Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Berdamai Dengan Diri Sendiri

 Belajar untuk berdamai dengan diri sendiri. Langkah pertama untuk kau berjaya-ialah dengan memaafkan semua salah lalu yang diri kau kau pernah buat. Minta maaf pada diri kau sebab pandang rendah diri sendiri. Percaya dengan diri. Cakap terima kasih sebab dah kuat hingga sekarang.




Belajar Hargai Apa Yang Dimiliki

Hidup untuk hari ini.

Jangan pandang belakang dan jangan terlalu berharap untuk yang kedepan.

Belajar menghargai apa yang ada di depan mata.




Orang Ketiga Dalam Perhubungan

 Jika niatmu hanya untuk singgah, ku mohon bersikaplah seperti tetamu.

Agar yang ku hidangkan adalah kopi bukan hati .


Akhir akhir ni banyak sangat gosip pakcik/makcik bawang berkenaan penyondol rumahtangga orang. Hurmm.. naik risau pulak aku dengan situasi ini. Baik netizen mahupun artis, semuanya sama naik. Yang famous dan yang tak famous sama naik je semua. Risau wehhh ghisauuu.. tapi apa yang boleh kita buat?

Betullah tu, orang cakap semuanya berkenaan dengan hati. Kalau tak melayan, benda takkan berpanjangan. Kalau tak menggedik, benda takkan berlarutan. Well, bagi aku pokok pangkalnya hati kau sendiri. Kau dah ada bini/laki, so kenapa perlu melayan perempuan/lelaki lain? Jangan jadikan perkataan 'kawan' sebagai alasan untuk kau melebihi batasan. Ingat sikit kau ada tanggungjawab yang menanti dirumah. Mereka perlukan perhatian/kasih sayang dari kau jadi kenapa kau salurkan perhatian/kasih sayang tu pada orang lain? Entah, kekadang aku tak faham dengan sikap manusia ni. Nak kata pendek akal atau tak guna akal, ke langsung tak berakal. Terlalu fikirkan keseronokan dan pentingkan diri sendiri sehingga sanggup lukakan hati manusia lain yang bersusah payah dengan kau selama ini. Kalau rasa ada masalah, bincang sama sama. Kalau rasa dah tak boleh nak teruskan, ingatlah kembali saat susah senang orang suatu ketika dahulu. Belajar perbaiki mana yang kurang. Usaha hadirkan kembali keceriaan dalam perhubungan. Nak mulakan hubungan tu memang senang tapi nak pertahankannya bukan semudah memulakan sesuatu hubungan. Faham?

Disekeliling aku, banyak je situasi macam ni. Bahkan, kawan baik aku sendiri sekarang ni sedang alami situasi ni. Nak diluah mati mak, tak diluah mati anak. Nak bertahan, hati sendiri sakit. Nak melangkah pergi, fikirkan anak anak. Dah tu macam mana? Aku sebagai kawan hanya mampu menjadi pendengar setiap kali dia meluahkan kesedihan dia. 

Ingatlah, kalau dia boleh curang pada bini/laki dia. tak mustahil suatu hari nanti dia pun akan curang pada kau. Kau tak rasa bersalah ke cipta bahagia atas penderitaan orang lain? Tak rasa bersalah ke kau hancurkan rumahtangga orang lain. Janganlah sesekali jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain. Bahagia yang kau dapat tu mungkin hanya sekejap sahaja. Fikirlah wahai manusia yang berakal...


Ingin Jadi Orang Baik

Ya Tuhanku, jadikanlah aku sebagai orang yang mendirikan solat dan juga keturunanku. Ya Tuhanku, terimalah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku dan orang-orang mukmin di hari perhitungan. 


Aku hanya mahu jadi orang yang baik

Melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat

Jika aku tak mampu

Janganlah kiranya aku buat kejahatan

Dan kejahatan dalam kebaikan

Biarlah aku diam andai aku belum bersedia

Kiniku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama lamanya

Aku harap aku kan kuat

Dan aku mohon sangat sangat agar aku jadi kuat

Untuk buat kebaikan

Dengan itu aku berusaha





Belajar Hargai Sekeping Hati

 Jangan terlalu suka mainkan perasaan orang.

Nanti bila satu masa.. kau betul-betul menyayangi seseorang.

Masa itulah, giliran kau pula dipermainkan.


Seronok betul kau permainkan hati anak orang ye. Kau buat seperti hati anak ayam pulak. Bila rasa nak, kau mencari. Bila rasa tak diperlukan, kau buang seperti kain buruk. Wah, bukan main lagi hidup kau bertongkatkan langit seolah olah langsung tiada hari esok untuk kau terima balasan setimpalnya atas segala kesalahan kau. Terbaikkk.. teruskan mendabik dada. Bagusss.. teruskan bermegah dengan apa yang kau lakukan. Tapi ingat, akan tiba masanya nanti kau pula merasa apa yang dirasai olah mereka yang kau sakiti itu. Hidup ini tak selalunya indah. Hidup ini takkan selalunya kita dapat apa yang kita ingini. Beringatlah sebelum kau pula terkena. Berubahlah, sebelum kau menyesal dikemudian hari. Allah sentiasa ada. Allah sentiasa melihat apa yang hamba hambanya lakukan.



Jadilah Hamba Yang Sebenar Benarnya Hamba

 Sungguh.. hidup ini dari Allah, dan hidup ini adalah untuk Allah dan kelak akan kembali pada Allah. Jadilah sebaik-baik makhluk yang boleh membuat Allah merasa bersyukur telah menciptakan seorang hamba seperti kita. Aamiin..




Hati Yang Disakiti

 Sedangkan bayang-bayang sendiri pun akan turut meninggalkan kita sendirian di kala kegelapan,

inikan pula hati manusia yang sentiasa berbolak-balik.


Hati..

Bila terlalu disakiti akan hilang rasa

Terasa hambar, terasa kehilangan

Kesakitan langsung tidak lagi dirasai

Yang tinggal hanya sisa terkilahn

Ingin melangkah pergi

Hati tidak lagi berdolak dalih

Ingin terbang jauh

Hati tidak lagi waswas

Bila tiba masanya

Dengan langkah megah

Kaki akan melangkah pergi

Membawa hati yang disakiti 



Cukup Dikenang Saja - The Junas

Begitu syulit lupakan reyhan,
apalagi reyhan baik


Hari terus berlalu

Tergilas oleh waktu

Aku yang pernah menyakitimu

Rasanya ingin bertemu


Maafkan kesalahan

Dan juga kekhilafan

Pernah menancapkan duri tajam

Tak lekang dalam ingatan


Kini kau pergi

Meninggalkanku


Begitu sulit lupakan kamu

Apalagi kamu baik

Begitu susah cari gantinya

Cukup dikenang saja


Maafkan kesalahan

Dan juga kekhilafan

Pernah menancapkan duri tajam

Tak lekang dalam ingatan


Kini kau pergi

Meninggalkanku


Kini kau pergi

Meninggalkanku


Begitu sulit lupakan kamu

Apalagi kamu baik

Begitu susah cari gantinya

Cukup dikenang saja


Begitu sulit lupakan kamu

Apalagi kamu baik

Begitu susah cari gantinya

Cukup dikenang saja


Begitu sulit lupakan kamu

Apalagi kamu baik

Begitu susah cari gantinya

Cukup dikenang saja


Cukup dikenang saja

Cukup dikenang saja

Cukup dikenang saja




Selamat Kembali Berblogging

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini pulang ke pangkal jalan, buka blog. Fuhhh, lama sungguh aku tak blogging ya. Bersarang labah labah, berhabuk debu, bersemak samun dan segala bagai terbiaran lagi muncul. Memang terabai terus rasanya blog ni. Kekangan masa agak kritikal tika dan saat ini. 

Banyak benda sebenarnya yang nak aku kongsikan. Tapi dari mana nak mulakannya terlebih dahulu? Ishhhh.. susah sungguh nak aku buat keputusan itu. Kihhhkihhhkihhh..

Okay, sebenarnya ada beberapa khabar gembira nak aku kongsikan. Semoga khabar gembira itu akan menjadi kenangan terindah untuk setiap tahun yang mendatang. Doakan semoga yang baik baik sahaja akan sentiasa iringi kita semua ya. InsyaAllah.

Untuk pengetahuaan korang, tidak lama lagi aku bakal bergelar ibu. Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat. Setelah hampir setahun menanti, akhirnya ada rezeki untuk aku dan suami. Sekarang aku masih di fasa mabuk kepayang dan mood mengada ada. Huhuu... nak perhatian lebih dari en.husband, pantang ada benda ta kena sikit mesti berjurai airmata. Kihhhkihhkihhh.. Kekadang aku pun tak pasti kenapa kejadian itu semua terjadi tapi itulah, memikirkan kemungkinan bawaan budak, so aku hanya mampu tersenyum. Semoga en.husband juga tabah dan redha melayan kerenah pelik pelik aku ni. 



Salam Ramadhan 2022

 Sudah terlalu lama aku tak berblogging. Kalau dulu blogging merupakan salah satu cara untuk aku hilangkan rasa bosan, tekanan, dan salah satu punca aku selalu berjaga sampai lewat malam. Entah, aku pun tak pasti sebenarnya apa yang aku buat mengada blog ni. Hehehee..

Pertama sekali aku nak ucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua sahabat blogger. Alhamdulillah, aku masih disini walaupun tenggelam timbul. Banyak sebenarnya kisah yang aku nak kongsi, tapi tidak tahu nak bermula dari mana. Berkenaan status aku, lesen kereta, tempat kerja dan kehidupan aku yang sudah berubah hampir 360 darjah. Gempakkk, kan? 

Ramadhan susah hampir tiba ke penghujungnya, bagaimana dengan ramadhan untuk tahun ni? Meriah ke tidak? Raya pula bagaimana, tahun ni balik kampung mana dan dimana? Apa ke husband wife yang bergaduh berkenaan giliran balik kampung? Heheee... terujaan setelah dua tahun berkurung, akhirnya dapat juga beraya. Alhamdulillah. 



Belajar Perbaiki Diri Sendiri

Kalau kita rasa semua benda serba tak kena, mungkin yang perlu diperbetulkan adalah diri kita sendiri. Tenteramkan hati supaya tidak bitter dan negative sepanjang masa


Kau salah.. Kau salahh.. Kau salahhh.. semua salah kau.. apa aku buat semua tak kena. Apa kau buat semua betul.. apa kes ni??

Well, kalau kau rasa orang lain salah dan kau sentiasa betul.. sila check balik hati kau. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena disitu. Jangan terlalu menyalahkan orang lain dan keadaan disekeliling kau. Belajar salahkan diri sendiri dengan setiap apa yang kau lakukan. Mungkin ada sesuatu yang kau terlepas pandang, siapa tahu, kan? Muhasabahlah diri tu.. nilai balik setiap kebaikan dan kejahatan yang kau sendiri lakukan.. jangan terlalu cepat merunding jari gaisss.. tak ada faedah dan tak ada kebaikan pun..