30 Mei 2017

Cerita Ramadhan | Hari Ketiga


Hari ketiga berpuasa. Hari ni takde apa yang menarik pun. Seperti biasa bersahur dengan kurma dan air kosong. Lepas sahur sempat aku baca novel kejap sebelum sambung tidur lagi sedikit.

Okay, hari ni masuk ofis aku menghadap buku log. Entah, tak tahu kenapa tetiba aku rajin plak bawa buku log ke opis arini. Hurmmm mungkin sebab dah timbul kesedaran dalam diri. Praktikal aku berbaki lagi lebih kurang tiga minggu. Buku log aku plak masih kosong, suci murni. Fuhhhh.. bila diingat tentang buku log tetiba rasa macam nak migrain. Macam banyak je je yang perlu dikarang dalam tu. Alahaiii malas, tapi sampai bila nak malas, kan. Maka aku pun merajinkan diri.

Hari ni sehari suntuk aku menghadap buku log. Berpandukan kepada gambar aku mula karang ayat satu . Leka menulis tanpa sedar lunch pun berlalu. Nasib baik bulan puasa, kalau tak sememangnnya rugi. Melepaskan  peluang untuk tidur ketika waktu lunch ! Kesudahannya sampai waktu balik aku menghadap log book tu.

Disebabkan petang tadi hujan, maka aku tak pergi ke TTJ. Berbuka di rumah sudah. Sorang sorang pun jadilah. Langsung tak kalut hari ni. Aku siap boleh sambung baca novel lagi sementara tunggu waktu berbuka. Fuhhh ! santai giler..
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: