Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pencarian Blogger Aktif Untuk Bloglist

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkesempatan untuk buka blog time ni. Sempatlah blogwalking di beberapa blogger. Rindu nak aktif blogwalking seperti dulu dulu tapi itulah, line internet terlalu tenatlah dikawasan sini. Nak tunggu loading, dah hilang separuh kesabaran. Kih..kihkk..kih..

Okay, berbalik pada tajuk diatas, sebenarnya saya nak cari beberapa blog untuk dimasukkan dalam bloglist Blogger Aktif. Untuk sesiapa yang berminat, bloleh tinggalkan url koang dalam komen dibawah ye. Terima kasih



Penutup Kisah Tahun 2022

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 2022 telah berlalbuh tirai dan diganti dengan tirai baru, 2023. Terasa seakan kejap sangat 2022, hakikatnya telah cukup 365hari. Fuhhh, menghitung dalam hari terasa agak lama. 

Apa yang best 2022?

Bagi aku 2022 banyak mengajar erti kehidupan. Jatuh bangun, suka duka, pahit pedih dalam kehidupan. Ada kala aku laluinya sendiri, ada kala aku laluinya berjemaah. Berjemaah erk? Hahaaa, kebiasaannya kalau berjemaah ni disebabkan situasi di tempat kerja. Banyak benda yang berlaku sebenarnya tapi boleh tak kalau aku taknak tulis kat sini. Aku tak nak ingat dah perkara perkara yang sedih lagi menyakitkan tu. Kalau boleh aku hanya nak abadikan perkara perkara yang indah indah belaka. Oichhh gitchuuu...

Pertengahan tahun 2022, merupakan moment yang paling indah untuk aku. Kenapa? Sebab aku dapat satu perkhabaran yang cukup menggembirakan. Alhamdulillah, penantian setahun lebih akhirnya membuahkan hasil. Berita yang tidak aku sangkakan. Saat tahu perkhabaran gembira tu, hati aku tak terkata. Sungguh, aku bahagia, aku gembira, walaupun dalam masa yang sama ada terselit rasa takut. Tapi keterujaaan, kegembiraan mengatasi rasa takut tu. Alhamdulillah, syukur pada Allah, akhirnya doa kami suami isteri dimakbulkanNya. I'm pregnant. Alhamdulillah, berita yang tak disangka sangka.

Nak dijadikan cerita, bulan May tahun lepas, adik lelaki aku kahwin. Majlis sebelah perempuan diadakan di Damansara. Waktu tu, family aku dari Terengganu semua datang, bermalam di homestay 3h 2m. Aku dan husband pulak waktu tu tak dapat cuti lama so kiteorang datang waktu hari majlis sahaja. Itu pun kelam kabut, aku habis je kerja night shift, pagi tu terus gerak ke Damansara. Alhamdulillah, sempatlah tengok diaorang akad nikah pagi tu dan malam tu majlis bersanding. Lepas akad nikah, kiteorang balik ke homestay untuk rehat. Waktu tu relak je, siap boleh makan durian lagi. Kebetulan nak balik homestay ada orang jual durian so abang dan akak ipar aku boronglah untuk kiteorang makan ramai ramai. Fuhhhh, boleh tahan puas hati dengan isi durian tu. Banyak jugak aku makan time tu.

Malam tu waktu siap siap nak ke dewan untuk majlis bersanding dan makan makan tetiba mak aku tegur. Mak cakap aku dah gemuk, kena diet sikit. Ishhh, sentap hati kita tau makk. Tapi waktu tu aku tak fikir apa pun, disebabkan aku ni memang obesiti so mungkin betullah apa yang mak aku cakap. Malam tu kiteorang makan makan, tangkap gambar, sementara tunggu pengantin posing posing, kiteorang rembat udang pengantin. Hahaaa syok weh, lauk pengantin, kiteorang yang habiskan. Nasiblah labuuu... pengantin busy sangat, kan! dah selesai majlis, aku dan husband pun gerak balik Seremban disebabkan keesokan harinya kami dah kerja. Family aku pulak akan balik ke Terengganu keesokan harinya. Waktu bersalam dengan mak sebelum berpisah tu, sempatlah mak pesan suruh aku diet. Aku? Senyum je lah.. Mak macam tak kenal anak perempuan dia ni suka makan. Hobi makan tapi cita cita nak kurus. Hah gitchuuu..

Dalam perjalanan balik ke Seremban tu, tetiba sel sel otak aku berhubung. Teringat yang aku masih belum period. Eh.. eh.. eh... tapi aku diamkan je. takde pulak cakap kat husband waktu tu. Sampai je Seremban, badan letih, otak pun letih.. Rehatlah, cas tenaga untuk kerja. Esoknya balik je kerja aku try buat urine test pregnancy (UTP). Itulah alat UTP terakhir yang ada dalam simpanan aku. Sebelum ni aku beli 8 unit dari Shopee. Setiap kali aku guna mesti satu line je keluar so aku berharap sangat UTP terakhir ni membuahkan hasil. Tapi hampa... lebih kurang 10minute aku tunggu tapi  satu line jugak. Hurmmm sedih wehh, rasa macam musnah harapan tapi jauh disudut hati aku masih berharap so alat tu aku simpan dalam toilet. Lebih kurang 3jam lepas tu aku ke tandas untuk check lagi sekali. Masih tak putus asa weh walupun dah rasa kecewa. Takkan aku lupa moment tu.. aku pegang alat tu, aku tengok dengan sebelah mata. Sebelah mata lagi aku tutup sebab berdebar. Aku nampak double line tapi tak berapa jelas. Aku senyum, aku goncang goncang alat tu. Perasaan waktu tu tak kerkata. Sungguh, aku tak tahu nak menangis ke nak ketawa. Yang pastinya hati aku sebak. Walaupun masih was was tapi seakan ada sedikit sinar untuk aku. Malam tu, husband aku balik kerja terus bagitahu. you know, dia pun tak percaya tau. Ye lah sebab sebelum ni mungkin dah terlebih berharap kot. Tapi aku nampak muka excited dia, dengan soalan bertubi tubi dia. Dia sempatlah suruh aku cool down, siap cakap lagi tunggu lagi dua tiga hari lepas tu check lagi sekali. Ishhh.. dia tak tahu ke aku ni dah terlebih excited. Memang takkan tunggu lamalah.


Esoknya waktu kerja, aku mintak keluar ketika rehat untuk pergi klinik kesihatan. Serius, selagi tak betul betul pasti aku tak senang duduk. So aku pergi klinik untuk dapatkan kepastian. Dengan bayaran sebanyak RM30.00, aku buat pulak urine test pregnancy di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, positive. Aku tersenyum lebar tatkala dengar ucapan tahniah dari doctor. Alhamdulillah, aku mempu tarik nafas lega saat tu. Doctor tunjuk result pada PC dia dan explain satu persatu. Walupun aku tak berapa faham tapi anggukkan saja. Campur, tolak, tambah, bahagi, darap, semua benda.. waktu tu kandungan aku baru 5minggu. Tak sangka, selama 5minggu tu aku dah berbadan dua. Alhamdulillah, sepanjang aku buat kerja kerja berat, kerja lasak, Allah lindungi kandungan aku. Sepanjang 5minggu tu, langsung aku tak rasa sebarang alahan, langsung takde rasa penat atau sakit kat mana mana. Cuma selera makan je lah tak boleh nak control. Heheee...

Genap usia kandungan aku 6minggu, terus aku ke Klinik Ibu & Anak untuk buka buku pink. Alhamdulillah, nurse dan doctor yang aku berurusan semua baik baik. Mereka sangat membantu sepanjang aku check up. Perjalanan mengandung aku dari kandungan 6minggu sehinggalah 33minggu sangat panjang. Klinik dan hospital dah menjadi rumah kedua aku. Setiap minggu memang ada muka aku di klinik. Disebabkan sangkut gestational diabetis mellitus (GDM), aku terpaksa buat blood sugar profile (BSP). Kalau result BSP cantik, dapatlah next appointment 2 minggu sekali. Kalau result BSP tak cantik, terpaksalah ulang alik ke klinik seminggu sekali. Itu belum masuk lagi appointment  O&G sebulan sekali. Aku pun ada follow up dengan rhematologi untuk kes rteumatoid arthritis. Ketika usia kandungan aku 28minggu, aku diuji pula dengan hemoglobin (HB) rendah. 2 kali check up dan 2 kali jugak result HB aku rendah. Doktor buat keputusan untuk masukkan zat besi secara drip. Maka 4/1/2023, merupakan tarikh keramat kemasukan zat besi dalam badan aku. Fuhhh sakit wehh waktu nurse cucuk jarum kat blkng tapak tangan tu. Disebabkan HB rendah,  ada amalkan minum sunquick tanpa gula. Alhamdulillah, HB mula naik dari 10.5 ke 11 lebih. 

Sekarang usia kandungan aku 33minggu. Penjalanan aku masih panjang lagi. Doakan aku kuat dan sentiasa kuat tau untuk lalui setiap ujian dan dugaan sepanjang tempuh kehamilan ni. Orang cakap, apa yang kita lalui waktu mengandung ni nanti akan jadi  kenangan. Laluilah tempuh mengandung ni dengan enjoy dan berlapang dada. yes, itulah yang aku cuba lakukan. Aku pun bersyukur sangat, sepanjang aku pengandung ni, bos aku memahami dan bertolak ansur. Cuti aku dipermudahkan, kerja kerja aku juga dipermudahkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah, sebab kurniakan aku orang sekeliling yang positive dan sentiasa permudahkan urusan aku. Bab kerja dan cuti memang bos aku tak pernah pertikai dari awal hinggalah kini. Aku bersyukur sangat sangat. Rakan rakan sekerja aku pun sentiasa permudahan urusan aku. Thanks gaisss, sebab memahami situasi aku dan thanks juga husband sebab bersabar dengan kerenah wifemu.

Sepanjang mengandung, rasanya aku lebih sensitif. Ada je benda yang aku jadikan point nak sentap. heheee.. terima kasihlah husband sebab sabar dan layankan saja perangai wife awk ni. terima kasih jugak sebab sentiasa penuhi keinginan saya. Walupun ada kalanya susuh nak penuhi, tapi awk tetap juga usahakan. Terima kasih jugak mak ayah sebab sentiasa tanya khabar anakmu ini. Bila balik kampung, semua keinginan dan mengindam anakmu ini dipenuhi. Setiap kali call, mesti mak tanya balik kg kekgi ada nak makan apa apa tak, mak nak buat. Alhamdulillah, terima kasih mak ayah. Terima kasih sangat sangat. Doaku semoga mereka yang aku sayang sentiasa dala lindunganNya. Semoga dipermudahlan segala urusan sepanjang aku mengandung dan bersalin nanti. Aamin.