Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sabar, Duit, Dunia, Mati


"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

Belajar Hargai Peluang Yang Ada

 "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

Bernafas Dengan Kehidupan Baru

Alhamdulillah. Setelah agak lama menyepi akhirnya aku kembali. Kembali aktif meneruskan kerja yang hakiki. Aku rasa, perjalanan hidup aku untuk setengah tahun ni sangat mencabar. Jatuh, rebah, tersungkur, emosi tak stabil, mental barai dan keseorangan.. itulah hakikat sebuah perjalanan yang aku tempuhi.

Dunia kehidupan aku tak seindah yang aku bayangkan. Apa yang aku impikan jauh tersasar dengan apa yang aku perlu dan harus lalui. Sakit, perit.. tetap aku harus dan terpaksa lalui. Nak tak nak, itulah kehidupan. Tak mungkin dapat kita mengundur bahkan semakin terus maju ke hadapan. Apa yang ada dihadapan terpaksa juga dilalui.

Aku boleh tersenyum. Aku boleh gelak tawa. Aku boleh berkata kata. Hakikatnya, tabir hidup aku perit. Tak siapa yang tahu.

Alhamdulillah. Kini kesabaran disebalik keperitan itu aku dapat rasai buahnya kini. Nak kata berubah seratus peratus tu, idok ler. Tapi ada perubahan. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil. Ini baru permulaan perjalanan aku. Untuk pertengahan dan pengakhirannya nanti aku masih tidak tahu. Apapun, aku mengharapkan kemanisan untuk aku kecapi. Biar lambat asalkan berbuah hasil.

Alhamdulillah. Syukur. Tak terkata untuk aku luah. Walaupun sekarang agak kelam kabut tapi aku tak kisah. Mungkin sebab ini sebahagian dari minat aku. Takpe, aku terima dan cuba untuk lebih gigih lagi.

Banyal sebenarnya yang nak aku kongsi tapi biarkan untuk seketika lagi. Bila tiba waktunya, akan aku kongsi dengan semua. Untuk seketika ini, aku mohon korang doakan semoga segala urusan dan perjalanan hidup aku dipermudahkan ye.

Terima kasih korang.


Keindahan Sebuah Dunia

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

Dari Sahabat Kepada Sahabat

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan"

Bahagia Milik Semua Insan

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.