12 Jun 2015

Hati Perempuan | Menyampah dengan sekeliling


Agak meluat dengan komen-komen ‘Syukurlah Malaysia masih aman’ bila ada cerita pasal pergaduhan & jenayah terpampang di susur masa, yang setentunya ditulis dengan nada sindiran.

Kes jenayah, mana-mana pun ada. Bukan baru sekarang, walhal sejak zaman purba lagi. Tidak dinafikan kes jenayah dah banyak. Dan usaha kekang jenayah pun dah banyak. Kalau nak harap polis, JPAM, RELA, Nepal sekuriti saja, payah. Kita sendiri pun nak perhati rumah 24 jam pun tak boleh, nak harapkan orang lain yang tentu beratus rumah nak kena jaga (dan dalam kepala mereka, rumah sendiri entah apa cerita).
Dan golongan2 yang menyindir tadi jugalah yang pada masa sama menuding jari yang golongan polis, JPAM, RELA dan sekuriti ini banyak makan gaji buta dan makan rasuah. Tapi muka mereka tak pernah dilihat pun dalam sama-sama usaha kawal jenayah. Nak masuk rukun tetangga jauh sekali. Nak bersengkang mata ronda perumahan malam-malam, haram.

Bab sindir dan komplen, nombor satu. Jadi, berbaliklah kepada kita sendiri untuk jaga sama2 persekitaran kita. Kalau taknak kena rompak, jaga harta benda. Alah, nasihat macam biasa. Kalau taknak kena ragut, jangan pakai beg tangan selempang. Kalau taknak kena pecah rumah, pasang sistem penggera (kereta 3 biji, takkan alarm tak boleh pasang). Kalau taknak kena cantas tangan dan kepala otak, jangan pinjam along dan masuk kongsi gelap. Kalau taknak kena belasah, jangan cari pasal dengan siapa-siapa.

Jangan sampai satu hari, sindiran makan tuan. Tuhan di atas luas pandangan. Jangan sampai polis yang dicaci, bila sampai masa susah kembali dicari. Jangan cakap besar bangga diri, satu hari bila jatuh orang tak peduli. Jangan gelak, benda pernah jadi.


Previous Post
Next Post

post written by:

10 ulasan:

  1. Benda macam ni, tak kena kat batang hidung sendiri, memang tak rasa. Bila dah kena, merekalah yang paling banyak dan lama berbunyi.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Singgah lama-lama pun tak pe sis .. huhuuu :)

      Padam
  3. biasa la tu., klu nk puaskn hati semua orang mmg mustahil., yg pnting kita tak mnykitkan hati orang cukup la., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong... memang susah dan mustahil untuk puaskan hati semua orang...

      Padam
  4. betul,betul.betul..tau menuding jari je tapi sendiri tak de usaha kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..
      Apa salahnya kalau bergandingan..
      Tak perlu nak mengharap sangat...

      Padam