Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Batasan Dalam Berkawan


"Awak ni suka layan laki orang kan"

Gais, apa perasaan bila korang ditujukan soalan sebegitu rupa? Sakit hati? Terasa? Sedih? Sentap? Terkilan? Rendah diri?

Aku? Sejujurnya aku terkejut. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Eh, jahat sangat ke aku ni? Perosak rumahtangga orang ke? Hurmmm... sel sel otak aku agak lambat untuk berhubung.

Tetiba kisah kisah lalu menyapa bagai angin lalu. Ya, kawan kawan aku ramai lelaki. Ada yang bujang dan ada yang dah beristeri. Aku kenal family dan isteri dyorang.

Jadi, wajar ke aku dituduh menggatal dengan suami orang? Aku tahu batasan aku dengan dyorng. Alah dyorng pun dah aku anggap seperti abang abang aku. Aku dah dianggap seperti adik dyorng. Susah senang aku selama ni dyorang yang banyak menolong. Banyak kisah susah payah kami yang orang tak tahu. Sama sama hadap hidup ni. Sama sama tolong untuk teruskan hidup ni. Ya, orang luar tak nampak kepayahan kami sama sama lalui. Yang mereka nampak hanya keseronokan, pergi sana sini, lepak takda halatuju, blaaa blaa bla..

Hurmmm.. kekadang bukan semua benda kita boleh tunjuk pada orang. Ada benda yang perlu kita simpan. Kebaikan yang dilakukan tak perlu dihebohkan. Kejahatan yang dilakukan tak perlu disebarkan. Cukup hanya kita dan Allah yang tahu, mana baik dan mana buruknya. 

Belajar sedar diri. Ingat level mana diri kita berada. Ingat sampai mana batasan kita. InsyaAllah, kalau niat kita baik, maka baiklah perjalanan hidup kita. Sekiranya niat kita terpesong maka sengsaralah hidup kita. Apa yang kita lakukan itulah masa hadapan hidup kita. Jadi, sentiasa beringat dalam berkawan. 

Pisttt.. ada orang kata, lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan. Hurmmm.. aku agak tidak setuju dengan kenyataan tu. Bagi aku, itu semua bergantung pada niat dan diri kita dalam berkawan. Pokok pangkalnya hati kau. Kalau dah besar, dah boleh nilai buruk dan baiknya tindakan yang kau buat. Jadi, fikirlah sebelum buat sesuatu perkaran.

Pistttt.. aku sangat hargai mereka yang ada disisi aku ketika aku jatuh. Aku akan sentiasa ingat pada mereka yang sentiasa ada dengan aku ketika aku tersungkur. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada masa untuk aku ketika aku perlukan teman berborak, teman bergelak ketawa, teman meluah perasaan, teman yang memberi nasihat. Terima kasih gais. Korang sahabat terindah yang aku ada. Semoga korang semua sentiasa dalam lindunganNya. Semoga korang sentiasa bahagia bersama keluarga dan segala urusan korang dipermudahkan. Aamin

Tiada ulasan