Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- jenis-jenis pisang yang dah pupus -

hai u'all.. u'all rasa u'all dah kenal ke dengan buah pisang yang sedia ada ? mungkin u'all silap kowt sebab ada jugak pisang yang telah lama pupus yakni sezaman dengan dinasour lagi. hahaaa antara jenis pisang yang telah ditemui pupus termasuklah pisang....

PISANG PERAK.
  •  Bukan disebabkan pisang nie berasal dari Perak, akan tetapi disebabkan warna pisang nie tidaklah seglamour pisang emas yang selalu dibawa belayar ke sana-sini. Maka pisang perak nie dibuarkan hanya penduduk di kampung-kampung dan pupus tanpa sempat diketengahkan.  
PISANG AKU
  •  Pisang yang boleh dikategorikan sebagai pisang bangga diri dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat pisang lain. Tidak seperti pisang awak yang digemari sesama pisang kerana sikapnya yang ramah. Akhirnya pisang aku dipulaukan sesama pisang dan pupus begitu sahaja.
PISANG HAMBA
  • Pisang hamba ini mirip seperti pisang raja tapi disebabkan hama maka pisang ini selalu dibuli oleh pisang yang lebih tinggi pangkatnya. Akibat terguris hati dan perasaan maka pisang hamba ini membunuh diri tanpa meninggalkan zuriat.
PISANG GADING
  •  Dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.. peribahasa yang selalu digunakan. Akan tetapi bagi kehidupan pisang, tanduk lebih bernilai dari gading maka tidak hairanlah mengapa pisang tanduk lebih popular dari pisang gading yang dah berkurung dibiarkan pupus.
PISANG BERANGAN
  • Lihat pada nama sahaja ramai yang akan naik angin bila makan pisang nie. Bukan saja hangin di hati tetapi banyak jugak angin-angin susulan akan bertindak keluar bersama bau yang boleh meruntuhkan dinding kesabaran. Setelah dilihat keburukan pisang berangan nie maka masyarakat lebih rela memilih pisang berangan untuk dibuat pencuci mulut sebelum makan.
PISANG ALI
  • Bila diukur dari segi kepopularitian pisang alu dan pisang abu, tidak banyak beza cuma masyarakat lebih gemar memilih pisang abu untuk dikomersilkan atas alasan nama abu lebih sedap dari nama ali. Maka pupuslah pisang ali di muka dunia ini.
 
 TAKE NOTE :
u'all jangan lupa makan buah pisang banyak-banyak tau sebab buah pisang nie baik untuk sistem penghadaman dalam badan. Alaaaa senang cerita, untuk mengelakkan sembelit. okbye (:

    Tiada ulasan