10 keadaan mata yang dapat mengenalpasti masalah kesihatan anda
Dengan melihat mata seseorang kita dapat mengetahui masalah kesihatannya. Mata merupakan organ yang penting bagi kita. Anda akan dapat mencegah dengan lebih awal jika anda dapat mengesan dengan awal gejala kesihatan anda. Berikut merupakan 10 keadaan mata yang dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan anda:
1) Lingkaran hitam
Jika terdapat lingkaran hitam dibawah kelopak mata anda semasa anda bangun pagi, mungkin terdapat racun-racun atau toksik yang terkumpul didalam tubuh badan anda. Kulit kelopak mata merupakan bahagian yang sensitif berbanding kulit dibahagian lain. Ia juga dikatakan bahagian yang dapat mencerminkan keadaan fizikal seseorang.
Jika lingkaran hitam muncul dalam jangka masa yang pendek, faktor utamanya mungkin disebabkan keletihan dan kurang tidur. Namun jika ia muncul dalam jangka masa yang panjang, ada kemungkinan anda mempunyai masalah gangguan saluran air kencing atau sistem reproduksi ginjal.
Disyorkan supaya tidak berjaga malam, makan makanan bernutrisi dan lebihkan memakan makanan bergandum.
2) Kulit disekitar mata bengkak
Keadaan ini selalu terjadi jika anda meminum air dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur. Namun jika anda tidak minum air sebelum tidur tetapi kulit disekitar mata anda bengkak, berkemungkinan ginjal anda mempunyai masalah. Bukan lelaki sahaja akan mempunyai masalah ginjal, perempuan juga boleh menghadapi masalah yang sama. Disyorkan untuk meminum air yang cukup pada waktu pagi.
3) Muncul bintik-bintik seperti lemak dibawah atau sekitar mata
Jika anda menyedari disekitar mata anda terdapat bintik-bintik putih, makin lama makin banyak, ini menunjukkan tahap kolesterol di dalam tubuh badan anda tinggi.
Anda disarankan untuk menggunakan krim mata bebas minyak. Kurangkan memakan makanan berkolesterol tinggi dan melebihkan sayuran didalam makanan harian anda.
4) Mata berurat merah
Ini mungkin disebabkan darah tidak lancar, keletihan dan tidak cukup rehat. Titiskan ubat penyegar mata seperti eye mo menyegarkan kembali mata anda. Pengambilan vitamin C juga digalakkan.
5) Ketumbit
Ketumbit boleh dikaitkan dengan jangkitan bakteria, kerana imun badan yang tidak kuat untuk melawannya. Bakteria mudah merebak dibahagian akar bulu mata. Ketumbit kebiasaan akan sembuh setelah sebulan, jika tidak sembuh, segera berjumpa doktor utk mengambil antibiotik.
6) Bahagian putih mata bertukar kekuningan
Masalah ini mungkin ada kena mengena dengan saluran hempedu atau fungsi hati. Ia juga merupakan tanda-tanda kanser pankreas. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
7) Kebiruan disekitar biji mata hitam
Ini menunjukkan tubuh badan anda kekurangan zat besi, dan anemia (kekurangan sel darah merah). Disarankan untuk memakan kacang tanah dan makanan yang dapat menambah darah seperti kerang.
8) Muncul gumpalan hijau kemerahan di mata putih
Ini merupakan gejala-gejala seperti sembelit atau masalah sistem pencernaan.
9) Muncul tompok kuning di mata putih
Masalah ini dipanggil pinguecula, sering terjadi pada orang-orang tua. Ia juga sering terjadi pada orang yang banyak menghabiskan masa dibawah sinar matahari atau sinaran UV.
Ia juga terjadi disebabkan iritasi oleh debu, asap dan angin. Pinguecula adalah tidak berbahaya dan tidak mempunyai kesan negatif kepada penglihatan.
10) Muncul lingkaran putih atau bintik-bintik di iris mata
Sangat berisiko kepada pemakai kanta sentuh, ia mungkin tanda infeksi pada kornea mata. Ia disebabkan oleh luka kecil kerana pemakai kanta sentuh tidak memakai dengan berhati-hati.
Walaubagaimanapun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Semoga info-info ini bermanfaat kepada semua.
Sumber : Info kesihatan mata
Take Note : Orang selalu kata mata yang kena ketumbit ni sebab suka mengintai atau tengok benda bukan-bukan. Pernah kena juga hari tu. Lepas tu mak tuduh kita tengok video yang bukan-bukan. Padahal kita tertekan 'Like' macam Ahmad Idham saja. Tak paham betul la mak ni.
bagus nie
BalasPadamms muda remaja dl ketumbit masalah utama akak sehinggakan siang mlm akak pakai spek... sampaikan jd habit, kat fakulti org ofis pgl akak mek spek... hehehe.... sampai skang klu hband akak tgk gambar akak muda2 dia slu perli "mama dulu pakai spek kt muka lg, kt kpl lagi"... hehe... spek lak ikut warna baju.... haha lawak tul dulu2, mengimbas memori lama bila bc entry ni
BalasPadamgood info
BalasPadamaduhhh...tetiba mata ni gatal secara tiba tiba. ngeri la bab konteks lens tu.Dl masa sa muda remaja. pemakai tegar konteks lens.. nk dijadikan cerita, konteks lens itu terlekat pada mata atas. Ya allah..dahla wktu itu jugak, 3 hari je lg nk kawin. mujurlah Sa tarik keluar cecepat.. kalo tak, tak kawin la SA smpai ke tua. hihihih. siap nangis lg waktu tuuu. sekarang ni, Sa lebih rela guna cermin mata jerr. biarlah org kata tua ke apa
BalasPadamIf you'd like an alternative to casually approaching girls and trying to find out the right thing to say...
BalasPadamIf you'd rather have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in noisy pubs and restaurants...
Then I encourage you to watch this eye-opening video to unveil a amazing little secret that might get you your very own harem of beautiful women just 24 hours from now:
FACEBOOK SEDUCTION SYSTEM...