05 September 2014

- kehilangan itu menyakitkan -

Siapa kata aku kuat ? dan siapa kata aku tabah ? tidakkah kau sedari hati ini terlalu perit meratapi kehilangan kau, hati ini terlalu penat merintik semenjak kau pergi jauh dari aku. Apa salah aku ? dimana silap aku ? kenapa ini pengakhiran kita ? kenapa tegar kau lukakan hati aku ? kenapa tergamak kau dustai cinta kita ? kenapa sanggup kau mungkiri segala janji yang pernah kau patrikan pada aku ? dan kenapa terlalu banyak kenapa yang aku sendiri tidak punyai jawapannya ??? cinta, apakah erti cinta sebenarnya pada kau ? huh ! senangnya kau mengungkap kata cinta dan akhirnya kau sendiri melangkah pergi dari cinta aku... sedarkah kau, kini dua tahun sudah berlalu tapi aku masih terkontang kanting teringatkan kau. aku masih memegang segala janji yang pernah kau tuturkan pada aku. aku masih mengharapkan kehadiran kau. tidakkah kau sedar bertapa aku terlalu merindui kau. tidakkah kau sedar, aku terlalu menyayangi kau. setiap janji dan kata kata kau, masih utuh dipemikiran aku. pernah kau berjanji untuk jadikan aku cinta terlarang yang terakhir dalam hidup kau. andai kata suatu hari nanti kita berpisah, biarlah kita kekal sebagai kawan dan carilah seorang lelaki sebagai pengganti cinta kita. semoga kehadiran lelaki tersebut mampu membara kita ke jalan yang diredhai Allah. tapi ternyata kau khianati janji kita. tanpa sebab yang munasabah dan tanpa alasan yang kukuh, kau buang aku dari hidup kau. kau pinggirkan aku dari hidup kau. serius hati niesakit tapi apa yang mampu aku lakukan ? huh , aku tak mampu untuk terus mendekati kau. kau semakin jauh dari aku, kau menjauhkan diri tanpa sepatah kata.. pernah kau berjanji untuk kekal bertahan disisi aku, pernah kau berkata, akulah cinta terlarang yang paling kau sayangi, kau tak mampu hidup tanpa aku, akulah ratu dihati kau, akulah sumber untuk kau terus tersenyum tapi kenapa tergamakk kau membunuh segala kata-kata itu. tergamakk kau lukakan hati aku. hurmm hingga saat ini aku masih teringatkan kau, hingga saat ini aku masih rindukan kau, pernah berkali aku belajar untuk membenci kau tapi aku tak mampu. dari hari ke hari rasa rindu aku makin membuakkk.. keinginan untuk aku tatap wajah kau kian menebal tapi dimana harus aku pergi untuk menemui kau ? seandainya kau mengetahui rasa hati ini, ketahuilah aku tidak pernah membenci kau sebaliknya aku masih menyayangi kau. biarpun berpuluh orang menidakkah tindakkan kau terhadap aku tapi aku tetap menyayangi kau dan masih menyayangi kau. semoga kau bahagia dengan pengganti aku, dan aku harap suatu hari nanti aku akan dapat bersua kembali dengan kau. apa pun terjadi, kau laa cinta terlarang terakhir yang aku sayang.. aku pegang segala janji janji kaita bersama suatu masa dulu.. semoga bahagia milik kau sayang.. aku masih menyayangi kau..a.t.o.k!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan