06 Jun 2015

Hati Perempuan | Terluka

"Boleh tak kita break. Maaf, saya tak mampu lagi menyayangi awak sepenuh hati. Hati saya dah jadi milik orang lain. Saya sendiri tak sedar bila dan bagaimana tapi yang pasti saya tak mampu lagi bersama awak. Saya tak nak nanti dia terluka bila tahu tentang kita. Maafkan saya. Tolong jangan cari saya lagi selepas ni."

Sedari bangun tidur, aku hanya mampu menangis. Menangis dan terus menangis. Aku meratapi nasib yang tidak menyebelahi aku. Apa salah aku. Apa silap aku. Apa dosa aku kepada dia. Tergamak dia melafazkan kata putus. Tak pernah aku menjangka ini akhirnya sebuah perhubungan.

Awak, saya tak pernah menyesal pun mengenali awak. Awak banyak ajar saya erti hidup. Awak ajar saya erti ketabahan. Awak ajar saya bagaimana untuk terus bersemangat dalam hidup ni. Awak terlalu banyak mengajar saya. Saya hargai semua tu. tapi saya tak faham, kenapa sekarang awak buang saya dari hidup awak. Apa silap saya, apa salah saya. Awak tahu tak saat ni apa yang saya rasa?

Terhina! Saya rasa terhina sangat dengan sikap dan perbuatan awak. Tergamak awak lakukan semua ni pada saya. Awak mintak perpisahan semata-mata untuk bersama dia. Dia, kawan karib saya. pernah tak awak fikir perasaan saya. pernah tak awak cuba selami apa yang akan saya fikir bila ketahui relation antara awak dan dia. Sungguh, saya sendiri tak tahu bila masanya hati awak berpaling tadah. Hurmmm...

Awak ingat lagi tak waktu susah kita dulu. Awak ingat lagi tak waktu kita jatuh dulu. Awak ingat lagi tak kepayahan yang sama-sama kita hadapi dulu. Waktu tu, awak janji takkan sesekali tinggalkan saya. Awak janji takkan persiakan pengorbanan saya. Tapi kini janji hanya tinggal janji. Janji yang tak mungkin akan tertunai.

Awak, saya sedar siapa diri ini. Saya masih lagi seorang pelajar. Pelajar yang bergelumang dengan buku-buku. Banyak masa yang saya habiskan untuk buku sehingga awak sedikit terabai. tapi tidakkan awak cuba untuk fahami situasi saya? Kita pernah sama-sama menjadi pelajar. Bezanya kini saya masih sambung belajar dan awak ambil keputusan untuk bekerja. Awak cakap nak kumpul duit cepat-cepat, nanti boleh masuk meminang saya. Tapi kini kenapa sebaliknya yang berlaku!

Awak kini mungkin seorang yang senang. Seorang yang bekerjaya. Seorang yang tidak lagi memerlukan saya disisi. Mungkinkah.. Sebab tu awak kini buang saya. tapi saya tak pernah menyesal, hanya sedikit terkilan dengan sikap awak. Terkilan juga dengan sikap seorang sayang. Tergamaknya awak dan dia.... Hurmmm...


Take note : Ketika entri nie ditulis, aku membayangkan diri berada di tempat seorang sahabat tu. Terlukanya dia kerana insan yang disayangi berpaling tadah. Lagi terlukanya dia apabila seseorang yang dianggapnya sahabat telah menikam kepercayaannya. Paling terlukanya dia disaat dia ketahui rupa-rupanya insan yang dia sayang dan seseorang yang dianggapnya sahabat itu bermain kasih dibelakang dia. Aku simpati dengan apa yang dia hadapi. Semoga dia tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Allah maha adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran dan balasannya. Bertabahlah sahabat.. 

Previous Post
Next Post

post written by:

10 ulasan:

  1. Hati. Susah nak tengok. Tapi susah jugak nak rasa. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati senang berbolak balik... Belajar tetapkan hati...

      Padam
  2. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga kawan kejupenyet terus tabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah pasal sis... Sedih tengaok dia.. Semoga dia tabah dan sabar. Setiap apa yang berlau ada hikmahnya.

      Padam
  3. tak semua yang sempurna, kalau nak cari sempurna, sampai bila ?? sedih baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...
      Manusia tade yang sempurna...
      Berubahlah ke arah yang lebih baik..

      Padam
  4. semoga bertemu jodoh yg terbaik...kena doa byk2.. :)

    BalasPadam
  5. ooh..kiranya kawan dia ni bercinta dengan pakwe dia la,gitu?

    BalasPadam