Memaparkan catatan dengan label Sakit hati. Papar semua catatan

Kecewa dengan sikap peniaga di bazar


Pada ramadan ke 3, beberapa hari lepas hakak ada berkunjung ke bazar ramadhan disekitar Paka, Terengganu. Kebetulan petang tu hujan lebat, niat hakak macam sedikit terbantut. Tapi alhamdulillah, sekitar pulu 6, hujan mulai reda. Hakak pun merempitlah ke bazar dengan sorang kawan. Mula-mula plan nak naik kereta, sebab takut hujan di pertengahan jalan. Tapi disebabkan takut tersekat dalam kesesakan so kami pun bermotosikal je. Okay, abaikan situasi itu.

Lebih kurang jam 6 suku petang kami tiba di bazar. Alaa tade lah jauh mana jarak bazar dari rumah tu. Ingatkan pergi bazar lambat, pengujung makin berkurangan tapi sebaliknya pulak. Keadaan orang masih lagi berpusu pusu. Okay, memang sesak dengan manusia. Nak tak nak, terpaksa jugak hadap kesesakan manusia sekalian.

Hakak singgah dari satu kios ke satu kios. Macam macam lauk yang ada. Sebut dan cari je, mesti jumpa. Yang penting fulus mesti ada. Itu je. Dalam kepala hotak hakak ni, dah terbayang ayam masak merah, daging masak kunyit dan lempung lembu. Itu je. Misi pencarian makanan diteruskan. Okay, satu gerai menarik perhatian hakak. Dia punya ayam masak merah agak mengancam. Hakak pun belilah seketul. Kawan hakak beli dua ketul. Katanya sekali untuk sahur nanti. Okay, settle satu lauk.

Misi diteruskan lagi. Kami pusing punya pusing punya pusing sampailah jumpa sati gerai yang jual lempung lembu. Niat hati hakak nak beli je terus dekat situ tapi terbatal niat tu. Banyak sangat lalat, geli pulak tengok. Okay, misi diteruskan. Hakak jumpa satu gerai. Kebetulan dekat situ ada jugal daging dan lempung sekali, hakak terus beli. Tengok keadaan gerai tu macam bersih. Tade lalat yang berkeliaran. Nampak muka abang dan hakak yang dia tu macam suci bersih je. Settle pembelian lempung dan daging masak kunyit.

Kami teruskan pencarian. Untuk kali ni nak cari air buah plak, kata kawan hakak. Tengok jam waktu tu dah dekat pukul 7. Kami pun percepatkan langkah supaya misi cepat selesai. Okay, misi berjaya. Keseluruhannya, hari tersebut kami beli ayam masak merah, lempung lembu masak berlada, daging masak kunyit, dan air tebu. Kuih? Malas nak beli sebab nanti tak termakan. Selesai misi kami terus balik.

Niat hati nak berbuka puasa petang tu punyalah excited. Almaklumlah, makanan peberet depan mata. Dengar je azan, kami terus berbuka. Baca doa, minum air, makan kurma dan terus capai nasi. niat hati, daging masak kunyit tu nak ratah saja-saja. Tak nak dijadikan lauk dan makan dengan nasi. Tapi hampa. Tak sangka plak ternampak telur lalat dalam daging tu. Hurmmm putus terus selera makan. Kecewa! waktu tu hanya Allah yang tahu, apa yang hakak rasa. Hakak beli dengan duit. Nak dapatkan duit tu perlu kerja. Nak kerja perlukan masa. Kesudahannya buang macam tu je. Membazir tapi apa boleh buat.

Sebenarnya, kes telur lalat tu malas nak bercerita dalam ni. Nak diamkan je. Tapi disebabkan petang semalam sekali lagi hakak terkena so nak lah jugak meluahkan dalam ni. Petang semalam, 6 ramadhan , hakak pergi bazar dengan kawan. Macam biasa kami beli lauk pauk. Nasi masak dekat rumah. Tade lah banyak sangat pun lauk yang kami beli. Setakat ayam masak merah, lempung masak berlada, ikan keli goreng berlada, kuih akok dan apam pokodot. Makan untuk dua orang so malas nak membeli sakan.

Petang semalam, waktu nak berbuka puasa baru kami perasan rupanya apam pokodot tu macam dah berkulat. Kami tengok ada hitam hitam dekat apam pokodot tu. Ishhhhh putus lagi selera hakak nak makan. Sabar je lah. Dah dua kali terkena macam gini.

Hurmmm.. terfikir jugak dihati ni. Para peniaga di bazar tu memang berniaga semata-mata nak cari untuk je ke? Diaorang tak terfikir ke perasaan para pelanggan? Berniaga di bulan mulia ni, takkan lah nak perdajalkan orang jugak kowt. Beragak lah sikit. Berniaga tu biarlah ikhlas sikit. Janganlah demi keuntungan semata-mata. Fikirlah, duit yang korang dapat tu berkat ke tidak? diredhai Allah ke tidak? Ya, memang makanan korang laku, ramai yang beli. Tapi itu disebabkan mereka tak tahu apa yang berlaku pada makanan tu sebenarnya. Luaran nampak sedap sebab tu kami beli. Beli dengan senang hati lagi. Bila nak makan, baru tahu rupanya makanan tu dah tak elok. Okay, susah hati terus bila jadi macam tu. Sedih plus kecewa nak mampus kowt dengan sikap korang.

Malas nak berkata-kata panjang berjela sebenarnya. Tapi dah terkilan sangat. Kecewa giler kowt. Sampaikan semalam, waktu nak makan tetiba kawan hakak cakap, "saya tak sangka peniaga melayu macam ni. Jahat sangat padahal dengan orang melayu sendiri, Islam pulak tu. Memang bodohlah peniaga tu.". Hakak tahu dia kecewa sebab kuih tu berkulat. Kuih kesukaan dia plak tu. Ouh lupa nak bagitahu. Kawan hakak tu non muslim. Sepanjang hakak berkawan dengan dia, tak pernah lagi hakak dengar dia bangkitkan isu melayu dan islam. Hakak tahu dia kecewa dengan situasi tu. Hakak plak rasa malu bila dia cakap macam tu.

Hakak harap lepas ni takkan terkena jadi dengan kejadian macam ni. Nak tak nak, hakak tetap jugak perlu pegi bazar, cari lauk pauk. Nasi memang hakak masak sendiri. Biasalah, hakak kan duduk hostel. Mana boleh nak memasak bagai. Setakat heater dan rice cooker tu bolehlah. Sabarlah hati. Berbaki lagi tiga minggu je hakak dekat sini. Tak sabarnya nak habis praktikal. Nak balik kampung.

Sekadar gambar hiasan je ni.
Hakak tak sangup nak snap gambar apam yang berkulat tu.




Janji kau memakan hati aku


Aku mintak maaf. Maaf sebab terlalu banyak sakitkan hati kau. Maaf sebab ego aku tinggi melangit. Maaf sebab terlalu banyak buat kau terasa dengan sikap aku. Maaf sebab sentiasa menyusahkan kau. 

Entah! kekadang aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Bila kau depan aku. Aku tengok kau lebih banyak habiskan masa dengan handphone berbanding aku. Aku siapa depan kau? Tunggul ke?

Kekadang aku tak pasti betul ke tidak sayang kau untuk aku. Terlintas dihati, kau hanya sayang aku tika kau sunyi. Hurmmm.. entahlah. Hati aku terlalu rapuh untuk kau. Sebab aku sayang kau. Sebab tu aku benci menyayangi. Sebab hati aku terlalu rapuh untuk orang yang aku sayang. Jiwa kau jadi sensatif. Bagi kau, maybe sesuatu perka tu hanya gurauan, hanya benda yang remeh temeh. Tapi bagi aku ianya terlalu deep. Mudahnya aku bazirkan airmata. Kau apa tahu apa yang aku rasa.

Untuk malam ni, aku tertunggu tunggu sekeping massage dari kau. Sekeping je, tak banyak pun. Tapi ianya bagaikan agak mustahil. Dia dah datang jumpa kau. Jadi aku maybe tak bererti lagi untuk kau. Kan?

Kau maybe sedang happy happy dengan dia. Sedangkan aku dekat sini titiskan airmata untuk kau. Sungguh aku dah tak kuat. Aku dah tak larat nak hadap semua ni. Aku nak give up tapi tak mampu. Aku sayangkan kau. 

Mana semua janji janji kau sebelum dia datang? Mana pergi semua janji janji tu? Untuk sekian kalinya lagi aku diperbodohkan. Kau perbodohkan aku. Janji kau tak pernah tunaikan. Sama seperti hari hari yang sudah. Hurmmm aku benci kau! Aku benci kau sebab kau buat aku terlalu sayangkan kau! 

Aku penat dengan semua ni. Aku letih. Aku terlalu letih. Seandainya kau faham apa yang aku rasa, aku mohon kau hentikan semua ni. Jelaskan pada aku supaya hati aku tak lagi ternanti nantikan kau!



Harta anak bukan milik ibubapa

Sedeh laa bila baca artikel ni..

Antara isi kandungan kuliah maghrib yg disampaikan oleh Al Ustaz Suhaimi Abd Hamid...Mudir Maahad Tahfiz Mawaddah di Surau Taman Pelangi yg begitu menarik perhatian;

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati,makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lg dgn sesuka hati.Takut rosak la,takut langgar la,takut calar la.Kalau guna pun...pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak..
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tp anak-anak...belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tp...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia yg akhir zaman ini...

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. in shaa Allah.. 😭😭

Benci | TNB yang mengjengkalkan aku!


Sakit hati dengan TNB sebenarnya
Bengang pun ada jugak
Hurmmmm.. perhidmatan yang entah apa-apa
sorry lah pada mana-mana TNB yang terasa tu
yang aku nak story nie tentang TNB yang aku berurusan

Kalau diikutkan dua bijik lampu jalan depan rumah aku
tu dah hampir tiga bulan tak menyala
ROSAK!!! kau faham tak rosakkk!!
dah laa lampu jalan berbayar
bulan-bulan bayar kowt tapi perhidmatan macam apa entah
balik-balik tak menyala, balik-balik rosak

aduan kerosakan?
rasanya dah naik berbuih mulut aku buat aduan tapi macam hareeeem!
dah beberapa kali aku call 15454
bercakap dengan operetor bahagian kerosakan lampu jalan
katanya dalam masa 48 jam akan siap dibaiki
tapi batang hidung pun tak nampak
choiii! aku bengang sebab janji 48jam tu tak ditunaikan
aku benci penipu dan orang yang tak tepati janji
okay, aku masih boleh relek..

anggapan aku maybe TNB tu sibuk
maybe lagi sehari dua akan dibaikki
rupanya janji tinggal janji
janji dalam tong sampah
dalam tak sedar rupanya dah tiga bulan.

malam tadi ayah kesayangan aku ada call
ayah mintak tolong aku call TNB tu lagi sekali
giler kau tak terkejut aku.
aku ingatkan lampu jalan tu dah settle
rupanya tak settle-settle lagi
ayah cakap dah dua kali ayah pegi pejabat TNB bahagian Marang
siap bawak resit bayaran lampu jalan tu bulan-bulan lagi
janji dalam masa 8 jam akan dibaiki
tapi pundek! langsung tak nampak bayang

alahaiii panas menyirap pulak hati aku
usaha ayah aku macam sia-sia jae kowt.
aduan melalui telefon ak dipandang
sampaikan ayah terpaksa pergi pejabat TNB Marang bahagian kerosakan sendiri
tetap si TNB tu tak datang-datang jugak repair lampu tu
serius aku menyirap.

malam tadi ayah ada jugak mengadu
risau sebenarnya bila lampu tu tak menyala
bergelap je depan rumah
risau dekat mak dan adik-adik, kalau ayah balik kerja lewat malam
ya lah, rumah kami kan jauh sikit dari jiran tetangga
so kalau apa-apa yang berlaku siapa yang susah.
yang ada dekat rumah skrg ni
hanya ayah, mak dan dua orang adik aku yang masih sekolah
kalau ayah kerja, balik lewat malam tinggallah mak dengan adik-adik
aku, abang dan adik aku yang lagi seorang dah lah jauh
so sapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan

tadi aku call TNB 15454 lagi sekali
untuk sekian kalinya aku bercakap dengan operetar
dah naik muak sebenarnya aku call TNB ni
sebab isu dan masalah yang sama je
suara aku mula-mula coooll td tapi tetiba teremo plak
aku tanya selalu mmg dlm masa 48jam ke akan dibaiki kerosakan
operetar tu pun jawablah ye.
aku pun cakaplah,
ouh ye ke, tapi kenapa aduan saya dah hampir 3 bulan
dan langsung tade tindakbalas ye.
dah berpuluh-puluh kali saya call, buat aduan yg sama je,
ayah saya siap pergi pejabat TNB lagi tapi tetap sama jugak.
ni bukan 48jam dah siap makan bulan lagi.
ops! opereter tu maybe terkejut kowt tetiba kene sembur
panjang berjela aku meleter tadi tapi dia diam je.
dengar luahan kemarahan hati aku ni hah
last sekali opereter tu bagi no telefon TNB cawangan Marang.

aku call TNB cawangan Marang 09-6182810
dua tiga empat lima kali aku call
call yang ke enam baru angkat
dahlah suara tak ramah mesra
aku tanya ni TNB Marang bahagian kerosakan ke
bole plak dia jwb dengan kasar
tak, call no ni 09-6185887
tak sempat aku nak respon, dia dah letak
macam haremmmmm, dah laa salam aku tak dijawab!

aku call 09-6185887 TNB cawangan Marang bahagian kerosakan
berpuluh kali aku call tapi tak diangkat.
hampeh! Tak tahu mane pergi sume kakitangan TNB
takkkan sume sibuk repair kerosakan kowt
takkan tinggal office kosong kowt
ishhhh.. membara pulak hati aku

rasanya aku dah buat aduan disaluran yang betul
aku dah ikut step by step yang betul
tapi kenapa aduan aku masih tidak dapat disettlekan
siapa yang salah dalam hal ni
TNB ke aku yang salah???