Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK KURUS ? APA ITU TOKSIN

5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK #KURUS ? APA ITU TOKSIN ?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja – dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang

5 SEBAB KENAPA RAMAI SUSAH NAK KURUS ?

1. Makan Tak On Time
2. Selalu Makan Fastfood
3. Kafein Berlebihan
4. Kurang Minum Air Masak
5. Tidur Tak Menentu

Sumber : SINI

So nak tak sis bagitahu cara mudah untuk #Kurus ?


🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain


Kenapa Anda ada Selulit?


Sel Lemak makin membesar. So kalau anda turun berat dengan betul dan sel lemak makin kecil selulit anda akan makin hilang. Kalau selulit anda tak kurang2 walaupun dah turun 10kg. Ini bermaksud anda hilang air dan otot sahaja. 🤣🤣🤣


So jangan risau kalau ada selulit. Ia boleh kurangkan dengan turun lemak ya. Air adalah salah satu cara untuk hilangkan selulit atau lemak ya.

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain

Turun Naik Turun Naik Berat!! Ambik perhatian ya.



Banyak orang diluar sana Turun Berat dengan Defisit Calories tapi Tak Eat Clean dan kurang Sayur dan Buah. Turun Berat Tapi TOKSIK masih Dalam badan. Bila dah Kurus biasanya mereka Akan Naik Balik Berat. Kecuali mereka keep on And tukar tabiat dan toksik keluar dari badan mereka saja mereka dapat Kekal Berat mereka.

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain


Apa Warna Air Kencing anda Hari ini?


Menentukan kelajuan anda turun berat. Yup...
Kalau anda dah jaga makan, ikut meal plan. Normally last key is Berapa air anda minum ya. Minum 3-4liter air sehari.

Makin pudar makin cepat. Makin pudar badan makin cukup air, metabolisma makin tinggi.



🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain


Makanan Di Malaysia Memang The Best.


Tapi kalori pun best. Sebab makanan di Malaysia kebanyakannya tinggi Gula dan Lemak. Ini membuat anda makin berkembang.

Mari kita tengok kalori2 yg ada di makanan yg tersenarai ya.


🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain

Macam Mana Nak Timbang Berat Yang Betul

Kalau nak tahu anda on track ke tidak diet anda. Timbang kena betul caranya.

1. Timbang seawal pagi selepas bangun tidur sebelum makan dan minum apa2.
2. Buang air dulu selepas bangun.
3. Jangan timbang setiap hari.
4. The best timbang setiap minggu.

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain

Makan Depan Phone atau TV mengemukan.


Kebanyakan orang muda sekarang akan sambil makan sambil tengok Tv, sambil scroll Handphone, Layan movie dan lain2. Ini membuat anda makan secara tak sedar terlalu cepat dan over. Sebab minda kita perlu 20minit untuk dapat maklumat apa yang anda telah makan.

Start makan di Meja makan tanpa ada phone dan Tv. Makan dengan menikmati rasa makanan dan perlahan2, anda akan rasa kenyang dengan makanan yg kuantiti serdahana.


🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain

Benefit Jambu Batu.


Ia sangat membantu anda yang nak turun berat badan dengan sihat.

Jambu batu salah satu buah yang tinggi serat dan rendah sekali kalorinya. Dan kandungan gulanya rendah so ia sangat membantu.

Selain itu ia juga tinggi antioxidant membantu anda nampak sihat dan muda selepas turun berat. Sebab penurunan berat badan akan banyak radikal bebas yg buat anda tua cepat. So ini salah 1 buat yang wajib dalam program kami untuk snacking.

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain


Lapar Betul atau Lapar Emosi?


Kalau lapar betul ini semua boleh di hilangkan dengan apa2 makanan. So anda lapar betul boleh makan sihat ia juga puas hati.

Tapi kalau Lapar Emosi ini bahaya ya. Sebab ia akan buat anda ada nafsu makan makanan tertentu. So tarik nafas minum air Kosong terus 500ml.


Anda pasti hilang lapar tu.

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain


Tahukah kenapa perempuan dah kurus tapi nak kurus lagi? Sebab lemak.


Check BMI dah ok Tapi nak kurus lagi. Ini sebabnya biasa perempuan ini kurang protein walau berat kurang tapi kandungan lemak tinggi. Lemak size nya lebih besar berbanding dengan otot dengan berat yg sama.

Kalau cubit perut tu ada banyak isi, itu lemak tu. So focus Turun lemak bukan Turun Berat jer.

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain


Bagaimana Air Boleh Membantu Anda Turun Berat


Air ia boleh kurangkan lapar, minum banyak air juga boleh menbantu anda hilangkan Gemuk Air. Keluarkan toxic dari badan.

So minum 8 gelas air sehari is minimum ya.


🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
www.wasap.my/0136462960
www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
www.instagram.com/medinadesire.ain

Teh Hijau Bagus Untuk Kurus Dan Sihat.


Anda cuba dapatkan teh hijau untuk minuman harian. Jangan Focus untuk nak kurus saja minum ya. Teh Hijau tinggi antioxidant ia membantu untuk kesihatan dan juga meningkatkan metabolisma anda so ia membantu juga kurus. Tapi bukan bermakna boleh makan apa juga ya..

🌸 Nak extra tips?? Meh rojer kakain 🌸
🐇www.wasap.my/0136462960
🐰www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
🐣www.instagram.com/medinadesire.ain

Cara Minum Air Banyak!!

Cara Minum Air Banyak!!
😄😄😄

1st Set Matlamat Berapa Liter?

 20kg = 1 liter

2nd Pakai Botol Besar untuk follow up atau target habiskan.

3rd Beli botol yang style atau cantik supaya happy minum air.

4th boleh guna apps atau record setiap botol air yg dihabiskan.

Air Membantu Untuk Turun Berat



Air dapat meningkatkan metabolisma badan dan ia membantu turunkan berat. Selain itu ia juga boleh mengeluarkan toxic dalam badan.

Air Kosong ya.. bukan air manis.

Warna Air Kencing Menentukan Hydration Badan Anda.


Sebenarnya air kencing kuning bukan sebab banyak kotoran di badan keluar dari badan. Ia menunjukan badan anda kekurangan air. Sebenarnya setiap kali anda kencing kuning atau jernih ia juvga membawa bahan buangan keluar dari badan. Kalau makin kuning maksud badan anda kekurangan air dan ia akan simpan lebih air so makin kuning makin kurang air makin gemuk air.


KAYLIZ Granola Oat | Bijirin Untuk Sarapan Pagi & Snack Di Waktu Santai

Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen. Tahukah anda Oats sebenarnya banyak khasiat, terutamanya untuk mereka yang dalam proses diet.


Sebelum ni bila sebut perkataan Oats, mesti aku akan buat muka. Bukan apa, ini disebabkan aku bukanlah penggemar dan juga peminat Oats. Entah, aku pun tak pasti kenapa tekak aku tidak boleh terima Oat. Padahal Oats banyak khasiat, kan? Ruginya aku!

Baru- baru ni aku kenal satu produk yang berasakan Oats. Okay, kalau sebelum ni, sebut pasal Oats memang aku akan angkat kaki tapi tidak untuk kali ini. Aku tertarik dengan produk KAYLIZ Granola Oat ni. Gabungan warna yang digunakan sangat cantik, purple. 


Bahan asas Kayliz Granola adalah  Oat, Sweet Potato, Chia Seed dan Madu. Pelbagai manfaat dari Kayliz Granola yang perlu kita ketahui. Antara kebaikkan Kayliz Granola Oat adalah :-

  • Meningkatkan penghadaman
  • Menurunkan berat badan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Mencegah kanser
  • Mencegah anemia
  • Meningkatkan kualiti kulit
  • Menjaga kestabilan tekanan
  • Keupayaan untuk menurunkan kolestrol
  • Mengawal pencernaan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menggalakkan fungsi organ yang betul 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan aktiviti kognitif 
  • Membina tulang yang kuat 
  • Elak kencing manis 
  • Hormon merangsang pertumbuhan tisu baru 




Kayliz Granola Oat ini boleh diambil bersama susu segar dan yogurt untuk sarapan pagi. Juga boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan snack untuk dimakan waktu santai-santai. Kayliz Granola Oat ini boleh mengenyangkan anda kerana ia rendah kalori.




Harga sepeket Kayliz Granola Oat ini hanya RM17.90 sahaja. Kalau korang nak beli boleh beli secara online di Facebook www.facebook.com/kaylizHQ atau telefon 019-625 5010. Korang juga boleh kunjungi Instagram KAYLIZ Granola Oat. Nak lagi mudah dan cepat, boleh terus Whatsapp www.wasap.my/01110906902 @ www.wasap.my/0196255010. Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus Email ke Kayliz Granola Oat di kaylizoat@gmail.com.

Take Note : Aku bukanlah penggemar Oat. Tapi aku boleh makan oat keluaran Kayliz Granola Oat dengan senang hati dan nikmat sekali. Sedap. Rasanya manis manis potato dan rangup. Disebabkan aku bukanlah penggemar susu dan yogart, jadi aku makan Kayliz Granola Oat begitu sahaja. Jadikan snack ketika santai di depan tv waktu petang sambil layan drama Lafazkan Kalimah Cintamu.
Kayliz Granola Oat memang sangat sedap. Jujur cakap, makan Kayliz Granola Oat rasa macam syok pulak. Lepas satu.. satu lepas tu satu lagi dan lagi masuk dalam mulut. Bila sedar, bekas dah kosong. Okay, kita tambah lagi Kayliz Granola Oat dalam mangkuk dan sambung layan drama Datuk Farid Kamil tu.
Aku juga makan Kayliz Granola Oat pada waktu pagi. Jadikan sarapan pagi/ snack sebelum pergi kerja. Alhamdulillah, perut kenyang sampai ke tengah hari. Oat ni memang mengenyangkan perut aku. Seronoknya. Best pulak rasa, kalau macam ni memang sesuai sangat untuk aku yang sedang berdiet ni, #misikurus2018. 



Izinkan Aku pergi



Lelaki : Selamat tinggal

Perempuan : Kenapa kau tinggalkan aku?

Lelaki : Sebab aku jumpa yang lebih baik daripada kau.

Perempuan : Aku juga sudah jumpa yang lebih baik, tapi aku tetap pilih untuk bersama kau.



Kamu,
Seandainya kesempurnaan yang dikejar, aku bukanlah orang yang tepat untuk bersamamu. Sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dalam diri aku. Mungkin aku bukan sesiapa untukmu.

Tapi ketahuilah, sesungguhnya kau sesuatu yang berharga dalam hidup aku. Bersamamu aku gembira. Disisimu aku bahagia. Melihat senyumanmu aku tenang. Kau pelengkap kekurangan yang aku miliki.

Kamu,
Disaat kau jatuh, aku setia disisi. Aku hulurkan tangan, gapai dirimu yang kian tumbang. Aku bersamamu dalam melalui detik kesukaran itu. Aku melihat sendiri bagaimana kau hampir tersungkur. Sikap bengismu kian kelihatan. Airmatamu ada kalanya berlinangan. Semangatmu kian runtuh. Kau seakan mengalah dengan hidup.

Aku,
Aku sedih melihat apa yang kau lalui. Situasi kau seakan penamat hidup. Aku melihat rakan-rakan kau kian menjauh. Kawan baik kau hilang entah kemana. Masih aku ingat apa yang pernah kau adukan dulu. Katamu, mereka hilang. Hilang seiring hilangnya kesenanganmu. Airmata kau menitis. Aku tahu kau sedih dengan situasi itu.

Kamu,
Masih ingatkan janjiku padamu. Janji untuk aku akan terus bersamamu. Aku akan terus membantumu. Aku akan ada disetiap kesukaran yang kau alami.

Kamu,
Janji itu telah aku tunaikan. Hatiku lega melihat kau kembali senyum. Kau semakin riang. Kau semakin bahagia. Dan kau semakin menjauh dari aku. Kini kau bukan lagi kamu yang pernah aku kenal suatu masa dulu. Kejayaan kau seakan merosakkan jadak antara kau dan akh. Kejayaan kau seakan merubah hati kau. Mana kau yang dulu. Mana kau yang sentiasa ambil berat tentang aku. Mana kau yang selalu lindungi aku. Mana kau yang selalu ajak aku lepak. Mana kau? Mana...

Kamu,
Adakah ini kesudahannya. Adakah ini semua terjadi kerana dia? Tidakkk bukan kerna dia tapi kerana kau. Kau yang buka hati untuk dia. Kau yang biarkan dia mengambil hati kau. Kaulah puncanya. Takda angin takkan pokom bergoyang. Kalau kau tak melayan semua ini takkan berlaku. Hurm...

Kamu,
Alasan yang kau beri tak tercapai dek akal. Dia lebih baik dari aku ? Baikkah dia. Hurmmm.. kalau dia baik, dia takkan kacau kau. Dia takkan ganggu kau sebab dia tahu aku wujud dihati kau. Baik je dia? Hurmmm...

Kamu,
Aku terlalu penat dengan semua ni. Alasan kau kerja, kerja dan kerja. Hakikatnya kau luangkan masa bersama dia. Kau habiskan masa cuti kau bersama dia. Kau kejam! Aku biarkan aku tertunggu tunggu padahal kau beeseronok dengan dia.


Tips Turunkan Berat Badan


Nak KURUS, SLIM, HILANGKAN PERUT BUNCIT, SEMBELIT, ANGIN DLM BADAN, ATASI KOLESTROL, GOUT, KECILKAN LENGAN DAN PEHA, BUANG LEBIHAN AIR DALAM BADAN?
.
Okay, jom minum detox tea. Detox tea membantu anda buang toksin dan juga kerak lemak yang terlekat di dinding usus anda.
.
Untuk pertangaan/detail boleh 'PM' atau contact Kakain. Kakain akan bantu anda.
.
🐇www.wasap.my/0136462960
🐰www.facebook.com/detoxteamedinadesire1/
🐣www.instagram.com/medinadesire.ain
.
#misikurus2018
#agentmedinadesire
#detoxteamedinadesire
#teatoxseremban
#teamkaktila

Dropship Diperlukan


PENCARIAN DROPSHIP 🎈
📍📍📍📍📍📍
Assalamualaikum. Suri rumah, adik yang masih belajar, abang yang nak tambah pendapatan, jangan lepaskan peluang ini. Kakain akan guide dari A to Z. Yang betul2 serius sahja wsp kakain yee. Kami guide hingga dapat buat sale.

DUIT SENANG2 JER MASUK POKET TIAP2 BULAN
❌Tak perlu modal tambahan
❌Tak perlu pegang stok kat tangan
❌Tak perlu susah-susah pos stok keluar jalan

Hanya duduk di rumah, buka FB . Buka wechat, buka instagram. Upload gambar dan details sahaja pun dah boleh buat income. 💰

Komen 'PM' atau Whatsapp sekarang ,
www.wasap.my/60136462960

#DropshipWanted
#Dropship
#DropshipNeeded
#DropshipDiperlukan
#agentmedinadesire
#teatoxseremban


Berminat untuk jadi dropship tak? Jana pendapatan dari rumah. Kalau berminat boleh 'PM' atau wasap sy 0136462960



Kisah Tomyam Pantai Timur


Assalamualaikum..
Wahh nama bukan main gempak gitu..
'Tomyam Pantai Timur'.
Nama tu diberi disebabkan kamilah yang membuatnya.

Alkisahnya, harini aku tekak aku rasa nak makan tomyam. Pedas pedas masam tapi sedap. Fuhhh terbayang diruangan mata, nikmatnya kalau dapat makan tomyam tu.

Aku cerita keinginan aku tu dekat si Apik. Hahaaa dia gelak je. Tahu lettuw, aku nak suruh dia buatkan tomyam tu. Kihkihkihhh.. kira adillah. Aku cari barang pastu dia masak. Adilkan? Lagipun, masakan dia sedap. Serius sedap. Rasanya setakat ni dialah yang selalu masak, rajin masak dan pandai masak. Kekdang kalau aku rasa nak makan something, aku akan bagitahu dia. Pakej sekali, dia tolong masakkan untuk aku. Heheee..

Untuk malam ni 'Tomyam Pantai Timur' kami sedikit tergendala. Tadi, aku gigih sediakan bahan. Kupas bawang, tumbuk serai, halia segala bagai. Okay, siap part bahan. Tetiba sampai part ayam, semua hancusss.. air takde wehhh.. air takde.. sedihnya.. takleh nak basuh ayam. Uwarghhh.. sendu kejap aku.

Kebiasaannya, di perumahan ni sekitar waktu maghrib memang takde air. Katanya tekanan air rendah. Rumah yang bahagian belakang-belakang ni memang takkan dapat air. Tunggulah lagi sejam dua, dekat nak isyak ataupun lepas isyak. Time tu air akan ada seperti biasa. Omay, maka kami pun menunggu.

Take Note : aku sempat siapkan entry ni sementara menunggu air ada seperti sediakala.


Kesihatan | Makanlah Sebiji Oren Supaya Kenyang Lebih Lama!

Makanlah Sebiji Oren Supaya Kenyang Lebih Lama!


Kajian pakar pemakanan mendapati, hanya dengan memakan sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda akan berasa kenyang lebih lama.

Kenapa? Sebabnya, oren mengandungi serat yang dapat melambatkan proses pengosongan perut serta pencernaan khasiat makanan.

Ini kerana sebiji oren mengandungi serat makanan kira-kira 30 gram. Jumlah ini mencukupi keperluan harian tubuh anda. Jumlah yang disarankan pakar pemakanan ialah sekitar 25 gram sehari.

Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi sekitar 70 miligram vitamin C. Kita disarankan mengambil vitamin C sebanyak 30 hingga 100 miligram setiap hari.

Oren bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi tetapi mengandungi karbohidrat yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, sukrosa serta membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit, buah oren juga mengandungi karbohidrat, postassium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori.


Oren selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan folat yang tinggi seperti dalam oren segar akan menurunkan kadar homocystein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.

Apabila kadar homocystein menurun, risiko diserang penyakit kardiovaskular seperti jantung juga dapat diatasi selain memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser.

Oren merupakan salah satu buah yang memiliki agen perlindungan terhadap kanser yang tinggi.

Malah, ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.




Sumber artikel: Sentiasapanas.com

Kesihatan | Membuang Lemak Bagi Mereka Yang ‘Gemuk Air’

Membuang Lemak Bagi Mereka Yang ‘Gemuk Air’


Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.

Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?

Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri. Mudah saja!

1. Minum Banyak Air Kosong 
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2. Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.

Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam. Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.

3. Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga. Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buah-Buahan 
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.



Kesihatan | Ciri-Ciri Penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

CIRI-CIRI OCD


Macamana nak kenalpasti ocd ya?

Pernah tak tengok orang buat benda yang sama berulang2?
Mandinya lama amatttt
Basuh tangan macam mandi
Basuh kereta macam kereta tu bajak lumpur
Susun baju, susun kasut, susun pinggan mangkuk teratur macam kat hotel
Pinggan mangkuk semua mesti sama
Dan macam2 lagi

Yes, ini la antara ciri2 OCD

Apa sebenarnya OCD tu?

 OCD adalah singkatan dari OBSESSIVE COMPULSIVE DISORDER

 Ciri-Ciri OCD

Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, ada beberapa kriteria yang perlu dilihat

* Orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
* Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
* Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.
* Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
* Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-

* Was-was
* Kebersihan
* Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)

Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.

Boleh berubah atau boleh sembuh ke OCD ni?

Inn shaa Allah, ada jalannya

 Terapi melalui Pendekatan psikologi

Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-

 Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.

 Psikoterapi tingkah laku – Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada;

⏺️️keseriusan masalah yang dihadapi.
⏺️Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi.
⏺️Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
⏺️Tempoh mengidap penyakit tersebut.
⏺️Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.


Sumber : Malaysia Mental Health Association (MMHA)

Kesihatan | Cara Hilangkan Gatal-Gatal Pada Kulit

KULIT GATAL

Petua orang kampung untuk hilangkan gatal-gatal kulit:

1. Tepung Sagu - Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

2. Daun Kunyit - Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman .Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian sapu pada tempat gatal. 

3. Gambir - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Sapu pada bahagian gatal. 

4. Garam Kasar - Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air. Jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam itu di bahagian yang kena gigitan.


Semoga bermanfaat

Pentingnya Kesihatan Untuk Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang. Lama dah tak share info kesihatan. Ok hari ni saya nak share tips kesihatan yang ringkas dan mudah terutama untuk kaum wanita. Sama samalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri


Wanita dan kesihatan berpisah tiada :)







Cara Memahami Hati Pasangan Mengikut Umur

Banyak kes penceraian berlaku disebabkan kurang persefahaman antara pasangan lelaki dan perempuan. Kurang persefahaman ini mungkin kerana perbezaan umur sama ada perempuan lebih tua dari lelaki atau perempuan lebih muda dari lelaki. Gaduh sikit je terus bercerai. Umur pasangan sama ada tua dan muda, bagi kita nampak remeh je tapi sebenarnya yang remeh itulah perlu diberi perhatian.

CARA MEMAHAMI HATI PASANGAN MENGIKUT UMUR.

1. PEREMPUAN LEBIH TUA DARI LELAKI. 

Perempuan yang lebih tua dari lelaki selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah dan suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia. Tapi dia suka bersedih sendirian, tahap ego yang tinggi, cemburu, sensitif, mudah wasangka, cepat merajuk dan susah untuk dipujuk. Kadang-kadang susah nak faham kehendak dia. Perempuan yang umurnya lebih tua dari lelaki sebenarnya tak suka dirinya ditegur. Walaupun dia emosi sikit tapi jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang.

2. PEREMPUAN LEBIH MUDA DARI LELAKI .

Perempuan yang lebih muda dari lelaki adalah biasa. Beza umur dengan lelaki biasanya antara 2-5 tahun. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria dan kelakar. Dia suka bercakap banyak. Jenis yang sporting tapi kuat cemburu dan sensitif. Dan lelaki kena banyak ikut kemahuan dia. Kurang matang tapi memahami. Kadang-kadang perempuan yang lebih muda akan cari masalah dengan pasangannya semata-mata nakkan perhatian yang lebih dari pasangnnya.

3. PEREMPUAN DAN LELAKI YANG SAMA UMUR.

Pasangan yang sama umur memang nampak sweet tapi negatifnya sama-sama ego. Susah nak memahami antara satu sama lain dan kurang matang. Maklumlah, masing-masing tak nak mengalah dan selalu gaduh. Mood kedua-dua pasangan pun berubah-ubah. Masing-masing nak tunjuk hebat Biasa la, darah orang muda. Perlu banyak bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya masalah yang dihadapi itu tak bertambah besar.


Kredit : baituljannah

Hak Wanita Selepas Penceraian

Hak Wanita Selepas Penceraian


1. Hak Mendapatkan/Menyimpan Mahar
(Surah AnNisa' 19)
Mas Kahwin adalah hak mutlak isteri.
Ianya tidak boleh diambil balik oleh suani kecuali dgn izin isteri, KECUALI bila berlaku penceraian dan persetubuhan mas kawin tu hak isteri forever.

2. Nafkah Iddah
Selepas penceraian, bekas isteri masih berhak menuntut nafkah semasa tempoh iddah.
Hak ini gugur dengan sendirinya sekiranya isteri nusyuz dan sebab2 lain mengikut hukum syarak.
Bekas isteri juga berhak utk tinggal di kediaman semasa berkahwin sekiranya tiada tempat kediaman lain semasa tempoh iddah (Surah AlTalak 6)

3. Tunggakan Nafkah
Ini tertakluk kepada isteri yg selama berkahwin adalah sorg yg taat dan menjadi diri dan rumahtangga.
Sekiranya sepanjang perkahwinan suami gagal untuk provide, nafkah tertunggak ni boleh dikira sebagai hutang selagi bekas suami belum menjelaskannya.

4. Hak Terhadap Mut'ah (Saguhati)
Kalau suami suka2 cerai isteri tanpa ada sebab tade ribut tade topan korang bercerai, bekas suami perlu memberi saguhati kepada bekas isteri (AlBaqarah 236).

5. Harta Sepencarian
Ni kerap aku dengar masa aku dok mahkamah syariah dulu; berebut harta
Bekas isteri berhak untuk dapat sebahagian harta yang diperolehi bersama2 semasa masih berkahwin.

6. Hak Penjagaan Anak
Secara default, hak penjagaan anak yg masih belum mumaiyiz akan diberi kepada ibu.
Kalau bekas suami nak fight, kena failkan tuntutan semula ke mahkamah syariah.




Semoga bermanfaat