08 Jun 2015

Seorang wanita akan mudah mendapat perhatian dari seorang lelaki kerana kecantikan fizikalnya, sudah bukan rahsia lagi memang .. kenyataanya sudah seperti itu. Tetapi apakah itu jaminan bahawa seorang wanita cantik akan dengan mudahnya mendapatkan cinta dari seorang lelaki? jawapannya belum tentu.

Ketika seorang lelaki hanya mencintai seorang wanita lantaran kecantikan semata, maka dia pun akan mudah merasa bosan, kerana kecantikan fizikal seorang wanita tidaklah kekal, seiring berjalannya waktu kecantikan fizikal pun akan pudar tanpa boleh dilawan.

Kecantikan fizikal boleh saja luntur dan merubah rasa suka atau cinta menjadi hilang, namun tidak dengan Akhlak yang baik, ia akan senantiasa membuat setiap orang yang dekat dengannya merasa selesa, tenteram dan merasa rendang. Cinta hadir atas izin Allah dan mengukuh kerana sebab-sebab yang Allah izinkan pula .. dan Allah menyukai lelaki dan wanita yang mempunyai Akhlak yang baik.

Bukankah Nabi Muhamad SAW diutus Allah untuk menyempurnakan Akhlak manusia ?, dan bukan untuk menyempurnakan kecantikan atau ketampanan manusia. Berkualiti Akhlakmu berbanding lurus dengan kualiti jodohmu kelak. Insyaallah.


Take Note : Cintai dan jujurlah pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum belajar mencintai insan lain. Sayangi diri sendiri dengan kepercayaan dan kesetiaan sebelum belajar setia dengan janji-janji yang diukirkan. 

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

16 ulasan:

  1. Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Thanks dear..
      Mana yang baik, sama-samalah kita jadikan renungan dan peringatan bersama ye :)

      Padam
  3. bercinta kerana Allah insyaAllah akan dapat keredhaan hihihi

    BalasPadam
  4. yup exactly.. untuk mencintai seseorang, cintailah pencipta terlebih dahulu ")

    BalasPadam
  5. Singgah tengah hari...
    Bukan mudah di cintai..dan jgn terlalu mudah untuk mencintai seseorang :)
    Kecantikan luaran adalah bonus dalam kehidupan manusia...
    kecantikkan akhlak itu lebih penting..yg boleh menjadi jaminan di masa akan dtg...
    kecantikkan luaran sahaja...tidak boleh membahagiakan pun klu akhlak tu xde :)

    BalasPadam
  6. yang ni setuju sangat.sebab kalau pandang kecantikan je,esok lusa dah tua,tak lawa dah.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa.. amboi sis..
      Apapun setuju sngat dgn kata-kata sis tue.

      Padam