Lirik Lagu Biarku Pergi – Shaa

Lirik Lagu Biarku Pergi – Shaa
Tak Pernah ku rasai
Kehilangan Kau di sisi
Tak Ingin aku kau pergi
Pergi Meninggalkan diri ini
Kian Lama berlalu
Dirimu Masih di hatiku
Indahnya Kenangan bersama
Saat Kau berada di sisiku kasih
Biarlah Kisah-kisah kita dulu
Menjadi Sebuah memori
Anggaplah Lumrah dunia
Percintaan Ini
Mengapa Rindu berakhir
Mungkinkah Suratan takdir
Kau Pergi tinggalkan aku
Buat Selamanya
Biarlah Kisah-kisah kita dulu
Menjadi Sebuah memori
Anggaplah Lumrah dunia
Percintaan Ini
Mengapa Rindu berakhir
Mungkinkah Suratan takdir
Kau Pergi tinggalkan aku
Buat Selamanya
Tak Pernah ku rasai
Kehilangan Kau di sisi
Tak Ingin aku kau pergi
Pergi Meninggalkan diri ini
Biarkan Aku pergi
Membawa Luka di hati
Ku Sedar siapa diri ini
Sekadar Ku menumpang kasih yang
Tak Pasti

Take note : Malam ni pertama kali dengar lagu ni. Mula-mula tak tahu tajuk pun. Tak tahu pun siapa penyanyinya. Dengar dan hayati lirik, sambil layan perasaan nak tidur. Sampai part chorus terus celik mata dan check telefon. Ouhhh lari Sha rupanya. Tajuk lagu ni Biar Ku Pergi. Best pulak dengar. Lirik lagu ni deep sangat. Terkesan dihati. Hahaa terus tak jadi tidur. Ulang lagu ni dua tiga empat lima enam sepuluh kali. 

Seminggu Yang Menyibukkan

Assalamualaikum

Sudah lama tidak berblogging. Blog pun sudah lama tidak berupdate. Sibuk sangat ke ai ni? Sibuk mengalahkan perdana menteri ke? Hahaaa itu semua poyo!

Alhamdulillah. Malam ni dapat curi masa untuk update blog dan blogging ke blog kawan-kawan sambil ditemani suara Dj Lin dan lagu-lagu yang sendu syahdu. Yeyehhh mencari mood, orang tua-tua cakap :)

Untuk pengetahuaan semua, minggu lepas setelah habis 'Trip ke Lata Kedondong', ai terus gerak balik kampung di Terengganu. Alhamdulillah, hati berbunga bahagia dapat jumpa mak ayah dan family semua. Puas hati balik kampung. Terubat rindu di hati. Hampir 3 bulan kot tak balik, sibuk dengan kerja dan tiada cuti panjang. Jadi, kebetulan minggu lepas dapat cuti panjang maka teruslah balik kampung. 

Balik dari kampung, ai terus join 'Trip ke Sungai Lepoh'. Fuhhh hampir luntur semangat menghiking sebelum tiba ke air terjun Sungai Lepoh tu. Hampir 2jam kami hiking baru jumpa air terjun cantik nan indah. Alhamdulillah, kepenatan berbaloi. Air terjun yang cantik, persekitaran yang meriah dan suasana sejuk mendung yang damai. Puas hati. 

Sewaktu 'Trip Ke Lata Kedondong' kami buat konsep hiking + camping manakala 'Trip ke Sungai Lepoh' ni berkonsepkan hiking + santai. Seperti biasa, setiap trip yang kami lakukan pasti ada makan-makan. Hahaaa lepas penat buang lemak makan kita tambah kembali lemak tersebut ye. Nikmatnya menikmati makanan yang dimasak menggunakan konsep survival.

Selesai aktiviti outdoor, ai sempat luangkan masa bersama kawan kawan. Kami gigih meredah kesesakan malam semata-mata nak merasa kesedapan Cendol Durian yang famous di Kg Bharu. Memang kawww! Siap beratur panjang tau walaupun jam hampir 12 tengah malam. Fuhhh kemeriahan dirasai. Ada live band lagi kat sebelah kedai cendol durian tu. Terbaikkk!

Keesokannya, ai dan kawan-kawan singgah di kedai Sport Direct untuk mencari barang-barang hiking. Fuhhh, kebetulan kedai tersebut sedang buat sale. Harga memang tak masuk akal. Rambang mata terus! Hahaaaa...

Tak sedar masa berlalu, lewat petang ai gerak balik senawang menaiki KTM, dari KL Sentral terus ke KTM Senawang. Serius cakap, badan memang barai habis. Penat trip, penat melepak, penat berjalan dan penat berdiri dari KL sampai ke Senawang. Dalam kepala memikirkan macam manalah esok nak masuk kerja eh.. Hehee..

Agak-agak macam mana ai hadapi hari isnin tu? Okay, next entri nnt ai berceloteh ya. 

TRIP SUNGAI LEPOH, HULU LANGAT

TRIP SUNGAI LEPOH, HULU LANGAT

TRIP LATA KEDONDONG, BATANG KALI

TRIP LATA KEDONDONG, BATANG KALI

LEPAK TAMAN DAGANG, AMPANG

CENDOL DURIAN RUNTUH, KG BARU

KL SENTRAL KE SENAWANG

Take note : Skrg ai sedang lalui hari hari bekerja yang agak mencabar. Doakan semoga ai mampu bertahan ya ✌