Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Assalamualaikum gaissss..
CikAin nak kemaskini bloglist yang sedia ada. Jadi, CikAin pun buatlah segmen ni untuk mencari blog yang berminat nak masuk dalam bloglist CikAin nanti. Jom support segmen CikAin gaissss :)

Syarat Penyertaan :

1. Follow blog ni pada yang belum follow di Blogbabyshambles.
Nanti CikAin akan followback

2. Like Page Facebook BirdNest Essence

3. Like Page Facebook Klubna Laleh

4. Follow Instagram @orangekecik

5. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Blogbabyshambles'.
Masukkan banner, di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.

6. Lepas tu, tinggalkan link entri korang di ruangan komen. Jangan lupa sertakan sekali username ig korang. CikAin nak followback!

7. Siap :)

Segmen berlangsung sehingga 15 April 2020, pukul 6 petang. Keputusan akan diumumkan inshaAllah selewat-lewatnya 17 April 2020. InshaAllah, semua peserta yang join akan duduk dalam bloglist CikAin selama sebulan. ngam tak ngam? Selamat bersegmen korang!


Bahaya Normalisasi Yang Berlaku Pada Hari Ini

Normalisasi yang berlaku dalam masyarakat hari ni, menjadikan umat Islam sendiri takut nak tegakkan syiar Islam dalam diri.

Takut nak jaga ikhtilat sebab kawan-kawan sekeliling semua sosial. Takut nanti orang cakap apa.

Takut nak bagitau yang vape tu haram sebab kawan-kawan sekeliling semua vape on. Takut nanti kena ban.

Takut nak halang virus Kpop sebab kawan-kawan sekeliling semua fanatik Kpop. Takut nanti kena pulau.

Sedangkan Allah turunkan al-Quran dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w sebagai panduan.

Kalau tak jelas halal haram, rujuk balik al-Quran dan Sunnah.

Sebab normalisasi yang berlaku menjadikan yang haram tu halal, yang halal tu haram. Habis bercampur aduk!

Anyhow, kenapa perlu takut pandangan manusia daripada pandangan Allah?

BPN | Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa golongan B40 yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 01 April 2020 dengan melayari portol LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my . Sekiranya status semakan adalah 'tiada rekod' , orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang 'Permohonan Baru' . Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN :
  1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C)
  2. Masukkan cod captcha yang diberikan, dan
  3. Keputusan akan dipaparkan

Orang ramai diingatkan bahawa tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Semantara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukan secara dalam talian dengan melayari portol rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my atau https://www.bpn.gov.my bermula 03 April 2020


Memandangkan trafik capaian ke portol-portol rasmi yang dinyatakan di atas adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Orang ramai dinasihatkan membuat semakan di luar waktu puncak. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Untuk rekod, bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei 2020.

Sebagai memberi kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

  1. HASIL Live Chat
  2. Borang maklum Balas di portol rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;  dan
  3. Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu :

Covid-19 | Perintah Kawalan Pergerakan Hari Ke 17

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini memasuki hari ke 17. Aku masih setia dirumah. Mencari pekerjaan di dalam rumah. Makan minum aku sediakan sendiri. Kain baju aku basuh sendiri. Sepanjang PKP ni, tiada istilah 'tapau makanan' dan 'mendobi'. Fuhhhhh, jimat sungguh kewangan aku setakat ni! Bila lapar masuk dapur, masak dan makan. Baju kotor, basuh sendiri, jemur dan dah kering terus lipat. Terbaik!!!


Sepanjang PKP ni memang agak bosan. Sangat bosan siakkkkk!! Tapi dalam kebosanan, sebenarnya banyak benda yang aku belajar. Rasanya banyak benda positif yang hadir dan jadi dalam hidup aku. Yess! negatif pun ada tapi aku malas nak pening kepala memikirkan semua tu. Aku nak jalani hidup ni dengan tenang. Relak brother.. brother relakkkk.. cool wehhh..

Aku ni seorang yang agak susah nak masuk dapur dan masak. Well, bukan bermaksud aku tak pandai masak tapi sebab malas kot. Setakat masak meggi, rebus air tu kacanggg je boss *berlagak!* . Akukan tinggal sonsorang sebab tu malas nak masak sebenarnya. Rasa macam sedis pulak mengenang nasib, masak beria pastu makan sonsorang. Sobbb... sobb.. sob.. sebab tu sebelum ni aku lebih suka tapau kalau rasa nak makan yang beria ria. Sebelum ni pun kalau malas nak keluar tapau, aku akan masak menu yang simple. Selalunya yang aku masak menu yang berasaskan spaghetti, sebab aku suka beli stock spaghetti banyak banyak. Bagi aku, spaghetti mudah dan cepat disediakan.

Sekarang semuanya dah berbeza!!! beza sangat berbeza. Semenjak wujudnya PKP ni, aku macam suka pulak masuk dapur. Masak menu itu ini. Cuba resepi itu ini. Kemas dapur, cuci dapur, blaaa.. blaa.. bla.. Setakat ni antara menu yang aku masak termasuklah ayam goreng sambal hijau, ayam masak halia, ikan goreng sambal, ayam masak cili, nasi goreng sambal hijau, nasi goreng cili api, bubur kacang hijau, sambal ikan bilis masak ubi kentang, dan adalah beberapa menu lagi yang aku tak tahu apa namanya. Heheeee resepi campak campak je beb. Tapi takpe janji aku dapat asah skill memasak yang selama ni aku simpan akibat kemalasan, kan?

Selain tu, aku pun dah rajin blogging sejak PKP ni. Heheeee... dah rajin bukak blog. Tapi itulah, disebabkan dah lama sangat tak blogging kot, aku ingat ingat lupa dengan segala apa ilmu blogging yang pernah aku menuntut satu ketika dulu. Cewahhhh, ayat nak gempakkk je kau ni!! Bwerkkkk 

Untuk hari ni aku ada buat edit edit sikit pada blog ni. Tapi itulah.. terkial kial sungguh. Ingat ingat lupa di mana, dekat mana semua tu. Heheee... perkara yang sepatutnya boleh siap sekejap jadi berjam jam pulak dapat dekat aku. Tapi takpe... masa PKP banyak lagi, jadi bolehlah gigihkan diri untuk terus blogging lepas ni.

Okaylah, aku dah penat menaip ni. Sekarang pun, dah masuk tengah hari. Aku stop dulu eh. Nak sediakan barang barang untuk masak pulakkk. Cewahhhh masakkk gaissss ! Tapi aku hari hari mati akal bila part nak masak ni. Tak tahu nak masak menu apa wehhh! Okay bye

Cara Semak dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional vs Bantuan Sara Hidup

BPN is BPN.
BSH is BSH.
Persamaan? Bantuan. Under LHDN.
Tapi sekarang bukan nak apply BSH lagi sebab permohonan BSH2020 dah tutup 15/3/2020. Sekarang ni nak apply for BPN. Yang PM announce haritu.

Tarikh apply 
BSH : 1/2/2020 - 15/3/2020 
DAH TUTUP

BPN : 1/4/2020 - 30/4/020 
MASIH DIBUKA

Pergi terus ke website http://bpn.hasil.gov.my
Semakan No. kad pengenalan.
Lulus. Duduk diam diam.Cuba double check akaun bank mana korang daftar.
Sekiranya tiada rekod. Click untuk Permohonan Baru.
Buat id akaun.
Selesai

Soalan banyak diterima macam mana nak daftar incometax and BSH?
Kalau Br1m sama tak dengan BSH?
Ramai yang salah faham, ingat kena ada benda alah ni baru boleh apply.

Untuk pencerahaan bersama
1) Dulu memang BR1M (Bantuan Rakyat 1 My) selepas bertukar kerajaan, ianya menjadi BSH ( Bantuan Sara Hidup). Basically dia tak sama. Sebab tu korang yang apply BSH kena kemaskini. Sebab tak semua details BR1M kita ambil. So, korang kena daftar (bagi yang layak) BSH sebab BR1M dah tak valid.

- so yang dinyatakan di dalam kenyataan sesiapa yang dah apply BSH memang lulus permohonan dia. Tak perlu buat permohonan baru untuk BPN sebab korang secara automatik memang akan terima bantuan tu.

- dulu BSH untuk bujang ada apply & dapat (atau tak layak) masa RM100. Nak kena apply lagi tak?
Maksud dia, pergi dekat website yang sama. Buat semakan. Masukkan ic and check. Mcm saya, saya dapat BSH RM 100 dulu so bila saya check guna ic. Permohonan saya lulus sebab? Saya salah seorang penerima BSH dahulu.


- dulu BSH ada apply, tapi masa bujang. Sekarang dah kahwin. Macam mana nak kemaskini nanti BPN dapat status bujang.

Sepatutnya kena kemaskini semasa tarikh permohonan baru/rayuan 1/2/2020-15/3/2020. So, bila dah jadi macam tu, nak update dekat siapa?

Setahu saya, dah tak boleh update. Sebab penerima BPN yang melalui BSH dia akan ambil data dari situ. (Boleh call careline Hasil untuk kepastian.)



2) Daftar dengan LHDN.
Tak perlu daftar income tax untuk BPN ni. Sebab yang ada nombor Cukai ni golongan M40. Tapi ada dua jenis.

i) ada nombor cukai tapi gaji tak layak dikenakan cukai
2) gaji layak dikenakan cukai dan wajib declare.

So dari sini, pihak tertentu akan nilai dari data dalam system (income tax) korang layak atau tidak.

So yang layak, secara automatik BPN lulus. Tak perlu buat permohonan baru. Bagi yang, bila check tiada rekod. Boleh buat permohonan baru di website yang sama.

Boleh refer sini berapa bayaran korang akan dapat melalui pendapatan isi rumah bawah sekian sekian





And, for next soalan untuk IPT akan dapat bantuan RM200. Tapi, saya tak sure dari mana. For sure bukan sekali dengan BPN dan student tak boleh apply for BPN. Refer jawapan nombor 11


Kalau korang ke website http://hasil.gov.my dia akan keluar macam ni. Pilih untuk BPN tu. Jangan terkejut pula tengok e-filing bagai tu. Ignore je. Unless uolls dah wajib kena declare, jangan butakan mata ye


Kalau korang terus pergi ke http://bpn.hasil.gov.my dia akan keluar macam ni so just masukkan ic untuk semakan. Situ yang dia akan bagitahu korang lulus ke atau kena buat permohonan baru.



Saya nampak ramai je orang buat summary untuk BPN ni. Siap tunjuk macam mana nak log in nak isi. Exactly macam mana yang saya tulis sekarang. Cuma you nak baca atau tak je. Baca dulu. Info dah ada depan mata. Ni baca pun tidak, main buat je lepas tu salah tanya soalan yang dah ada jawapan dalam info diberi. Oichh sedissss...

Oh ya, sesiapa yang saya explain tadi tergolong dalam layak untuk dapat BPN. Macam kawan saya sorang ni, dia tunjuk she got text dari LHDNM yang dia lulus BPN so tak payah semak/apply. Just tunggu pembayaran pertama.


Korang boleh apply time pagi buta. Taklah laju website still loading macam siput tapi kira okay lah dari buka di siang hari Ghost semoga selamat buat dengan apa yg uolls nak buat, stay safe, duduk rumah! Dan, yang penting. Baca dulu, baru tanya mana tak faham. Kang kena smackdown kang

So, mana yang tidak lulus. Atau, dulu bujang sekarang dah kahwin dapat yang bujang. Boleh buat rayuan ye.

And, another information! Mamang akan diberitahu through sms atau email. So, kalau diminta details bebukan. Jgn layan!


Sumber : @capuyaaa


Resepi Bubur Kacang Hijau Musim Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ni memasuki hari ke 14. Sepatutnya hari ni merupakan hari terakhir PKP, tapi disebabkan keadaan masih lagi tidak pulih sepenuhnya, pihak yang berkenaan terpaksa tambah lagi 14hari. Fuhhhh bertambah lagi wehhhh!!

Bermula dari 18 March sehingga 31 March 2020, rasanya hampir separuh kewarasan akal aku tidak berfungsi. Heheee bukan setiap hari macam tu, ada hari hari tertentu je. Bosan siakkkk! Mati akal berkurung dalam rumah. Bercakap dengan dinding sorang sorang. Dugaan..

Okay, abaikan segala apa yang aku merapu ni. Meh sini dengar sis nak kabo. Hari ni sis masak bubur kacang hijauuuuuuu. Sedap wehh! Tak tipu, mmg sedap. Heheheee..

Aku masak agak banyak, hampir seperiuk besar. Niat dihati nak makan sikit lepas tu nak jadikan bubur kacang hijau tu sebagai aiskrim 1Malayisa. Nanti bila dah beku, aku nak bagi pada jiran jiran dekat sini. Saja je.. nak bersedekah sambil eratkan hubungan kejiranan gitchu 😁

Tadaaaa.. Ni lah hasil setelah aku bersilat dekat dapur. Penat wehhh tapi aku puas hati. Aku suka.. aku suka.. 

Resepi Bubur Kacang Hijau versi CikAin
🌸 Kacang Hijau
🌸 Gula Melaka a.k.a nesam
🌸 Santan
🌸 Daun Pandan
🌸 Sedikit gula & garam

Cara masak Bubur Kacang Hijau Versi CikAin
🌸 Kacang hijau tu rendam dulu dalam 3-4 jam supaya lembut. Wehh lama sangat nak rendam, so aku guna rice cooker. Rebus kacang hijau dalam rice cooker sampai lembut.
🌸Gula melaka tu kau ricik bagi kecil. Nanti mudah dan cepat sikit larut.
🌸 Daun pandan tu kau simpul buat simpulan kasih sayang. Heheheee...
🌸 Okay, masukkan santan, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk. Pastu kacau sampai sebati. Pastikan gula melaka tu larut sebetul betulnya tauuu. Kasi dyorng berkawan leklok dlm kuali tu. Hehehee..
🌸 Agak agak dah sebati, mendidih dan pekat, terus masukkan kacang hijau yang dah direbus menggunakan rice cooker tadi. 
🌸 Kacau jangan tak kacau. Kacau sampai pekat sikit dan sebati.
🌸 Garam dan gula tu korang boeh masukkan sikit supaya bubur kacang hijau tu rasa lemak lemak manis.
🌸 Siap!





COVID-19 | Cara Kekalkan Kesejahteraan Mental Sepanjang Tempoh PKP


Ayuh kita amalkan kesejahteraan mental di waktu sukar ini. Amalkan pemikiran yang positif, sejahtera dan sihat untuk kita semua. Kesejahteraan mental kunci kebahagiaan

COVID-19 | Aktiviti Faedah Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Bersama Keluarga


Suami Isteri kat rumah tu, sambil-sambil tengok TV boleh ajak pasangan bersenam bersama. 

Makin hari makin sayang.

BPN | Soalan Lazim Bagi Bantuan Prihatin Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat



BPN | Bantuan Prihatin Nasional


Pencarian Bloglist 2020 by MK


Selamat bersegmen gasi :)

COVID-19 | Penyertaan Sebagai Sukarelawan Bagi Mengendalikan Kes Covid19 di Fasiliti KKM

PENYERTAAN SEBAGAI SUKARELAWAN BAGI PENGENDALIAN KES COVID 19 DI FASILITI KKM

Mesej untuk mendapatkan khidmat sukarelawan ini dipanjangkan kepada anggota Kesihatan dan Perubatan swasta seperti Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 dalam pelbagai skop perkhidmatan dan pelbagai cara mengikut bidang atau kemahiran anggota kes berkenaan.

Khidmat sukarelawan amat diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

1. Menjalankan saringan demam di Fasiliti Kesihatan Awam (Public Health Facilities) seperti di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, KLIA dan sebagainya.
 atau
2. Menjalankan tugas-tugas di hospital yang terlibat dengan pengendalian kes:
a) Bukan COVID 19 di Wad dan Jabatan Medikal,Ortopedik,Surgical, dan lain-lain akibat kesesakan pesakit COVID 19 di Hospital COVID
b)  COVID-19  bagi pakar /pegawai yang berpengalaman tertakluk kepada keperluan semasa

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, sila lengkapkan google form di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9QnaNk224JI0nZBcvNh4wKasLFpxfbAsMKQ/viewform?usp=pp_url 

Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di hospital KKM, sila lengkapkan google form di bawah ini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTmWCBfjKeKK8pLHU26HAsZPn3pIbs8LzXESb9Jx7gKyxJLg/viewform?usp=sf_link



Mereka yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
1) Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2) Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3) Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4) Tiada sejarah melawat ke negara/lokasi wabak COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam jangkamasa 14 hari sebelum bertugas.

Sekian, terima kasih.

NATIONAL CRISIS PREPAREDNESS RESPONSE CENTER, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 Mac 2020

Sumber : Telegram Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada Bazar Ramadhan di Negeri Terengganu Dan Negeri Sembilan Pada Tahun Ini, 2020

*KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN*

Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri dan negara kita ketika ini.

Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga ke akhirnya.

Memandangkan PKP telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum Awal Ramadhan, dan mengambilkira suasana tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan Bazar Ramadhan tahun ini.

Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula Virus Covid-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini MEMBATALKAN penganjuran Bazar Ramadhan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi Bazar Ramadhan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'. Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah DIPERSETUJUI dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 Bil. 3/2020 pada 29 Mac 2020 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Kerajaan Negeri juga menyarankan kepada para peniaga Bazar Ramadhan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain seperti berikut:-

i) mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online);

ii) perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan;

iii) menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya; atau

iv) apa saja alternatif lain yang difikirkan sesuai.

Kerajaan Negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambilkira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak.

Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut sebagaimana pengumuman oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Mac baru-baru ini.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar negeri serta negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Virus Covid-19 ini.

Kepada Allah kita berserah.

Salam hormat.

'TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA'

*Y.B. DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK*
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu
30 MAC 2020


COVID-19 | Penggunaan Daun Semambu (Neem) Bagi Wabak COVID-19

Kebelakangan ini tular kononnya Daun Semambu (Neem) boleh merawat COVID-19.

Baca fakta ini untuk penjelasan.


COVID-19 | Pesanan Kepada Penjawat Awam

Pesanan kepada Penjawat Awam.


Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan COVID-19, tuan/puan dilarang menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan tidak tepat kepada umum melalui pelbagai saluran media.

Segmen Bloglist 2020 Cida


Segmen Bloglist 2020 Cida



Segmen Bloglist 2020 Cida


Semoga berjaya gais :)

COVID-19 | Kriteria Kontak Rapat Covid-19

Sekiranya seorang individu di kesan POSITIF Covid 19, perlukah seluruh kampung menjalani ujian Covid 19?
.
Apabila kes Covid 19 di kesan, PPKP akan menyiasat kes dan mengenal pasti kontak rapat kes untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

Kriteria kontak rapat ini adalah berdasarkan cara penyebaran virus ini menerusi titisan titisan air.

Covid 19 BUKAN penyakit sebaran udara, oleh itu virus ini tidak akan menjangkiti individu yang berada jauh dari pesakit yang telah dijangkiti.

Ini juga menunjukkan kepentingan jarak sosial lebih dari 1 meter antara satu sama lain, tidak kira anda berada.


Ya ALLAH Engkau angkatlah Wabak Penyakit Berjangkit ini jauh dari Negara & Dunia ini,
Sungguh Kebergantungan kami hanya KepadaMU. Amin Ya Rabbala'lamin

COVID-19 | Bersama Tangani Wabak Covid-19



COVID-19 | Apa Yang Boleh Dilakukan di Rumah


Lamanya cutii. Arghhhh bosanyaaaa. Yaaaa sis tahu kornag sedang bosan. Waktu mula mula cuti haritu memang teruja. Tapi sekarang dah mati akal sebab terlalu lama berada dalam rukan, kan. Bertabahlah gaissaa..

Sebenarnya banyak benda yang kita boleh buat selain dari makan, tidur, berak, mandi, layan movie, blaaa.. blaa.. bla semua tu.

Kemas rumah. Waktu macam ni lah koramg boleh kemas rumah. Boleh guna konsep 5S. Kemas leklok. Barang yang dah rosak tu buang jer lah. Yang elok lagi simpan baik baik. Kalau rasa tak nak guna/pakai, boleh simpan dalam satu tempat. Nanti keadaan Covid-19 ni dah reza, korang boleh sedekahkan barang yang masih elok tapi taknak digunakan lagi tu.

Dalam waktu macam ni, boleh eratkan hubungan sesama ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat, rakan dan sesiapa saja yang ada disekeliling tika dan saat ini.

Asah skill memasak. Yess! Part ni paling sis suka. Kau ni memanjang masuk dapur angkut segala bagai makanan pastu makan depan tv. Fuhhh nikmat bebenar hidup kau. Cuba ubah sikit pemikiran tu. Inilah masanya untuk korang belajar memasak. Asah skil memasak yang sedia ada. Boleh juga cipta resepi baru atau olah resepi yang sedia ada. Best, kannn! Tapi itulah kekadang malas lagi banyak menguasai diri dari kerajianan. Kekdng alasan tak pandai itu menghalang segala kerja kita. Elehh saje bagi alasan padahal kau malas, kan! Harrr.. harr.. har..

Untuk bebudak sekolah plak, ni lah waktunya korang nak belajar dengan family. Ajak abang, kakak, mak, ayah mentelaah bersama korang. Tanya diaorang pasal matematik ke, pasal sejarah ke, pasal sains ke, tanye je lah pasal pape. Dari situ secara tidak langsung dapat eratkan masa bersama family. Santai santai bergurau senda. 

Tapi itulah, tak semua family mesra alam, kan. Ada juga family yang bercakap apa yang perlu je. Tak mesra sesama adik beradik. Tak bertegur sapa sangat sesama mereka. Kumuplan whastApp family pun hambar je, kan. Tapi takpe, inilah masa untuk korang eratkan silaturahin.

Ya Allah sesungguhnya pada Mu kami berlindung dari wabak Covid19, hentikanlah wabak ini, kau sembuhkan mereka yang dijangkiti Ya Allah.. kami merayu pada Mu. Amin





COVID-19 | Adakah Aku Telah Dijangkiti Virus Corona?

Sekiranya anda tidak sihat, jangan tunggu di rumah dan tertanya tanya ,

“adakah aku telah dijangkiti virus Covid?”

Penyakit lain masih ada, denggi masih lagi, jangan tunggu sehingga parah dan kritikal. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

✔️ Tidak perlu datang ramai2
✔️ Jaga kebersihan
✔️ Jangan duduk dan berdiri rapat rapat

* Maklumkan kepada kaunter saringan jika anda mempunyai hubungan dengan individu yang telah disahkan Covid 19



Peneman Di Jalanan

Yang disangkakan kamu sebagai peneman di perjalanan ini, tapi akhirnya kita cumalah sejalan dan bukan searah. Arahku menuju ke timur dan arahmu ke barat. Yang ditemukan di pertengahan jalan, lalu berpisah menuju ke tujuan masing-masing.


COVID - 19 | Corona Virus Disease 2019

COVID-19

CO-CORONA
VI-VIRUS
D-DISEASE
19-2019

Masuk melalui :
Hidung, mulut & mata.

Ubat : Tidak ada.

Cara tanggani : Kuarantin, kerana virus akan mati dengan sendiri selepas 14hari kalau tak jumpa tuan rumah baru.

Kerajaan : Kawalan pergerakan.

Rakyat : Degil Nokharom.


Take Note : Tengah scroll twitter tadi, jumpa plak tweet berkenaan Covid-19. Tetiba terlintas dalam kepala, hurmmm... spesis manusia degil, tak dengar kata, pentingkan diri sendiri!

Kekdng sis sendiri pun tak faham dengan spesis tak dengar kata ni. Takde kesedaran sivik langsung eh, bukan payah pun apa yang diminta tu. Duduk di rumah diam diam. Jangan keluar rumah. Faham ke idok?? Tak payahlah kau nak gedik balik kampung. Sesak atas jalan, sesak atas highway. Duduk je rumah kau tu.

Perkara serius sebegini rupa tapi kau pandang rendah. Fikirlah leklok wehhh, benda serius. Tak kena pada sedara mara kau memanglah kau boleh bersuka ria lagi. Bolehlah kau ke hulu ke hilir lagi tanpa ambil cakna arahan pihak yang berwajib tu.

Pernah tak kau bayangkan kalau kau yang kena wabak tu. Pernah tak kau bayangkan kalau sedara mara kau yang kena wabak tu. Agak agaknya apa tindakan korang ye? Apa yang akan korang lakukan. Bayangkan kalau koranglah penyebab sedara mara korang terkena wabak tu. Bayangkan seketika...

Sama sama kita beringat sebelum terkena gaisss. Semoga wabak ni cepat hilang. Semoga kita semua dilindungi dari wabak ni.




Day 7 | Seminggu Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Good morningggg. Oichhh tetiba bersemangat pulak pagi ni. Kihkihkihhhh...

Dah beberapa hari berkurung dalam rumah. Rasa selesa tapi agak kebosanan. Kaki pun dah rasa sakit sakit sebab banyak duduk dari bergerak. Rumah sis takde kerusi so duduklah bersila, bersimpulBeberapa hari berlalu, tetiba petang semalam rasa sakit sakit dekat bahagian lipatan bawah lutut. Pagi ni rasa sakit tu macam makin sakit pulak. Nak berjalan pun payah. Terpaksa hincit hincit. Nak duduk pun seksa wehhhh, bengkok lutut sikit je dah terasa sakit. Nak bangun dari tempat duduk, perhhhh part ni lagi merana. Kaki terpaksa berlunjur je sementara waktu ni. Pergerakan pun jadi terbatas. Itulah penangan kawalan pergerakan bagi sis buat masa sekarang. Apa pun semoga sakit nin idak berlarutan dan cepat sembuh. Aamin

Okay, dari sisi lain pula. Tetiba sis rasa macam rajin pulak ke dapur skrg. Tapi, masuk je dapur jadi bingung kejap. Nak masak apa eh? Banyak sebenarnya menu dalam kepala sampai tak tahu nak pilih menu mana satu. Setakat ni menu berasakan telur je yang berjaya dihasilkan. Itu paling mudah kot. Almaklumlah, duduk sorang sorang jadi macam.. alahhh malas lah nak masak menu yang rumit2. Main campak campak jer. Hah gitu.. Heheee..

Dalam situasi skrg ni, sis harap semua orang patuhi apa yang pihak berwajib arahkan. Tak perlu nak keras kepala, tak payah nak berdegil, jangan gedik nak acah acah hero tau. Kita permudahkan urusan diaorang, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan nanti. Siapa lagi yang boleh tolong kita kalau bukan diri kita sendiri, kan? Jadi, masing masing dah besar. Masing masing ada akal fikiran yang waras. Maka gunalah seelok eloknya. Jangan nak menyusahkan orang lain tauuuu. Eh, sis tak marah pun. Nasihat je tu. Heheeee...






COVID - 19 | Kesan Positif Dari Corona Virus

SISI POSITIF CORONA VIRUS

Tidak ada didunia ini yg terjadi kebetulan. Semua ada tujuan dan hikmah.

Kira-kira apa hikmah dibalik pandemik Corona virus ini?

1. Corona menutup bar, kelab malam, rumah pelacuran, kasino dan tempat-tempat orang biasa bermaksiat.

2. Corona menurunkan feadah bank yg mencekik leher.

3. Membawa keluarga bersama kembali dalam rumah dan melakukan aktiviti rumah bersama.

4. Menghentikan orang memakan haiwan mati dan terlarang

5. Memindahkan peruntukan anggaran belanjawan tentera menjadi anggaran rawatan kesihatan.

6. Negara-negara Arab telah melarang shisha.

8. Corona melemahkan para diktator dunia yg selama ini sombongnya luar biasa.

9. Corona membungkam kesombongan negara yg mengangap dirinya paling hebat dan tak terkalahkan.

9. Manusia banyak berdoa dan berharap pada Nya dan tidak semata-mata berpegang pada sains dan teknologi.

10. Memaksa negara memperhatikan rakyatnya.

11. Memperlihatkan betapa bergunanya wudhu paling tidak lima kali dalam sehari.

12. Mengajarkan manusia bagaimana bersin, menguap dan batuk seperti yg diajarkan oleh Nabi SAW kita lebih dari 1400 tahun yg lalu.

13. Coronavirus sekarang membuat kita tinggal di rumah dan hidup dalam kesederhanaan.

14. Corona mengajarkan bagaimana satu saja "tentara Allah", iaitu virus kecil yg berukuran 150 nano mampu mengalahkan 7 billion manusia yg hidup dibumi yg luasnya ratusan juta hektar. 

15. Memberi kesempatan kita untuk melihat bahawa mati itu nyata dan dekat dengan kita.

16. Mengajar kita supaya tidak bersentuhan dengan yg bukan muhrim.

17. Mengajar kita tidak berbelanja dan makan sembarangan diluar.

18. Membangunkan kita pada kenyataan dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan bantuan Nya.

19. Semua yg kita miliki adalah milik Allah dan Allah boleh mengambilnya pada bila masa saja.

20. Dan banyak lagi hikmah dari Nya untuk kita, bukalah mata hati kita dan kembalilah kepada Allah Yang Maha Esa dan satu-satu Nya.


Hakikatnya :
Percayalah, Allah menurunkan sesuatu dengan hikmah. Ada pelajaran besar dalam hal ini bagi mereka yg bijaksana dan arif untuk melihat.


Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Selamat Bersegmen (:




Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz


Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Jawapan teka teka
RM 41.60

Contest "Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED PSan!"

TEKAN BANNER UNTUK JOIN
klik sini untuk join :)
Share di FB | Twitter


Contest "Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED PSan!"


POWDER BLUE TANG'S ROMANCE (BLUE BG)

Kenapa pilih bantal comel ni?
Nak dijadikan cerita, CikAin bukak je web Creative United terus mata tuju pada bantal comel ni. Pastu dalam hati cakap cakap, bantal ni cantik weh. Boleh letak dalam kereta. Lepas ni kalau overnight/camping dekat pantai Port Dickson, boleh guna untuk tidur ni. Heheee dapat lena sejam dua pun jadi ler. Lepas tu boleh jugak guna time lepak Genting ni. Sambil santai santai layan view kat sana boleh peluk bantal ni. Oichhh nikmat wehhhh.

Mesti korang tanye kenapa Port Dickson dan Genting, kan?
Sebenarnya time cuti cuti itulah tempat yang akan CikAin pergi dengan kawan kawan atau kesayangan. Sekarang ni musim Covid-19, so aktiviti dalam rumah jer. Wehh, kalau dapat bantal ni boleh buat penemam tidur malam. Ngam terukkkk! Nak bantal ni pleaseeeee... :) 

Kenapa bantal ni jadi pilihan CikAin?
Baca kat bawah ni


THROW PILLOWS

  • Bantal itu diperbuat daripada kain poli lembut, diperbuat daripada kain tenunan sentuhan poliester 100%. Dipotong secara individu dan dijahit dengan tangan, setiap bantal datang dengan mudah untuk menggunakan zip yang tidak kelihatan. Terdapat tiga saiz, 16 "X 16", 18 "X 18" dan 20 "X 20". Reka bentuk yang dipilih dicetak di kedua-dua belah pihak.


  • Imej-imej di atas bantal dicetak menggunakan proses penyulingan pewarna standard industri. Kaedah percetakan yang membuat dakwat menembusi jauh ke dalam struktur kain, menyebabkan rasa tangan lembut dan juga boleh dibasuh. Imej tidak akan memudar walaupun selepas mencuci banyak.


Pillow Features

  • Terdapat dalam tiga saiz persegi: 16 ", 18", 20 "
  • Reka bentuk yang dipilih dicetak di kedua-dua belah pihak
  • Roket yang tersembunyi untuk kelihatan lancar dan profesional
  • Diperbuat daripada kain tenunan sentuhan poliester 100%
  • Dengan atau tanpa memasukkan serat poliester

Cik Ain tag : Mamapipie & CikNor & Rodiah Amir

SELAMAT BERSEGMEN SEMUA :)

Cuci Tangan Dengan Sabun Sudah Memandai?

Terkejut saya tengok, hand sanitiser yang kecil, harganya hampir RM20. Disebabkan harga yang mahal dan stok yang terhad,  wujud pula kes pelawat mencuri sanitiser dari hospital.

Tahukah anda, cuci tangan dengan sabun sudah memadai?

Melalui satu penelitian yang dilakukan di Jepun, cuci tangan dengan sabun ternyata lebih efektif.

Peneliti mendapati, antara sebab kenapa sabun lebih efektif adalah kerana alkohol didapati mengambil waktu yang lebih lama untuk menembusi lendir/ mucous dari hidung atau mulut.

Sabun dan air juga lebih berkesan pada tangan yang berminyak atau kotor, berbanding sanitiser.

Maka, tak perlulah keluarkan duit berpuluh ringgit untuk sanitiser, duduk rumah diam-diam, bosan-bosan cuci tangan dengan sabun.

Duit sanitiser tu boleh order food buat breakfast esok pagi, ok?

Sumber : @shazwan_sazali



Take Note : Mari biasakan diri mencuci tangan. Karena mencuci tangan sangat efektif dalam membunuh kuman dan virus. Tidak perlu panik jika tidak punya sanitizer. KKM suruh kerap basuh tangan. Takde pun dia ckp kerapkan guna hand sanitizer.

Berhati-hati Menggunakan Sanitizer Di Stesen Minyak

Terdapat persoalan berkenaan sanitized di stesen minyak, ni pun kena aware kepada semua, sekarang ni semua sentiasa bawa personal sanitizer ke mana shj, jadi sanitizer ni bahan asas dia alkohol 60% - 75% bermaksud ianya flammable, jadi berhati hati, selepas guna sanitizer tunggu sekejap bagi alkohol tu meruap dan hilang, jangan guna sanitizer di pam2 stesen minyak :

- Sebelum isi minyak, semasa dalam kenderaan pakai sanitizer,
- Tunggu sekejap bagi kering sanitizer tadi,
- Kemudian keluar kenderaan discharge elektrik static dengan menyentuh bahagian besi kenderaan atau tempat discharge yang disediakan, 
- Buat bayaran di kauter, sebaiknya rancang pembelian  minyak, kalau boleh bayar tanpa ada baki, genapkan
- Kemudian baru isi minyak, 
- Selepas isi minyak masuk dalam kenderaan dan sanitized semula tangan, 
- Selain dari tu boleh pakai glove tapi make sure step tanggalkan glove supaya tangan tak tercemar.

Jangan tinggal sanitize dalam kereta dan parking tempat panas, janga pakai sanitizer semasa memasak, sebelum memasak sebaiknya basuh tangan dengan sabun...

#JabatanBomba&Penyelamat

Pesanan ikhlas dari pihak bomba. Jadi, sama samalah kita ikuti apa yang dinasihatkan oleh mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati gaissss. Semoga kita semua dijauhi dari wabak yang sedang menular sekarang di negara kita



Langkah Selepas Pulang Beli Makanan Atau Barang

Hanya ketua keluarga atau seorang wakil keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Cara Kekal Aktif Ketika Perintah Berkurung COVID - 19

Walaupun tinggal di dalam rumah, rakyat Malaysia disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal.

Pada masa kini terdapat pelbagai senaman di rumah yang boleh
dilakukan, contohnya:

1. Senaman yang berbentuk kardio bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

2. Senaman yang menggunakan berat badan sendiri, seperti
push-ups, squats, planks, burpees dan lounges (yang menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi.

Rakyat Malaysia juga boleh kekal aktif dengan melakukan pelbagai bentuk tarian dan mengambil peluang untuk melakukan spring
cleaning di dalam rumah.

Kajian menunjukkan bahawa senaman dan aktiviti fizikal penting untuk mengekalkan kesihatan mental dengan meningkatkan mood dan melegakan kebimbangan dan keresahan. Ia membantu mengasah minda, meningkatkan kekuatan otot dan kekuatan aerobik.