Aku Pun Ada Secebis Perasaan

"SEMUT SEBERANG LAUT JELAS KELIHATAN SEDANGKAN GAJAH DEPAN MATA LANGSUNG TAK DIHIRAUKAN"

Aku tak faham. Aku tak faham sebenarnya. Penat aku berfikir tapi tetap tak faham. Apa sebenarnya salah aku? Apa sebenarnya silap aku? Apakah semua ini?

Aku pun ada perasaan. Aku pun ada emosi. Tahu tak apa yang aku rasa? Oichhh bertapa kerdilnya aku dimata tuanya itu. Bertapa jauhnya rasa hati aku.

Ya, aku ni bukanlah seorang yang baik. Bukannya seorang yang seringkali mendengar kata. Aku keras kepala. Aku sering bantah segala tutur katanya. Yesss! Aku jenis yang akan bantah sekiranya aku tak suka. Tapi bukan semua aku bantah. Bukan semua...

Aku penat dengan semua ni..


Tips Temuduga

TIPS TEMUDUGA

Kekemasan untuk LELAKI

Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.

Baju berlengan panjang yang berwarna lembut. (Contoh :warna putih atau biru muda).

Berseluar gelap dan memakai stoking berwarna gelap.

Memakai tanda nama.

Kekemasan untuk WANITA

Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.

Berkasut bertutup penuh (court shoes).

Memakai tanda nama.



Keterampilan

Berambut pendek dan kemas (untuk lelaki).

Jika bermisai, berjambang atau berjanggut, hendaklah didandan kemas (untuk Lelaki)

Pastikan kebersihan dan kekemasan diri.

Persediaan Minda

Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.

Mengemaskini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa.

Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan atau mereka yang berpengalaman atau berpengetahuan.

Berkeyakinan dan tidak gemuruh.

Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.

Mendapat maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.

Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu

Berdoa untuk kejayaan.



Persediaan Dokumen

Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder lut sinar (transparent).

Surat panggilan temuduga.

Kad pengenalan.

Sijil-sijil kelayakan akademik.

Sijil-sijil kemahiran.

Sijil-sijil kursus.

Sijil atau surat penghargaan.

Dokumen sokongan lain, jika ada.