Alhamdulillah, tahun 2018 telah berlabuh tirai. Rasa syukur yang tak terhingga kerana dapat merasai tahun 2019.
356hari lalu bukanlah hari yang sentiasa menyenangkan hati aku. 356hari yang lalu juga bukanlah hari yang menyusahkan aku. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana berjaya melaluinya walaupun dalam keadaan hati yang bercampur baur.
Aku gembira. Sebahagian dari azam dan target berjaya aku laksanakan. InsyaAllah yang masih tak terlaksana itu akan menjadi azam dan target untuk tahun ni, 2019. Heheee...
Apa yang aku lalui tahun 2018?
Okay, awal tahun 2018, aku berjaya habiskan study. Alhamdulillah, aku dah grad. Lebih kurang 3bulan lepas tu aku berjaya dapat kerja dalam bidang yang aku pelajari. Yeyeehhhh happy! Sepanjang bekerja, banyak kisah yang terukir dalam hidup aku. Suka, duka, sakit, bahagia datang bersilih ganti. Oh ye, disamping tu bisness online aku juga semakin mendapat sambutan. Walaupun aku agak sibuk dengan kerja tapi aku cuba cari masa untuk seimbangkan kedua dua pekerjaan aku tu.
Ya, sememangnya agak sukar untuk aku membahagi masa. Ada kala aku langsung tiada masa untuk diri sendiri. Adakalanya pula aku lebihkan masa untuk diri sampaikan tiada masa utk pekerjaan aku. Eh apakah itu? Kihkihkih.. serius aku gagal dalam pembahagian masa!
Tahun 2018, aku banyak melakukan aktiviti sihat. Masih melepak lagi ke? Hehee.. lepak mal dah kurang. Biasalah, siang nak kerja so malam dah kurang melepak. Untuk hujung minggu pula, aku cuba cari masa join kawan kawan hiking. Alhamdulillah, walaupun tak berapa padu tapi berjaya jugak sampai ke peak. Kepenatan memang tak terkata tapi itulah harga untuk sebuah kepuasan. Yeyehhhh, tahniah untuk diri sendiri.
Apa kesedihan yang mendatang tahun 2018?
Kesedihan tu banyak sebenarnya. Tapi itulah, makin dilayan makin menjadi. Tapi kekadang terlayan juga hingga berjurai airmata menahan sakit dihati. Apapun aku cuba set dalam kepala. Positif.. positif. positif. setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Kau orang lain boleh hadapi mesti aku pun boleh. Aku mampu tanggung semua ni tak perlu harapkan orang lain. Blaaa.. bla. blaaa... Walaupun kadang kala kecundang juga.. Tapi takpe, aku cuba untuk terus positif.
naik turun roda kehidupan ada pahit ada manis. tapi semuanya mematangkan kita.
BalasPadamsemoga tahun 2019 lebih bahagia dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.
happy2 selalu =D
Semoga tercapai segala azam 2019 nanti.
BalasPadamJemput join segmen di blog abam kie. Tq
Selamat tahun baru akak ucapkan pada awak.. Semoga tahun ini apa yang awak impikan Insha Allah akan menjadi kenyataan.. Lupa nak mention nama awak, TAHNIAH sebab minggu lepas awak terpilih untuk direview dalam jurnal akak.. hihi sori tak mention.. Jemputlah singgah..
BalasPadamhttp://www.shikinrazali.com/2018/12/sahabat-blogger-pilihan_25.html