Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Wireman | Belajar Dan Bekerja

Aku merupakan salah seorang pelatih di Akademi Binaan Malaysia (CIDB) dalam jurusan Wireman (pw2). Permulaaan aku disini, ramai yang meragui ketahanan fizikal dan mental aku. Ada yang bertanya, sampai bila aku nak bertahan dalam jurusan ini. Ada juga pertanyaan, layak ke kau nak ambil jurusan yang level lelaki. 

Halamakkkk! panas pulak hati aku dengar kata kata mereka yang perkecilkan jiwa aku. Saja nak sobotaj, down kan semangat aku! Tapi takpe, sis tak kisah pun. Sis tak ambil peduli kata kata kosong yang langsung tidak membantu sis dalam usaha untuk terus memajukan diri ni. Cewahhhh.. pandai pulak sis berkata kata ye. Huhuuu..

Okay, aku akui permulaan aku bergelar wireman ni agak susah. Dalam satu kelas, hanya aku seorang sahaja pelajar perempuan. Fuhhhh.. dugaaan sungguh dan ditambah pulak dengan tenaga pengajar pun lelaki. Bertambah tambah dugaan aku. Mula-mula tu, memang aku agak ragu ragu, tapi bila dah lama, aku selesa dan boleh terima dengan situasi tersebut. Kakak di dewan makan pun rapat dengan aku, so takde lah rasa janggal sangat. Kalau bosan, aku pergi je dewan makan, lepak dengan diaorang. 

Izinkan aku jamu mata korang dengan sebahagian kerja lapangan yang team kelas aku lakukan. Oichhh lupa nak bagitahu, kebiasaannya kalau ada kerosakan lampu jalan, lampu opis, lampu di asrama atau segala yang berkaitan dengan elektrikal, team kami yang akan bertindak sebagai penyelamat. Cewahhhh! Kamilah yang akan baikpulih segala masalah itu. Best,kan! kami akan praktikkan terus apa yang kami belajar. 

Lampu jalan rosak, teamk kamilah yang akan baikpulih.
Keselamatan harus diutamakan ketika berada di tempat yang tinggi..
kekuatan fizikal dan mental harus kuat ! 

Berdiri sama tinggi dgn street lighting.. time panjat tangga tadi gerun giler kowt..
panjat sambil jerit utk hilangkan rasa takut..
alhamdulillah bebudak clas semua bagi smgat kat aku !
Dah settle kerja baru boleh bergambar dengan bergaya nyah!

Pic kiri aku baiki lampu jln bahagian bawah...
kebiasaannya kat bahagian bwh, neutral link yang rosak..
yg kat sblah lagi tyme aku baiki bahagian atas..selalunya bahagian atas plak mentol yg rosak..
selalunya disbbkan dimasuki air ataupun jangka hayat lampu dah luput..
cuak giler kowttt tapi apapun keje tetap settle !  

take note : nampak ta pixca yg kat atas tuh ? tuh laa antara pixca yang sempat aku snap tyme melakukan kerja kerja membaiki lampu jalan.. neh salah satu tugasan yang ada dlm silibus aku so aku dah selamat menyelesaikannya.. tyme menelesaikan tugasan neh mmg beto beto memerlukan ketahanan yang tinggi.. fuh ! bayangkan tyme matahari tegak kat ats kepala kiteowng terpaksa berdiri kat tepi tepi jln.. hahaaa.. abes itam  kulit i nyah ! tapi apapun aku enjoy ! thanks kat bebudak clas aku yang ta putus putus bagi sokongan dan paksa aku naek staging yang tinggi gedabak tuh... frst naek mmg aku gayat wehhh.. tapi bila dah sampai kat ats semua tuh mcm base je... fuh terbaek laaa tugasan neh... <3