Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Manusia Ingin Menjadi Telefon Pintar

😭😭😭
CERITA SEDIH DAN MEMANG BERLAKU

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa  homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?

Apa yang terjadi?’

Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?

’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?

’Isteri: ‘Abang dengar’

Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .

Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.

Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG. ........

‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼
MOHON TERASA PADA SEMUA

Hu3...πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”




#PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI JUGAπŸ’πŸ’πŸ’

Adab Berjimak Dalam Islam

ADAP BERJIMAK DALAM ISLAM
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu.

(( Adab sebelum Jimak ))

1. Mulakan dengan belaian lembut dan kata-kata manis yang memuji antara satu sama lain. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah SAW telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabda bermaksud: “Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka jawab Rasulullah SAW (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (HR Ad Dailami)

2. Janganlah melakukan jimak dengan tergopoh gapah walaupun mungkin ketika itu masing-masing pasangan sudah bersedia melakukannya.

3. Lakukan pujuk rayu, ciuman mesra, sentuhlah tempat-tempat punca nafsu, seperti suami mencium dahi isterinya dan sebagainya.

4. Jangan melakukan jimak ketika perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

5. Makruh jimak dengan telanjang bogel. Keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah SAW. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya: “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka” (HR Tirmizi)

6. Suami dan isteri haruslah memulakan dengan lafaz ta'awwuz dan basmalah terlebih dahulu.

7. Baca doa sebelum jimak. Memadai jika suami sahaja yang membacanya, tetapi sunat kedua-dua suami isteri membacanya. Dengan doa yang mashyur iaitu:
(Bismillaahi, Allahumma jannibnaa wa jannibis syaitaana maa rozaktanaa): "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami." (HR Bukhari)

8. Makruh minum air ketika melakukan jimak. Kerana hal ini akan melemahkan nafsu dan mengendurkan rasa berahi di antara pasangan.

9. Gunakan kain pengelap yang berasingan di antara suami dan isteri. Menggunakan kain lap yang sama akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara pasangan.

10. Haram jimak pada dubur isteri.

(( Adab selepas berjimak ))

1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.

2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas antaranya ialah tubuh isteri akan terasa sejuk.

3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.

4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam tempoh tak lama selepas itu.

5. Saling mengucapkan terima kasih atas khidmat masing-masing dengan anugerah pahala dari Allah SWT.



Semoga manafaat.

πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š..

Kebebasan Sebuah Layang Layang

"Betul lah orang cakap. Benda yang makin kita kejar, makin jauh dia dari kita. Stop chasing things. Stop chasing people to love you. Start love yourself even more. Life will figure it out the best for you."

"Dunia ni ibarat bayang bayang, Lagi kita kejar lagi dia menjauh. Kejarlah Allah maka dekatlah kita dengan Allah."

Bagaikan layang layang. Makin aku tarik makin dia meronta untuk terbang lebih tinggi. Penat aku menarik, makin ganas dia meronta. Mungkin tiba masanya untuk aku lepaskan tali. Bukan putuskan tapi cuma lepaskan.

Biarkan ia berterbangan bebas. Pergilah kemana yang nak pergi. Singgahlah kemana yang nak disinggah. Tapi jangan sesekali lupa aku disini yang setia menantimu.

Tak pernah walau sedetik aku lupakan kau. Tak pernah walau sesaat kau hilang dari akal fikiran aku. Aku lepaskan tali memberi kau ruang, peluang dan masa. Hargailah segala apa yang aku bagi itu. Jangan sesekali kau tersilap langkah. Jangan sesekali kau hancurkan kepercayaan aku.

Semoga kau terbang bebas wahai layang layang. Nikmatilah kebebasan yang kau dapat dengan akal fikiran yang waras. Bertindaklah dengan bijak. Fikirlah sebelum kau bertindak dalam sesuatu perkara. Harapan aku, semoga kegembiranan dan kebahagiaan sentiasa kau rasai walaupun bukan dengan aku.




Antara Dia Dan Kita

Bila kita sayangkan seseorang, semestinya kita nakkan yang terbaik untuk dia. Kita akan usaha lakukan yang terbaik untuk dia. Kalau boleh, kita taknak dia sakit. Kita taknak tengok dia bersedih. Kita taknak orang sakitkan dia. Kita jaga dia dengan rapi. Tanpa kita sedar sebenarnya kita terlalu mengongkong dia. Hurmmm...

Kita seakan sekat kebebasan dia. Kita kawal setiap tingkah laku dia. Segala rutin dia kita ambil tahu. Dia diam seribu bahasa, mengikuti setiap apa yang kita perkatakan.

Kita hanyut dengan kemanisan kasih sayang itu. Kita pergi terlalu jauh. Tanpa sedar kita sesat dalam sebuah dunia yang penuh dengan mainan emosi. Sekejap senyum bahagia. Sekejap menangis kesedihan. Tetiba gelak ketawa gembira. Tetiba meratap meraung kedukaan. 

Akal tidak lagi dapat berfungsi dengan waras. Hati bagai berada di cabang dunia. Akal dan hati tidak lagi seirama. Mana harus dipilih. Mana harus dijaga. Mana harus dibuang. 

Dialah dunia buat kita. Semua benda dialah keutamaan. Dia didahulukan dalam semua aspek. Dia.. Dia.. Dan dia.. Tanpa kita sedar, hanya dia dunia yang kita ada. Mereka yang lain makin kita lupakan. Makin kita jauhi. Pernah mereka persoalkan kewujudan dia antara kita. Kita tersenyu riang lalu berkata, dialah yang kita sayang. Kita senang habiskan masa dengan dia. Kita bahagia bila dia sentiasa bersama disisi kita. 

Kejamkah kita? Lupakan mereka kerana dia. Dia wujud seketika cuma sedangjan mereka sudah berabad bersana kita. Hurmmm...

Kita tidak pasti. Yang pastinya, dunia kita hanyalah dia.  Celik mata kita mencari dia. Sebelum pejam mata, dialah orang terakhir yang muncul diruangan mata. Senyman dia, tingkah laku dia, rinag tawa dia.

Sesungguhnya kita terlalu menyayanginya. Semoga dia sentiasa dalam lindunganNya. Semoga dia sentiasa bahagia dan gembira. Sesungguhnya kegembiraan dan kebahagiaan dia adalah nyawa kita.




Manisan Yang Menyakitkan

Cinta...
Terlalu indah untuk diungkap
Tiada kata yang mampu merungkaikannya
Terlalu manis untuk diselami

Cinta...
Hadirnya tanpa diduga
Datangnya bersama kebahahagiaan
Tempisannya adalah kesengsaraan

Cinta..
Kata orang cinta itu kejam
Padahal manusia yang kejam dalam bercinta

Cinta..
Terlalu sukar untuk dirungkai
Ironinya memakan diri

Apa itu cinta
Dimana wujudnya cinta
Kenapa ada cinta
Bagaimana lahirnya cinta
Mengapa perlu cinta

Tidak dapat aku rungkaikannya...


Cara Balas Dendam Yang Kejam


Gurau senda diantara suami isteri merupakan salah satu cara untuk meeratkan hubungan.
Bergurau senda biarlah berpada pada. 

Misi Kecilkan Paha

Rasanya semua perempuan kalau boleh nak dapatkan shape peha & betis yang sedap mata memandang. Try buat exercise dekat bawah ni setiap hari selama seminggu.

Bukan setakat boleh kecikkan peha & betis, perut pun boleh kecik jugak. 😍

1. SKIPPING
Bermain skipping sangat effektif untuk membakar lemak hingga bermanfaat dalam membentuk peha, betis & perut serta menurunkan berat badan secara keseluruhan.

Cukup untuk speedkan 20 minute setiap hari dalam seminggu, dan lihat perubahan pada muscle peha dan betis semakin cantik.

2. LARIAN SPRINT
Sprint atau larian jarak pendek dapat melatih otot betis dan peha dengan hentakan ketika berlari dengan cepat.

Contohnya macam lari pecut. Senaman ini juga boleh mengecilkan perut buncit dan banyak kalori terbakar.

3. TREADMILL
Sedikit tips untuk cantikan peha dan betis dengan menggunakan treadmill. Cuma perlu jinjitkan sikit jari kaki untuk lebih fokus, untuk muscle kaki.

Berlari dengan kecepatan 9km/jam selama 30 saat. Buat selama 5 - 10 minute, selepas itu stop sekejap dan sambung kembali senaman tersebut.


Giveaway-03 by Ematunz

Awakk, ohh awak. Ye awak si manis yang sedang skodengg blog saya ni. Jom join giveaway ke-3 oleh Ematunz . Cara nak join pun so simple. Senang mudah terr amatt, just kopipes dah settle. Nak join, klik gambar di bawah ye:


Hadiah:
Topup bernilai RM20
RM5 x 4 pemenang cabutan bertuah.

Semoga berjaya gais :)