Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Manfaat Tea Hijau Untuk Kesihatan


Siapa yang tidak sukakan teh? Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu membuatkan hati menjadi tenang, teh juga mempunyai manfaat luar biasa serta mengagumkan untuk kesihatan tubuh.

Teh terdiri dari pelbagai variasi, iaitu teh hijau, teh putih, teh hitam atau juga teh merah.

Memandangkan manfaat teh yang sangat luar biasa, tidak hairan jika teh menjadi minuman kegemaran semua orang.

1) Mencerdaskan Otak
Kandungan kafein yang ada pada teh serta beberapa nutrisi lain di dalam teh, dipercayai mampu meningkatkan kecerdasan otak. Beberapa kajian mendapati bahawa pengambilan teh secara setiap hari akan meningkatkan kecerdasan otak sekaligus membuat fikiran lebih tajam.


2) Aktioksidan
Kajian juga mendapati bahawa nutrisi pada teh hijau dipercayai mampu menyerap racun yang ada dalam tubuh. Kandungan bioaktif seperti falvonoid dan catechin yang ada pada teh juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal mahupun mental.


3)Membantu Program Diet
Teh hijau adalah minuman yang dipercayai boleh meningkatkan prestasi fizikal sekaligus mampu meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Kerana dua fungsi ini, tidak hairanlah jika teh dikatakan mampu menjadi nutrisi pemakanan yang sangat baik.

Tidak hanya meningkatkan pembakaran lemak dalam badan, pengambilan teh hijau secara teratur juga boleh meningkatkan sistem metabolisme tubuh.


4) Mengurangkan Risiko kanser
Siapa yang tak takut dengan penyakit kanser? Pasti ramai yang takut dengan penyakit yang boleh membawa maut ini. Agar terhindar dari risiko kanser, ada baiknya jika anda menjaga kesihatan dengan pengambilan teh hijau setiap hari.

Selain sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh, teh hijau juga sangat baik untuk kecantikan kulit.


Biskut Raya Mudah


Bulan ramadhan sudah berlaku, kini bulan syawal menjelma tiba. Waktu ni semua bersuka ria, pakai baju baru warna warni, makan juadah beraneka jenis, kunyah biskut raya berlainan rasa..

Yeyehhh dah raya. Sudah beberapa syawal berlaku. Alhamdulillah, rasa jugak kemeriahannya walaupun tak semeriah waktu aku kecil dahulu.

Waktu kecil-kecil dulu, saudara mara akan balik kampung berkumpul rumah nenek. Rumah nenek tu sebelah rumah aku. Diaorang yang balik kampung, aku dan family dah memang orang kampung. Huhuu.. kampung sebelah ayah.
Kebiasaannya dua tiga hari sebelum raya, mereka akan sampai. Meriah ! Dengan kerenah dan ragam sepupu sepapat. Bila malam tiba.. sibuk dengan mercun dan bunga api. Huhuu biasanya paksu akulah yg supply mercun. Waktu arwah atok masih ada, kami tak berani nak main mercun. Sebab dah tahu mercun tu bahaya, pastu nanti kalau kantoi dengan arwah atok mesti sakan arwah mengamuk.. hahaa arwah seorang yg garang, berdisiplin, tegas tapi baik.

Main mercun.. ada satu ketika tu abang sepupu aku buat kerja gila. Mercun dinyala lepas tu diletak atas tahi lembu yang masih fresh.. pastu ditutup dengan tempung kelapa. Hahahaaa korang boleh imagin tak apa yang jadi seterusnya 😂.. mercun meletup.. tempurung terpelanting.. tahi lembu terberai.. dan mereka yang ada disekitar tu semestinya akan terkena tempias tahi lembu tu. Hahahaaa nakal !

Banyak sebenarnya kenangan waktu kecil. Rindu memang rindu tapi andai diputarkan kembali tak semestinya adan sama seperti dulu.

Eh, panjang pula aku bernostagia malam ni. Padahah tadi, niat hati nk story pasal kuih raya yang baru siap aku buat. Hahaa..

Okay, saja nak habaq malam ni aku buat biskut raya. Saja buat suka-suka. Lagipun esok pagi adik aku dah nak balik Pengerang, Johor. Jadi bolehlah bekalkan untuk dia sebalang dua. Lagi sorang adik aku dah nak gerak balik Dungun petang esok. Adik aku yg ni memang penggemar biskut raya, terutama biskut yang mak buat. Hahaaa semestinya esok dia akan tapau dua tig balang. Manakala aku plak akan gerak balik ke Seremban pada malam esok dan sudah pasti aku pun nak jugak bawak bekal biskut raya. Huhuuu...

Mak cakap, anak-anak balik rumah beg kempis, bila balik semula ke sana mesti beg kembung. Hahaa itulah pasal, banyk sangat bekalan yang mak titipkan untuk kami.

Itulah mak. Mak tak pernah biarkan kami balik dengan tangan kosong setakat ni. Pasti ada juga bekalan yang akan mak selitkan nanti. ILOVEU mak, ayah dan adik adik.

Mood membiskut akhirnya berakhir. Kalau esok masih berbaki, bolehlah bwk kelik dinung sikit.
#selamatmalamdunia

Kunci Kebahagiaan Dalam Kehidupan


 Kunci Kebahagian Dalam Kehidupan


1) Jangan membenci sesiapapun walau ada yang menyalahi hak mu

2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun ada masalah memuncak

3) Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada

4) Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah

5) Perbanyakkanlah memberi walau kamu sedang susah

6)Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis

7) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin...

Semoga bermanfaat

Cara Tangani Stres Semasa Perayaan


Stress adalah tindakbalas fizikan (badan) emosi (perasaan) dan mental kepada sebarang perubahan.

Kenapa stress?
Diri sendiri - harapan terlalu tinggi

Keluarga - Konflik rumah tangga, kewangan & tragedi

Pekerjaan - bebanan kerja atau konflik dengan rakan kerja

Tanda - tanda stress
- Letih keterlaluan
- Sakit kepala
- Cepat marah
- Gelisah

Apa yang harus dilakukan apabila marah
Bertenang
- Tarik nafas dengan dalam dan lepaskan perlahan-lahan

Kenal pasti punca kemarahan
- Jika tidak dapat mengawal keadaan, tinggalkan tempat dengan serta merta

Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
- Minta pendapat mereka atau bercakap dengan mereka berkenaan topik topik yang positif. Ini salah satu cara untuk meredakan kemarahaan yang bermukim dihati.

Amalkan '10b'
- Bersyukur
- Bernafas dengan teratur
- Bicara diri
- Beribadat
- Berkongsi perasaan
- Berehat dan Berurut
- Mendengar muzik
- Beribadah
- Bersenam

Bila Lelaki 'Datang Bulan'



Kebiasaannya lelaki ni kurang emosi dan lebih bersikap tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tetapi perasan tak, ada masa-masa tertentu lelaki ni secara tiba-tiba jadi lebih sensitif,emosi, cepat marah-marah dan naik angin walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil je. Kita wanita ni, mesti rasa pelik bila perkara macam ni berlaku kan.Tiba-tiba je dia nak emosi nak cari pasal je dengan kita, padahal isu remeh je.

Sebenarnya,dalam situasi ini lelaki sedang mengalami sindrom "datang bulan" namun tidak mengeluarkan darah ataupun mengalami sakit senggugut ketika period seperti wanita. Perubahan keadaan ini dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS) yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, sebagaimana yang sering wanita alami iaitu PMS.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh The telegraph di United Kingdom, lebih daripada separuh daripada penduduk lelaki mengalami keadaan ini. Begitu juga dengan maklum balas daripada pihak wanita, lebih daripada separuh wanita memaklumkan bahawa pasangan mereka akan bertindak seperti cepat marah ataupun cepat sedih dalam masa-masa tertentu.

Ketika berada dalam tempoh ini, lelaki akan kerap berasa lapar dan dia akan lebih cenderung untuk merisaukan tentang berat badan mereka. Sesetengah orang akan cepat berasa marah, ada yang cepat berasa lapar dan ada sesetengah mereka yang inginkan kasih sayang dariapda orang tercinta.

"Period" bagi lelaki ini mungkin kedengaran agak melucukan, namun, ia merupakan satu fenomena yang benar dan telah dikenalpasti oleh pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.

Professor Peter Schlegel, seorang pakar perubatan di New York-Presbyterian dan Weill Cornell Medicine memberitahu bahawa kitaran hormon bagi wanita dapat dijangka setiap bulan. Namun, berbeza dengan lelaki, kestabilan hormon mereka tidak dapat dijangka dan boleh meningkat dan menurun pada bila-bila masa sahaja.

Antara punca IMS atau Irritable Male Syndrome ini ialah bila mereka stress. Selalunya dikaitkan dengan stress yang kronik. Masalah kewangan, perubahan hormon testeron dan masalah fizikal & spiritual.

Antara simptom mereka ialah:

1: Hypersensitive

2. Anxiety(Kerisauan)

3. Frustation(Kekecewaan)

4. Anger (Kemarahan) - ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pentengkaran.

Antara keadaan yang dilalui:

1. Merajuk

2. Melenting

3. Marah-marah

4. Pening

5. Keletihan

6. Berleter

Oleh itu, sekiranya perasan perubahan terhadap emosi suami anda yang cepat marah ataupun sedih, berikan mereka sedikit ruang kerana mereka mungkin sedang mengalami fenomena ini dan janganlah terlalu cepat menghukum mereka. Mereka sendiri juga mungkin tidak tahu tentang fenomena ini, berikan mereka sedikit ruang sehingga hormon mereka kembali stabil.

Sumber : Info Lelaki

Take Note : Stay cool dan relaks. Macamana bila orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat. Selain itu, carilah coklat. Coklat dapat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS. Sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.

Wajib Tahu Sebelum Tukar Tayar Kereta. Penting!


Info:

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.              
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum
               Bebanan
       H = Had Maksimum
              Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju
        300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
    Tercatat Di Sisi Tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

#Copy_paste

Power bank PN-958 Paling Nipis Dan Ringan




Apa yang syok sangat dengan power bank PN-958 paling nipis dan ringan

ORIGINAL produk, jadi tak perlu bimbang pasal keselamatan, tak meletop punya, kalau tak ori kami akan PULANGKAN WANG anda.

Warranty 1 tahun, kalau ada problem terus contact kami untuk tukar

Powerbank 10kmah paling NIPIS & RINGAN, korang lepas ni boleh bawa powerbank ke mana mana sampai tak perasan tengah cas phone dalam poket!

Cas 3-  4 kali baru habis battery powerbank 10kmah

Ada DUA USB PORT, korang boleh cas dua device sekaligus dgn laju! Semua device guna usb boleh guna

Ada design yg NIPIS GILA memang sesuai nak bawak keluar, masuk dlm poket je

DESIGN dia semua stylo mylo, siapa yang pandang semua serius jeles dengan kita beb

Boleh cas 2 DEVICE SEKALIGUS tanpa ganggu kelajuan cas pun lah! 👌

Cas 3 KALI LEBIH LAJU banding dengan power bank jenama lain!

100% ORIGINAL, kalau tak tak original KAMI AKAN PULANGKAN WANG ANDA

Dapat 2 FREE GIFT Misteri! 😱😱😱

APA LAGI YG UOLSS DAPAT?

🔰 1 x Powerbank 10k PINENG
🔰 1 x Pineng Pouch Bag
🔰 1 x Pineng USB Cable
🔰 FRE USB LIGHT/KEYCHAIN
🔰 Warranty 1 Tahun


Untuk pertanyaan / order

Tanda-Tanda Penyakit Gout

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik di dalam badan

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi bengkak, panas, merah dan tersangat sakit. Serangakn biasanya berlaku secara tiba tiba dan kerap kali semalaman.

Sendi yang diyerang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyakitkan. Sakit mungkin berlarutan selama berhari-hari atau sekurangnya 1 - 2 minggu sekiranya tidak dirawat.



10 Modifikasi Tubuh Demi Kecantikan Yang Paling Ekstrim Di Dunia

Terdapat banyak tradisi unik di dunia yang menjadikan tubuh badan sebagai alat untuk menyampaikan maksud kecantikan disebalik tradisi tersebut. Jom baca


1. Bibir Piring – Mursi
Wanita daripada suku Mursi yang berasal daripada Ethopia ini akan ditindik pada bibirnya pada usia yang muda sebagai persiapan untuk perkahwinan di masa hadapan.

Pada seawal usia enam atau 12 bulan, sekeping piring yang diperbuat daripada kayu akan dimasukkan di bahagian bibir bawah kanak-kanak perempuan ini. Saiz piring itu kemudiannya akan ditambah seiring dengan usia kanak-kanak tersebut sehinggalah mendapat ukuran bukaan yang ideal.


2. Colokan Hidung – Apatani
Di lembah Ziro di Arunachal Pradesh, wanita dariapda suku Apatani ini dianggap wanita paling cantik di antara ke semua suku yang ada di wilayah itu. Bimbang bakal diapa-apakan oleh pihak musuh, para wanita akan membuat diri mereka terlihat tidak menarik dengan memakai subang yang bersaiz besar pada hidung mereka.


3. Leher Panjang – Kayan
Di Myanmar, perempuan dari suku Kayan akan mengenakan gelung keemasan yang diletakkan di leher mereka yang bertujujan untuk kelihatan lebih langsing. Para wanita mula mengenakan gelungan ini pada seawal usia lima tahun dan bilangan gelungan ini akan bertambah seiring dengan usia mereka.


4. Scarification Wajah –  Dinka
Pada usia yang sangat muda, kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada suku Dinka akan menjalani sebuah proses yang dikenali sebagai scarification wajah bagi memberikan identiti yang berbeza di kalangan suku-suku mereka dan juga untuk tujuan kecantikan bagi wanita-wanita mereka.


5.Pengecilan Tapak Kaki
Tradisi ini begitu popular di China. Pelbagai wanita dari kalangan menengah dan atas melakukan tradisi bonsai kaki untuk membuat kaki mereka menjadi lebih kecil. Sebelum abad ke-20 tradisi ini sudah sangat popular. Kaki dengan saiz kecil dianggap sebagai simbol kecantikan wanita.


6. Pinggang Victoria
Suatu ketika dulu, ukuran berbentuk sebuah jam pasir sangat menjadi kegilaan setiap wanita dan bagi menjadikan kegilaan mereka ini suatu kenyataan, mereka akan memakai sejenis korset yang memiliki ukuran pinggang sekecil yang mungkin selama berhari-hari.


7. Sterika Payudara
Memilki saiz payudara yang besar memang menjadi idaman setiap wanita di dunia. Namun bagi sebuah suku daripada wilayah terpencil di Afrika, memiliki payudara merupakan suatu perkara yang memalukan, apatah lagi untuk memiliki ukuran payudara yang besar.

Bagi mengatasi masalah ini, wanita daripada suku ini akan menyeterika payudara anak-anak perempuan mereka sebaik saja mencapai usia akil baligh bagi bertujuan untuk memberhentikan tumbesaran payudara.


8. Memahat Gigi
Para wanita Mentawai di Indonesia menganggap wanita yang memiliki gigi yang runcing akan kelihatan lebih menarik.


9. Tatu
Tatu digunakan sebagai simbol status serta memiliki makna spiritual. Di Jepun, antara 300-600 buah tatu mereka digunakan sebagai penanda bagi para penjahat.


10. Pemanjangan Telinga
Bagi sesetengah suku di dunia, memiliki cuping telinga yang panjang dan labuh melambangkan kematangan dan kecantikan seseorang wanita itu. Contohnya suku kaum dayak

Kecantikkan ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan ianya bersifat subjektif...sesiapun boleh menjadi cantik

Sumber:taikotai.tv

Faedah Pengurangan Berat Badan.


Faedah Pengurangan Berat Badan. 

1. Mengurangkan 10 mmHg tekanan darah sistolik dan 20 mmHg tekanan darah diastolik pengidap hipertensi

2. Mengurangkan 10% kandungan kolestrol darah, 15% kolestrol - LDL dan meningkatkan 8% kolestrol - HDL

3. Mengurangkan lebih 50% risiko untuk mendapat penyakit diabetes

4. Mengurangkan 50% risiko untuk mendapat penyakit osteoartritis (sakit sendi tulang), jika 2 kg/m2 atau lebih Indeks Jisim Tubuh dapat dikurangkan.

5. Mengurangkan risiki kematian disebabkan penyakit kanser berkaitan obesiti sebanyak 40 - 50%


8 Jenis Pekerjaan Yang Sudah Tidak Wujud Lagi Zaman Sekarang



1. Pеnуuѕun ріn boling

Bеbеrара orang budаk lelaki dіuраh untuk mеnуuѕun ten-pin di lоrоng bоlіng, ѕеlераѕ раrа реlаnggаn membuat balingan. Cubа tеngоk sekarang, ada lаgі tаk рuѕаt bоlіng уаng guna оrаng untuk susun ріn tu, kаlаu ada memang bеtul-bеtul old ѕkооl lа.


2. Jаm penggera mаnuѕіа

Pekerjaan іnі telah wujud dі Englаnd dаn Ireland ѕеmаѕа Revolusi Industri ѕеhіnggа tаhun 1920-an. Dеngаn upah bеbеrара ѕеn seminggu, jаm manusia реnggеrа аkаn mеngеjutkаn реlаnggаn ѕеtіар раgі. Bаgі pelanggan yang berada dі tingkat аtаѕ mеrеkа аkаn dі kejutkan dengan mengetuk tіngkар.


3. Pemotong аіѕ

Pеkеrjааn іnі аgаk еkѕtrеm, pekerja perlu mеmоtоng ais dі tаѕіk уаng mеmbеku. Kiub yang tеrhаѕіl tеlаh dіhаntаr kepada реlаnggаn dаn digunakan untuk реnуіmраnаn makanan.

4. Pengesan rаdаr реѕаwаt musuh

Sеbеlum реnсірtааn rаdаr, реrkhіdmаtаn rahsia dіgunаkаn pantulan dаn реrаntі аkuѕtіk mendengar untuk mеngеѕаn bunуі enjin реѕаwаt.


5. Pеnаngkар tіkuѕ

Penangkap tіkuѕ untuk kаwаlаn уаng dіаmаlkаn dі Erораh bаgі mеnсеgаh реnуеbаrаn реnуаkіt kepada mаnuѕіа, yang раlіng tеrkеnаl раdа kеtіkа іtu Wabak Hitam dan untuk mengelakkan kerosakan kераdа bekalan makanan.

6. Tukang nуаlа lаmрu

Pаdа setiap mаlаm dі ѕеkіtаr bаndаr pekerja akan mеnуаlаkаn semua lаmрu dengan tаngаn, bіаѕаnуа раdа tiang panjang


7. Pengangkut kауu balak

Zaman dаhulu bеlum lаgі wujud lоrі bаlаk untuk mеngаngkut kауu bаlаk seperti ѕеkаrаng. Jаdі kауu bаlаk yang bеrаt itu аkаn dі bаwа melalui sungai kе tеmраt реmрrоѕеѕаn.


8. Oреrаtоr switchboard

Kіnі bаnуаk kеrjа уаng dаhulunуа dilakukan оlеh manusia telah digantikan dengan rоbоt. Begitu jugа dеngаn ореrаtоr реnуаmbung tаlіаn tеlеfоn іnі, wауаr berselirat іnі рun ѕudаh buаt kita реnіng.

Keja dulu kala memang banyak guna tenaga dan skill memori rasanya. Lebih lebih lagi yang operator switchboard tu.

sumber: taikotaitv

Kesihatan | Wanita & Masalah Keputihan


APA ITU KEPUTIHAN

Keputihan ialah cairan atau lendir yang keluar daripada faraj wanita. Lendir tersebut dihasilkan oleh serviks atau pangkal rahim dan kelenjar dalam vagina dan akan keluar dengan membawa sel-sel mati serta bakteria.

Jumlah, warna, serta kepekatan lendir adalah berbeza-beza bergantung kepada kitaran haid yang dialami. Lendir yang normal umumnya berwarna jernih hingga keputih-putihan, tidak berbau, dan tidak disertai dengan gatal-gatal atau rasa pedih pada bahagian vagina. Jika anda mengalami keputihan dengan ciri-ciri yang berbeza, sebaiknya ambil tahu dan lihat ciri-cirinya.


Tahukah anda, apa sebab berlakunya keputihan ini

JENIS-JENIS KEPUTIHAN & PUNCANYA

Terdapat 2 jenis keputihan yang sering berlaku kepada wanita.

KEPUTIHAN NORMAL

Keputihan yang normal, lendirnya berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress. Keputihan yang normal ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya adalah tindak balas semulajadi badan wanita terhadap situasi yang berlaku dalam badan. Antara golongan wanita yang biasanya mengalami keputihan normal ini adalah :

Ibu yang baru lepas bersalinWanita yang baru pertama kali datang haidMenjelang waktu haidDi waktu suburAlergik pada pakaian dalam atau kondomRansangan aktiviti seksual

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana jangkitan sama ada disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun kulat. Keadaan ini perlu diambil perhatian untuk mengelakkan ianya bertambah serius dan boleh menyebabkan jangkitan kepada pasangan. Berikut adalah beberapa jenis keputihan tidak normal.

BERWARNA PUTIH, BERAIR,BERWARNA & BERBAU. 

Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicansKeputihan dengan lendir berwarna coklat atau bercampur darah.

Keputihan ini umumnya disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur. Dalam kes ini, ianya berpunca daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman. Tetapi tetap perlu diambil berat kerana ia mungkin salah satu tanda awal kanser servik atau kanser rahimKeputihan disertai rasa sakit atau pendarahan

KEPUTIHAN YG DISERTAI RASA SAKIT  

Sakit pada tulang pinggul atau ketika buang air kecil serta mengalami pendarahan di luar waktu haid, atau setelah berhubungan seks. Ciri-ciri ini menunjukkan seperti jangkitan akibat penyakit berjangkit seksual seperti gonore atau chlamydia (klamidia). Jika dibiarkan, kedua-dua penyakit berjangkit seksual ini akan memberi jangkitan serius kepada organ reproduksi wanita yang lain..so dptkn rawatan.

Sumber : KKM

Beza Antara Perempuan Simpanan Dan Isteri

Uncle google punya gambar

En Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya tapi isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu. Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz perempuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tiada tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti perempuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn perempuan simpanan kamu itu.

En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.






Senarai Pasport Paling Berkuasa Di Dunia


Menurut kajian pengembaraan 2017, pasport Jerman merupakan pasport paling berkuasa di dunia, diikuti Sweden, Singapura, Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway dan juga United Kingdom.

 Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Passporttindex.com, pasport Malaysia kini berada di tangga ke-19, mengatasi kedudukan Korea Selatan.


 Senarai tersebut dinilai berdasarkan jumlah negara yang tidak mewajibkan visa dan negara yang dilawati dengan menggunakan pasport.

 Pasport Jerman membolehkan pemegangnya melawat 158 negara di seluruh dunia tanpa memerlukan visa sebelum berlepas.

 Pasport Sweden dan Singapura membolehkan pemegangnya melawat 157 destinasi. Sweden berada di tempat kedua kerana 123 daripada 157 destinasi itu adalah percuma visa sama sekali, sementara Singapura, 122.

 Pemegang pasport Malaysia membolehkan pemegangnya ke 154 destinasi tanpa perlu mendapatkan visa sebelum berlepas atau ketika tiba.

 Dari 199 negara, pasport Afghanistan merupakan pasport yang paling lemah kerana pemegang pasport itu membolehkan mereka melawat hanya 23 negara tanpa visa.

Malaysia berada ditempat yang ke 19
Sumber : saja kongsi

Kesan Pancaran Kilat Kepada Badan Manusia


Selalunya kita sering lihat kilat memancar sabung menyabung di awan biru. Kita takut lalu berlari masuk rumah cepat2. Dilarang berlindung bawah pokok atau kawasan lapang seperti padang..itu membawa maut dohhh..kalau pokok terkena kilat memang habis pokok tu terbakar..

Namun bagaimana pula jika manusia yang terkena kilat? Apa impaknya? Terbakar? Hangus? mati?

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.


Bagaimana bila terkena panahan petir atau kilat?

Apabila baca tentang semua kuasa2 haba panas dan aliran elektrik yang terdiri daripada bolt kilat, susah nak bayangkan sekiranya kalau kena panah petir tetapi masih hidup lagi. Mustahil boleh hidup!!

Namun ada juga kes yang pengsan terbakar berasap namun masih hidup! Tetapi jarang jika ada pun satu2 atau 2 kes saja.Apabila "flashover" berlaku memanah badan, bermakna kilat menjalar seluruh badan, melalui ultra-konduktif peluh (atau air hujan), yang menyediakan laluan voltan tinggi menjalar seluruh badan. Selalunya orang mati akibat kilat, adalah disebabkan oleh serangan jantung yang disebabkan oleh aliran elektrik tadi.


Jika masih hidup apa kesan ke atas badan mangsa?

Badan yang terkena kilat akan menunjukkan pelbagai tanda-tanda kesan trauma akibat panahan tu. Sering meninggalkan parut corak spiderweb(seperti photo) pada badan mangsa yang terkena panahan petir. Saluran darah pecah sebab tu corak2 ini akan kelihatan.Pakaian selalunya akan berasap dan terbakar dulu.

Kesan kepada otak..

Yang menghairankan orang yang terkena petir tidak ingat bagaimana mereka dipanah petir. Apa rasanya? Mereka tak boleh cerita. Blurr..sebabnya otak lahh..
Jika arus elektrik bolt yang melalui kepala dan otak secara langsung, haba dan elektrik akan 'memasak' membakar sel-sel otak, menjadikan mereka tak ingat apa2 pun. Bertabahlah..hati2 sesiapa yang suka main bola dipadang waktu hujan..

Sumber : FB

Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya


1. Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan 1/2 atau 3/4 daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menggunakan biskut dan kek.

2. Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit

3. Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, berminyak dan bergoreng

4. Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan lemang atau kuah lontong

5. Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil

6. Gunakan ramuan yang tinggi serat untuk membuat kek dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.

7. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penggunaan kuih muih, kek dan puding.

Take Note : Okay, sekarang sudah tahu Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya, kan. Jadi lepas ni bolehlah amalkan menu yang sihat. 

Panduan Makan Secara Sihat Di Hari Raya



1. Makan dalma saiz atau hidangan dalam kuantiti yang sedikit

2. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah buahan serta makanan kurang minyak, lemak dan santan.

3. Amalkan konsep 'suku suku separuh' dalam pinggan anda semasa menjamu jamuan hari raya

4. Hadkan pengambilan makanan yang manis seperti dodol

5. Pilih buah buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut

6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi garam seperti kerepek

7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis

Take Note : Kita beraya sememangnya sebelan setahun. Tapi perlu diingat, badan kita nak pakai lama. Jadi seeloknya jaga badan sebelum memudaratkan.


Petua Mudah Nak Hilangkan Misai Untuk Perempuan


Perempuan Malu Ada ‘Misai’?
Disebabkan hormon, ada ramai perempuan yang ada bulu halus di atas bibir yang ketara sampai nampak macam misai. Malu juga nak jumpa dan berbual dengan orang kan. Automatik rasa keyakinan diri semakin berkurang. Tapi apa cara nak hilangkan bulu halus ni eh?

1. Serbuk Kunyit
Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campur kan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi kena ingat tau kunyit kalau kat tangan pun melekat apatah lagi atas bibir. Jadi, hati-hati okay.

2. Tepung Kosong
Kali ni sama macam cara nombor 1. Cuma guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.

3. Gula + Lemon
Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).

4. Putih Telur
Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.

5. Skrub Madu & Aprikot
Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!


Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

Tahukah anda dimana tempat-tempat paling berhantu dan menyeramkan di Malaysia? Berikut ini adalah beberapa tempat paling misteri dan berhantu di Malaysia:


1. Lebuhraya Karak, Pahang
Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam sejak tahun 1977, menghubungkan KL dengan Karak. Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas. Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu!


2. Bukit Putus, Negeri Sembilan
Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung. Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan.


3. Victoria Institution, Kuala Lumpur
Dibina pada 1893, sekolah ini adalah yang tertua di KL. Berdasarkan pengalaman seorang pengawal keselamatan. Suatu hari dia bertugas untuk shift malam. Seperti biasa dia membuat rondaan di sekitar sekolah. Semasa melalui Pavilion (stor barangan sukan) dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang. Selepas itu pengawal tersebut telah mengambil cuti sakit kerana demam panas. Dia mendakwa telah ternampak sepasukan tentera Jepun sedang berkawad!


4. Penjara Pudu, Kuala Lumpur
Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981.

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk. Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil. 


5. Taman Tema Mimaland Gombak
Taman rekreasi ini terkenal pada era 80an dan ia mula dibina pada tahun 1971. Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan terlibat. Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.


6. Highland Towers
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan yang sangat menggemparkan satu ketika dulu. Tragedi nahas yang meragut 48 nyawa ni bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh pada 11 Disember 1993. Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam.

Sumber : Says.com & Sentiasapanas

Take Note : Rasanya banyak lagi tempat yang agak menyeramkan di Malaysia ni cuma kita yang tidak ketahuinya. Tapi biasalah, setiap tempat dan keadaan ada risiko yang tersendiri. Apapun, berhati-hatilah dalam setiap apa yang kita lakukan. Mulakan setiap kerja dengan bismillah dan akhirinya dengan alhamdulillah. Pastikan setiap yang kita lalu dan kerja yang kita lakukan dengan niat dan nawaitu yang betul.


Jenis-Jenis Perut Buncit Yang Wanita Alami


Mesti ramai yang ingat perut buncit ni sama je dan tak ada beza pun. Rupanya ada beza dan kategorinya tersendiri. Terutamanya untuk kaum wanita, ada 5 jenis masalah perut buncit yang selalu anda alami. Jangan buat main, kadang-kadang ianya boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan!

1. Perut Pir (PEAR TUMMY)
Selalunya orang yang berpinggang ramping alami masalah ini. Bahagian bawah perut lebih besar dengan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan ketidakseimbangan hormon.

2. Perut Ibu (MUMMY TUMMY)
Selepas tiga bulan bersalin, perut kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menggeleber. Ini disebabkan otot–otot perut turut mengembang.

Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.

3. Perut Tiroid (THYROID TUMMY)
Perut tiroid disebabkan kalenjar berbentuk kupu–kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalejar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain membengkak.

Tanda–tanda tiroid adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.

4. Perut Stres (STRESS TUMMY)
Ramai yang tak tahu, stress juga penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Punca masalah ini adalah kerana anda berada dalam situasi stres.

5. Perut Kembung (BLOATED TUMMY)
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Penyebab utamanya adalah angin.



Aktiviti Malam Raya | Mercun Dan Raya Berpisah Tiada

Sebahagian dari koleksi kami untuk tahun ini. Sebenarnya banyak lagi, tapi malas nak buka kotak. Ini yang kami bakar malam tadi. Jadi sebelum bakar aku sempat snap beberapa ketul gambar.

Petang semalam, bapa saudara aku ada datang rumah. Singgah menziarah sekejap sebelum dia pulang beraya dikampung isterinya. Katanya, tahun ni giliran isterinya jadi dia pun kenalah relakan jiwa. Kihkihkihhh..

Petang semalam, waktu singah ke rumah, pakcik saudara aku sempat hulurkan beberapa ketul mercun. Sama seperti raya raya yang lepas. Sememangnya setiap kali raya, dialah yang akan bekalkan mercun untuk kami semua. Kebetulan kampung isterinya di Kelantan, jadi dia boleh dapat mercun yang diseludup dari seberang dengan harga yang agak murah.

Untuk kali ni, adalah beberapa ketul mercun yang dia sponser. Katanya, tahun ni stock tak berapa banyak sebab pihak berkuasa ligat menjalankan kerja. Okaylah, janji dapat daripada langsung tiada, kan.

Malam tadi selepas berbuka, aku dan adik-adik sempat melemparkan beberapa ketul mercun. Pisttt.. nama-nama mercun jangan ditanya sebab aku tak tahu.

Pom... pom.. pom.. pom... cantik !
Bunyi memang membingitkan tapi suasana dan kemeriahan tu memgembirakan kami. 
Balingan kedua di celah celah pokok bunga mak.
Okay, waktu ni mak tak tahu lagi kami baling mercun dekat sini.
Hahaaaa cantik je tengok warna-warna percikan api yang keluar.

Baling.. menjulang.. pastu jatuh ke tanah.
Sangat cantik dipandang

Pommmm!
Campak dalam pasu bunga mak. Okay, waktu ni mak dah tahu kami pedajal pokok bunga dia.
Hahaaa mak pun membebel. Tapi takpe, kami bahagia. 

Suasana malam raya sememangnya meriah. Tapi rasanya meriah lagi suasana raya waktu kecil dahulu. Tetiba rindu! Waktu tu masing-masing masih tiada komitment. Setiap kali malam raya mesti kumpul rumah nenek. Berbuka puasa terahir sama-sama. Main mercun sama-sama. Kena marah sama-sama sebab tak tolong mereka yang dewasa melakukan kerja. Pastu berjaga sampai pukul dua tiga pagi semata-mata nak tolong bakarkan sate. Alangkah indahnya waktu kecil dulu kala. 

Tapi adat dunia, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup perlu pandang ke hadapan. Jangan sesekali menoleh ke belakang. Tak salah mengingati kisah lalu kerna itu adalah cebisan kenangan dan pengalaman yang mematangkan kita. SALAM LEBARAN.