29 Mei 2017

Cerita Ramadhan | Hari Kedua

Hari kedua berpuasa. Bersahur seperti biasa. Kurma dan air kosong. Alhamdulillah, mampu bertahan sehingga petang. Hari ni aktiviti agak padat. Huhuuu sebenarnya takde lah padat mana. Sekadar ke hulu ke hilir cod Medina Desire Detox Tea. Alhamdulillah, rezeki bulan puasa melimpah ruah. Syukur.

Cod untuk hari ni sampai tersesat bagai. Jenuh memusing tempat yang sama. Alahai hati, sabarkan sahaja. Usaha mencari dan tawakal, akhirnya jumpa. Fuh !!! Settle cod, terus ke Terminal One, Seremban. Dari Senawang aku merempit ke Terminal One. Panas lit lit wehhh.. Time dekat trafik light.. perhhh rasa macam sepet mata tahan panas. Kihkihkihhh..

Sampai Terminal One, terus gerak ke kaunter bus S.P.Bumi. Malas dah nak lilau silau mencari. Memang kebiasaannya aku naik bus S.P.Bumi tu dari Seremban ke Terengganu dan begitulah sebaliknya. Sampai ke kaunter.. fuhhh.. beratur panjang wehhh.. sorang demi sorang.. sorang demi sorang.. kaki dah penat berdiri, akhirnya tiba giliran aku..

"Dik tiket bus S.P.Bumi ke Terengganu 16.6 ada lagi tak?"
"Hari Jumaat ork?"
"Hah? A'ah hari Jumaat. 16.6, ada lagi tak?"
"Ada kak"
"Bus double ke single erk? Banyak lagi tak kosong? Ada single seat tak?"
"Tak pasti bus single ke double kak. Tiket, kak tengok sendirilah skrin ni"
**Dalam hati berkata, alamakkkkk banyak tu je yang tinggal**
"Seat single ada tak dik? Yang ni trip malamkan? Nak 1 tiket dik"
"Hari Jumaat, 16/6/2017, pukul 9.30malam erk?"
"A'ah dik"

Maka tiket pun diprint. Sebelum bayar, aku check satu persatu detail. Tarikh, masa, no kerusi dan lain lain. Agak dah puas hati aku pun bayar. Alhamdulillah, lega! Settle bab tiket bas. Tiket untuk balik raya. Terus aku whatsApp family, siap hantar gambar tiket. Heheee semangat giler nak balik, kan.

Settle bab tiket. Misi seterusnya mencari tembikai. Petang semalam aku cari temikai tak jumpa. Frust weh, baru plan nak berbuka puasa dengan tembikai. Okay, untuk hari ni perlu jugak mencari. Agak gigih aku mencari sehingga ke kawasan jalan pantai. Cari punya cari, nampak satu kedai buahan. Terus singgah dan mencari. Tanya punya cari, pilih punya pilih, maka aku pilih tembikai kuning. Dalam kepala otak dah terbayang, balik nanti potong tembikai siap-siap lepastu simpan dalam peti ais. Nanti time berbuka puasa baru best makan, tembikai sejuk. Fuhhhh !!

Dah siap membeli, letak dalam raga motor, tetiba terpandang belakang motor. Eh, mana plat motor belakang aku?? Jatuh ke? Perhhh rasa maccam blur kejap. Alahai plat motor, akhirnya kau hilang juga setelah hampir dua minggu kau longgar crack. Baru plan lepas beli tembikai terus nak balik rumah. Skrg terpaksa ubah rancangan, mencari bengkel motor dan buat plat baru. Cari bengkel area jalan ke KTM.. satu bengkel tutup.. dua bengkel tutup.. tiga bengkel tutup.. oich patutlah, hari ni hari ahad, cuti. Maka aku terus ke Senawang, ke bengkel yang sebelum ni aku pernah buat plat. Buat plat yang dah hilang tu. *macam berbelit je ayat ni. Abaikan..*

Bengkel tu kebiasaannya memang ramai pelanggan. Kebetulan hari ni salah seorang pekerja mereka cuti, so terpaksalah menunggu giliran. Lama jugak aku tunggu, kalau tak silap lebih kurang satu jam. Yes,TJ, mintak tolong diaorang pasangkan untuk aku. Lagipun sebelum ni, waktu aku tukar plat, si "cicak" yang tolong pasangkan untuk aku. Heheheee..

Tengok jam dah dekat pukul 6petang. Malas dah nak singgah mana-mana. Bazar ramadhan? Oich tidakkk ! Malas dah aku nak singgah. Malas nak bersesak dengan segerombolan manusia. Maka aku pun balik hati yang lega. COD dah settle. Tiket dah settle. Tembikai dah beli. Plat pun dah buat yang baru tapi tak pasang lagi.

Sampai rumah lebih kurang pukul 6lebih. Okay, rehat kejap. Tetiba si wawa call. Katanya si Apih ajak berbuka puasa di TTJ. Katanya lagi, diaorang pesan air tebu. Baru je aku letak call tetiba masuk masej dari si apih tu.

"Mari TTJ lah. Buke pose rumoh kawe. Tolong beli air tebu."
"Ok. Lagi ada nak pesan gapo lagi dop?"
"Abg long kirim murtabak"
"Ok"

Tengok jam dah pukul 6setengah lebih. Fuhhh masa dah semput ni. Terus aku whatsAap si wawa, suruh siap siap dan kejap lagi aku datang jemput dia. Hahaaa kami singgah di Mydin Senawang sebelum ke TTJ. Beli tembikai dan ikan selayang. Petang semalam lepas berbuka puasa, si Alef ada request ikan celup tepung so hari ni aku cuba tunaikan keinginan dia. Huhuuu..

Agak kalut situasi aku dan si wawa. Tengok jam dah pukul 7. Murtabak dan air tebu mana nak cari. Area Mydin, tak de plak nampak si penjual air tebu. Murtabak, ada yang dah tutup gerak. Mati akal kejap. Mana lagi ni nak cari.. Dalam perjalanan ke TTJ, kebetulan ternampak Bazar Ramadhan di Senawang Jaya. Singgah kejap beli murtabak. Okay settle. Air tebu takda so perlu dicari lagi. Singgah plak di Bazar Ramadhan TTJ. Ada 3 gerai jual air tebu tapi semuanya dah habis dan yang tinggal hanya hampas tebu lalu aku pun hampa. Mati akal kejap so belilah air sunquick. Time ni memang masa kritikal giler dah. Dah dekat sangat waktu berbuka puasa. Aku pun dah malas memikir. Terus gerak ke rumah diaorang. Sedang molek sampai, parking motor dekat garaj pastu azan Mahgrib pun berkumandang. Hahahaa si Alef dah merepek bagai. Malas aku nak dengar so terus masuk rumah. Okay, nampak nasi dan lauk dah terhidang. Alhamdulillah rezeki. Hari kedua berbuka puasa masih dalam keadan kalut. Tapi kekalutan hari ni lebih baik sedikit berbanding kekalutan semalam. Hahahaaaa ! Sebelum balik, aku mintak tolong si Apis tampalkan plat motor. Sabar, tadah telinga pastu senyum. Heheee

Hari kedua puasa. Hari kedua berbuka di TTJ. Hari kedua berbuka bersama mereka.
Thanks weh ! Sek demo memang gilo tapi gilo demo hanya kawe yang tahu



Previous Post
Next Post

post written by:

3 ulasan:

  1. Adoi.. Betul-betul kalut tu..
    Sha yang baca pun rasa kekalutan itu.. hehehe

    BalasPadam
  2. hehe.. yamg penting tiket bas balik raya tu. semoga selamat semuanya ye :)

    BalasPadam