Sebenarnya hakak sedang menanti ni. Menanti tamatnya waktu kerja. Hehee dari pagi tadi lagi menghitung detik. Cepatlah jam 4:30 petang. Cepatlah habis kerja. Cepatlah balik kerja. Cepatlah.. cepatlah.. sampaikan semua kerja yang hakak buat hari ni macam tak keruan. Punyaah menanti kan.

Kenapa hakak menanti? Sebenarnya semalam hakak ada apply cuti. Setelah berfikir panjang, barulah hakak apply. Hakak ambil cuti sebab nak balik kampung. Okay lettuw aplly cuti dua hari. Ditambah lagi cuti hujung minggu jumaat dan sabtu, jadi empat hari hakak berpeluang mereput di kampung. Yeyeehhh!

Sebenarnya peang semalam, waktu nak mintak cuti tu cuak lah jugak. Mintak cuti last minute, lepas tu mintak dua hari pulak tanpa alasan kukuh. Hehee nasib baik Kak Emy bagi. Dia pun tak tanya banyak, disuruhnya hakak isi borang cuti, lepas tu dia sign dan hakak pergi minta sign big bos, Richard. Waktu nak mintak sign big bos tu cuak sikit. Big bos tanya dua tiga soalan. Ingatkan dia tak nak sign. Hehee akhirnya dia sign. Yeyehhh cuti dah diluluskan. Petang semalam punyalah hakak happy giler. Excited nak balik kampung der. Balik kerja petang semalam, terus packing kain baju. Giler kan?

Pagi ni excited hakak tak berkurang sebaliknya makin bertambah dan ditambah lagi kegusaran. Hakak pandang langit, gelap semacam je pagi tadi. Sekarang pun langit masih gelap tapi tade lah segelap lagi tadi. Risau sebenarnya, bimbang takut hujan turun. Hurmmm habis musnahlah harapan hakak nak balik kampung satgi. Tapi apapun, hakak harap sangat petang ni cuaca baik. Janganlah hujan, janganlah guruh, janganlah macam-macam. Hakak nak balik kampung ni. Nak jumpa mak ayah dan adik-adik. Nak buka puasa dengan diaorang. Semoga niat suci murni tulus ikhlas hakak ni dipermudahkan, Aamin.

Penantian satu penyeksaan, masih terus menanti.
Jam 4:30 petang masih tak berkunjung tiba.

PETUA CANTIK CEPAT DAN MUDAH SEPANJANG HAYAT DENGAN BAHAN MASAKAN


Tengah duduk skroll skroll facebook. Nampak satu petua yang menarik hati. Step by step yang mudah. Macam menjimatkan kos. Bahan yang digunakan hanyalah asas- asas yang kita guna dalam masakan. Okay nanti nak try buat. Tapi sebelum tu, hakak kongsi dekat sini dulu ya. Takut nanti, waktu nak buat tu lupa plak cara-caranya. Hehee pada yang cuba buat pun boleh.

PETUA CANTIK CEPAT DAN MUDAH SEPANJANG HAYAT Dengan bahan masakan  (buat skincare sendiri di rumah)

** Jerawat Hilang
** Jeragat Hilang
** Melembabkan Kulit
** White/Blackhead Hilang

Bahan yang digunakan


Kunyit hidup

buah tomato

barli
sodium bikarbonate

Step by step

1. Goreng biji barli n sodium bikar tnp mnyk dgn api yg slow.
2. Masuk dlm blender kering n blend smp jd serbuk.
Then smpn dlm bekas kedap udara. Tahan berbulan tak basi..
5. Bila nak guna amek sikit campur dgn air.
Pada anda yg punya masalah whitehead blackhead
boleh laa cmpur sikit lg sodium time nak bancuh tu okayy..
6. Kunyit buang kulit dulu ye and then hiris sikit sblm tonyoh muka.
Pada yg ada mslh jerawat/jeragat sila sental tmpt bermasalah tu lelama sikit yekk
Kunyit ni antiseptik n antikuman..
so kuman2 bakteria yg dh lama bertapa berkerumun kat muka tu akan mati

7. Hiris tomato menjadi kepingan.
Then sental pada muka. Sental sampai lunyai pun boleh.
Sental sental sampai rasa puas hati.
Tomato ni agen pemutih..so mmg parut2 boleh ilang..
pada yg ada mslh kulit kering kusam bolehlah tonyoh sepuas hati

8. Ni part last....serbuk barli yg dh bancuh dgn sodium tu buat lah skrub yekk..tenyeh2 puas hati !
and then terus tepek buat mask satu muka..
barli ni gunanya sbg lembabkan kulit selaen mbantu putihkan kulit..
biar kering jeee tau baru basuh and lap..boleh ulang semua step ni stiap hari..
Pastikah 4 bahan ni ada untuk sesi skincare anda ye.
Jimat bajet, jimat masa dan kulit bebas daripada bahan kimia.
Cubalah petua orang dahulu kala.
Tak cuba tak tahu lagu mana hasilnya.

Take note : Tak sabar nak balik kampung. Nak cuba petua ni.