Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Bila Nenek Bandingkan Cucu Cucunya

Assalamualaikum..
Fuhh.. Fuh.. Fuhh.. Berhabuk.. Berdebu.. Lama sangat tak blogging, kan. Lamanya aku menyepikan diri. Eh, jangan salah faham, bukan menyepi tapi kekangan masa ynag tak mengizinkan.

Okaylah, malam ni aku berkesempatan untuk blogging. Aku nak kongsi satu cerita kehidupan dengna korang. Ini cerita kisah hidup kawan aku. Aku macam tertarik nak kongsikannya disini. InsyaAllah untuk dijadikan pedoman pada aku dan juga korang semua.

Aku ada sorang kawan. Kawan yang agak rapat. Nama dia Nia (bkn nama sebenar). Kiteorng selalu kongsi masalah bersama sama. Nia ada sorang nenek yang tinggal sendirian. Katanua Nia, dia pernah ajak nenek tinggal sekali dgn dia tapi nenek menolak. Pakcik Nia pun ada ajak nenek tinggal sekali tapi nenek taknak. Nenek cakap, semewah mana pun rumah orang tetap tak rasa selesa macam rumah kita sendiri. Nenek cakap nak mati kat rumah sendiri, taknak mati kat rumah anak anak dia.

Nenek Nia ada 3 org anak, 2 lelaki dan sorang perempuan. Maksudnya Nia ada 2 orang pakcik, mak nia anak bongsu. Pakngah Nia tinggal di KL. Pakngah Nia memang jrang balik ziarahi nenek. Kebiasaannya setiap bulan, si pakngah hanya akan kirim duit sahaja. Family Nia tak rapat sangat dgn family pakngah tu. Paklong Nia plak tinggal di Setiu, lebih kurang dlm 2jam lebih laaa kalau ke rumah nenek. Jarak rumah Nia plak lebih kurang dlm 1jam ke rumah nenek.

Katanya Nia, nenek terlalu bangga sangat sangat anak anak paklong dia. Setiap kali Nia @ adik adik dia ke rumah nenek, mesti nenek akan bercerita. Balik balik cerita yang sama je kot. Itu bagus, itu baik, itu blaaa blaa blaaaa.. sampai satu tahap Nia rasa menyampah. Macam nenek terlalu mengagung agungkan anak paklongnya itu. Anak anak paklong baik orangnya, aolat tak tinggal, mengaji pun pundai, pakai tudung labuh, baju pun sopan je, kerja pun bagus bagus, ada kereta, blaa blaa blaaaa...

Nia cakap sampai satu tahap dia rasa fead up, menyampah. Cucu yang sana dia puji melambung. Cucu yang selalu dtg ziarah dia ni sebelah mata pun tak pandang. Alahaiii pedihnya rasa hati. Kalau bab cucu sana semua benda baik, elok je terletak. Bila masuk bab cucu sini macam maca benda yang dikritik. Oichhh sedihh wehhh..

Nenek ouh nenek.. cubalah ingat balik cucu mana yang ada bila nenek sakit? Ya, mmg cucu sana baik, alim, warak orangnya, pakaian mematuhi syariah tapi janganlah dihukum cucu sini macam jahat sangat. Cucu sana bila je dtg ziarah nenek? Bila dtg ada ke tlg kemas rumah? Ada ke tolong mana yang patut??

Nek..
Cucu sini yang banyak berkorban nek. Bila raya, cucu sinilah yang gigih kemas rumah. Cucu sinilah yang handle bab dapur. Pinggan cawan semua cucu sini tau yang cuci. Ruang tamu, biskut semua, cucu sini tau yang settlekan. Sehari sblum raya gigih tau cucu sini siapkan apa yang patut. Cucu sana apa yang dibuat?? Dtg pagi raya. Menepek dpn ruang tamu hadap tv sambil kunyah biskut raya. Bila cukup masa, balik. Dapur langsung tak jejak! Cawan pinggan semua cucu sini yang angkut bawak ke dapur tau. Cucu yang lagi satu tu tunggulah ptg raya baru nampak batang hidung. Itupun singgah kejap je. Mana ada bermalam.

Hurmmm... nek, janganlah dilayan cucu sini bagaikan sampah nek. Cucu sini memang tak bijak pandai. Belajar tak tinggi mana. Hidup takde lah mewah mana. Tapi cucu sini pun ada hati perasaan nek. Kenapa perlu nenek banding bandingkan kami? Mereka bijak, mereka cantik, itu rezeki mereka. Kami tak bijak, kami tak cantik, ini bahagian kami. Kami usaha nek untuk sentiasa ke rumah nenek.

Kadang kala kami bukan taknak pergi tapi itulahhh.. sakit hati dgn mulut nenek yang terlalu banggakan cucu cucu yang lain. Kami bukan cemburu. Kami bukan jelous. Tapi kami muak nek. Sampai satu tahap kami rasa rendah diri. Oichhh bagusnya diaorang. Hurmmm kami ni apalah yang ada. Kereta takde. Harapkan motor cabukk tu je lahh. Balik balik cucu sana blaaa blaa blaaaa. Cerita yang sama je.

Nek..
Nia sayang nenek. Sayang sangat nek. Ikut hati nia, nak je paksa nenek ikut nia balik rumah. Tinggal dengan kami. Kami risau kot nenek tinggal sorng sorang kat rumah tu. Tapi apakan daya, kami tak mampu nak paksa nenek. Nenek cakap selesa duduk rumah sendiri. Nak mati dalam rumah sendiri. Hurmmm.. balik balik ulnag ayat tu je. Tahu tak pilu sangat rasa hati Nia. Nia sayang nenek. Semoga nenek sihat dan kuat untuk tempuhi semua ni.

Take note : Buat Nia sahabatku, aku seakan memahami apa yang kau lalui dan rasai. Situasi kita hampir sama. Semoga segala urusan kau dipermudahkan. Semoga nenek kau sihat dan dipermudahkan segala urusannya.

3 ulasan

  1. memang ada segelintir bersikap mcm tuu...yg jauh juga dikenang yeaa...yg biasa nampak depan mata ni mcm xwujud... tapi InsyaAllah 1 hari nanti kehadiran Nia akan di sedari oleh neneknya

    BalasPadam
  2. Uisshhh, ada lagi kan cite2 pilih kasih nih, minda masyarakat kita masih tak berubah.

    Jemput join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana.

    https://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2018/11/segmen-bloglist-2019.html

    BalasPadam
  3. i hate the word bandingkan. that hurts

    BalasPadam