Aku nak berblogging tapi tak tahu mana permulaannya. Segalanya bersimpang siur dalam kepala aku. Nak bermula disini, tapi kenapa tidak disana terlebih dahulu. Nak bermula disana, tapi kenapa tidak disini terlebih dahulu. Hurmmm... hati aku sedang kacau sebenarnya.
Ini ke rentak tahun 2021 yang harus aku ikut? Rasanya terlalu banyak pahit berbanding kemanisan. Terlalu banyak kepedihan yang perlu aku hadap berbanding kegembiraan. Sakit! Terlalu sakit sebenarnya untuk aku lalui semua ni. Di tempat kerja, ragam sebegitu. Luar waktu kerja, ragam sebegini. Habis ragam aku, siapa yang nak ikut rentak?
Penat dengan perangai manusia yang tak memikirkan hati dan perasaan orang lain. Dalam semua benda hanya dia yang betul. Dalam semua perkara, perlu ikut telunjuk dia. Kenapa? Kami pun ada hak. Kami pun boleh bersuara. Tapi penghujungnya suara kami ditolak ketepi. langsung tidak didengari.
Pengalaman yang terlalu perit untuk aku hadapi. Berdepan dengan manusia yang mendabik dada. Peraturan ditolak ketepi. Arahan diberi tanya memikirkan akal yang waras. Akibatnya, kami yang menanggung. Hurmmm...
Taktau apa sebenarnya yang berlaku, cuma 1 je..usahakanlah untuk lakukan apa yang kita suka. In shaa Allah, semoga akan ok 😀😀
BalasPadamRasanya wak lagi beruntung
BalasPadamkerana bersahabat dengan alam flora dan fauna yang mendamaikan