Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Ku Dimatamu – Sufian Suhaimi

Lagu Ku Dimatamu – Sufian Suhaimi

Apakah Kau cuba untuk menentukan
Keikhlasan Hatiku padamu
Betapa Ku mencuba
Mendapatkan Secebis kasihmu

Apakah Kau tak mampu tuk menentukan
Di Antara kaca dan permata
Betapa Telahanmu
Memaksaku Mengundurkan diri

Dan Tak seharusnya aku
Bertemu Dirimu
Didunia Ini

Dan Kau membuang diriku
Sesuka Hatimu
Dan Memilih dia

Dan Ku tersandar begini
Meratapi Hati
Yang Telah dilukai

Aku Sedar
Betapa Hinanya
Ku Dimatamu


Take note : Ada ura ura mengatakan lagu ni merupakan luahan hati Sufian Suhaimi terhadap Elfira loy. Betul ke? Okay aku no komen. Yang penting lagu ni best di telinga aku. Lirik dia deep siakkk. Dengar lagu ni tetiba buat aku teringat kat 'atok'. Hahaaaa cintun cintan monyet chimpazy zaman muda muda duluan. Dengar betol betul lagu ni, terkesan jauh disudut hati.

Cinta,
Bagi aku seketul yang unik. Kedang kala kita gapai tapi penghujungnya terlepas. Kadang kala kita kejar hingga tercungap cungap. Bila mana kita hampir berputus ada, ianya akan dapat sendiri. Kadang kala kita langsung tidak sedar sebenarnya ianya ada berdekatan kita.

Terasa Ada – Sufian Suhaimi

Lirik Lagu Terasa Ada – Sufian Suhaimi

Kamu Telah membuat ku
Tersenyum Dan memandangmu
Kau Hadir
Menemani Disampingku

Kamu Yang mewarnakan
Cinta Yang menghidupkan
Rasa Bersamamu
Ku Bahagia

Tiada Yang mampu memisahkan
Kita Berdua
Tiada Yang mampu
Melenyapkan Perasaan ini

Biar Diuji takkan
Ku Berhenti
Akan Ku pertahankan
Hingga Nafas yang terakhir

Kamu Telah membuatku tersenyum
Dan Memandang mu
Kau Hadir menemani
Disampingku

Tiada Yang mampu memisahkan
Kita Berdua
Tiada Yang mampu
Melenyapkan Perasaan ini

Biar Diuji takkan
Ku Berhenti
Akan Ku pertahankan
Hingga Nafas yang terakhir

Benar Engkau adalah
Pengakhiranya
Yang Ditakdirkan bersama
Diriku

Jika Masih ada
Rasa Yang tertinggal
Aku Kan mengambilnya
Kembali

Kerna Terasa ada

Tiada Yang mampu memisahkan
Kita Berdua
Tiada Yang mampu
Melenyapkan Perasaan ini

Kerna Terasa ada


Take Note : Tengah layan utube tetiba terkeluar plak lagu ni. Okay lirik best. Lagu pun best. Hahaa adalah dua tiga empat lima enam kali jugak apu ulang lagu ni. Macam puas plak dengar. Tak bosan dengar.





Hiking : Rujukan Untuk Hiking/Perjalanan Yang Panjang

Hiking merupakan satu kepuasan. Hiking memang memenatkan tapi seronok. Tahukah anda apa yang perlu dimakan untuk kekalkan tenaga ketika hiking?












Credit : MALAYSIA PRIMITIVE (MPTV)


Hiking : DiLema Pendaki Wanita

ILMU - DILEMA PENDAKI WANITA


Pendaki wanita perlu menjaga diri dari segi pergaulan yang bercampur. Bila tidur bawah fly tidurlah bersama kaum hawa, ada kawan. 😉

Sebelum trekking baca Surah Al-Fatihah dan 4 Qul sebagai pendiding diri kerana makhluk dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa.

Isu sensitif, wanita yang datang bulan, jaga tuala wanita cuci di tempat air mengalir deras sehingga bersih dan bungkus asingkan.

Di tempat yang tak ada air, kaum hawa yang datang bulan boleh guna kaedah bungkus dgn surat khabar & balut dlm plastik simpan tempat tersorok.

Salah satu tempat yg sesuai untuk dlm poket water bladder/H20. Malam tidur dengan bag letak di atas kepala. Perlu dijaga elak dari diganggu.

Hawa minta maklumkan salah seorang kawan perempuan. Bila ke sungai tengah malam atau nak buang air ajak kawan/berteman.

Tisu/wet tisu yang digunakan simpan masuk dlm plastik kecil bungkus bila jumpa sungai cuci bersih-bersih. Bawa sabun mandi lebih sikit.

Umum, kaum adam/hawa sebelum masuk hutan diri perlu lah bersih. Jgn lupa mandi wajib. Penting!

Tips untuk wanita yang sakit kene period pain dlm hutan. Saat kesakitan pinggang yg teramat sangat. Minta/buat air panas minum air suam.

Minta bantuan kaum adam bawa sedikit ration. Memang sakit period pain. Kaum adam tolong kaum hawa bawak 1kg beras. 😉💪

Kaum Adam dijadikan kuat tenaga dan Kaum Hawa dijadikan kuat semangat. Wanita mampu mendaki gunung kerana SEMANGAT.

Jangan lupa bawa kain batik senang tukar baju emergency bila kemsite cramp dan dijadikan tuala mandi.

Parut musuh kaum wanita selepas terkena gigitan, sapu bio oil atau virgin oil untuk hilangkan parut. Selamat mencuba! 😉

Jika anda diganggu oleh lelaki gatal/miang atau cuba mengambil kesempatan terus menjerit atau mengadu pada gogo/guide dan asingkan diri.

Jangan rasa takut dan membiarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak! Fight! Go girls! 💪

 Kulit yang terkena sunburn disaat anda bergembira diatas puncak gunung, sapu virgin oil atau aloe vera. Stay classy! 😂

Dinasihatkan jangan jalan berseorangan. Sekurangnya ada teman lekaki/perempuan bersama. Kawal emosi didalam hutan jgn pewai menangis.

Dalam keadaan yang lemah mudah utk makhluk halus ganggu diri kita. Rehatkn diri take 5 dan chill. Teruskan langkah dgn semangat positif!

Wanita lebih  mudah terkena hypothermia(kesejukan melampau). Pakai stokin dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Minum air panas.

Kuku tercabut jumpa doktor minta doktor yg cabutkan/cabut sendiri sapu virgin oil supaya kuku jadi lebih kuat/tidak hitam. 3 bulan baik.

BONUS: Kaum hawa yang tak pandai memasak kene tlg dekat dapur masa orang dapur memasak. Sambil tu rajinlah bertanya dan jgn takut utk mencuba!

P/s: Bila kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu tiba di kemsite jgnlah ambil masa terlalu lama seperti mandi dirumah. Kesian kaum lelaki.

ITU tanda hormat mereka kepada kita, mereka pun rasa melengas & busuk ada masa nak ambil air utk memasak. GIVE & TAKE! Respect each other. 😉


Credit : Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM)

Hiking : Cara Mendaki Yang Betul

Semua orang mendaki namun tidak semua mempunyai cara yang sama berdasarkan faktor keupayaan badan dan juga pengalaman. Mungkin anda boleh mencuba cara yang ini pula. Simple tapi bukan hipster. Kihkihkih....


1 - Makan Berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat, badan bersedia bukan dalam situasi perut kosong.

2 - Warming Up / Personal Warming Up itu wajib . Secara asasnya ini yang semua orangg perlu tau. Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu .

3 - Doa secara kumpulan untuk baraqah, tambahlah doa untuk diri sendiri & jaga adab serta nawaitu .

4 - Pengamalan dalam trek, pernafasan terutama kawasan sejuk elakkan banyak bernafas dengan mulut menyebabkan rongga mulut kering faktor kekerapan nak minum bila mulut/tekak kering & mulut tiada filter seperti hidung .

5 - Kerap pernafasan dengan mulut sangat tidak baik , Kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga menganggu ransangan darah dlm badan & cepat lemah .

6 - Minum air, kekerapan minum air lebih dari keperluan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat . Jika dikawasan sejuk kerap membuang air, badan kita juga kehilangan haba dlm badan dengan cepat sebab kerap buang air.

7 - Posis pergerakan, kawasan landai dengan jalan langkah besar & kawal penafasan , Menurun pula dengan kaki lebih berposisi terbuka , kekuda kaki . Mendaki jangan kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8 - Elakkan berhenti rehat ditengah laluan pacak , faktor keselamatan & untuk memulakan semula selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dptkan momentum.

9 - Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat , kecuali anda seorang yg terlatih & tau sport massage. Lebih baik diamalkan dgn melunjur kaki & releks sambil regangkan otot untuk rehat - serta kelancaran perjalanan darah dlm bdn. Tak tahu takpe tp jgn memandai2.

10 - Elakkan ambil ubat pemakanan tanpa nasihat doktor . Bab ubat ni lebih baik standby sendiri & maklumkan pada rakan ubat peribadi anda disimpan dimana .

11 - Habis atau selesai pendakian buat la warming down .. sebelum nak tawan semua puncak , tawan dulu keperluan kepentingan badan anda.

Kita berpotensi lebih lama dalam hobi ini .




Untuk korang yang sedang mencari barangan tu bolehlah terjah ke


Take Note : Sebahagian besar ilmu yang berkaitan hiking ni aku perolehi dari group "Malaysia Primitive". Group  ni salah satu group yang aktif dalam berkongsi ilmu-ilmu hutan, ilmu alam, ilmu hiking dan segalanya yang berkaitan dengan hutan. 

Pilihan Anda : Barli Atau Oat?

BARLI ATAU OAT?




Kedua-dua mempunyai GI yang rendah iaitu 25-27.

Kedua-dua tidak akan sebabkan gula darah naik selepas di makan. Tetapi ada sesuatu yg ada dlm barli yg tidak ada dlm oat iaitu:


1. Barli boleh menguatkan sistem imun sedangkan oat tidak.

2. Barli boleh membaiki masalah kekurangan sel darah merah sedangkan oat tidak.

3. Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma sedangkan oat tidak.

4. Barli boleh menguatkan tulang serta elakkan osteoporosis sedangkan oat tidak.

5. Barli boleh  mengurangkan kolesterol sedangkan oat tidak.

6. Barli boleh mencuci usus serta lakukan proses detoksifikasi sedangkan oat tidak.

7. Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang dan batu hempedu sedangkan oat tidak.


Tips Mendaki Gunung Trip Yang Panjang


30 TIPS GUNUNG TRIP PANJANG


#1 Sebelum 2 Minggu Trip amalkan Sarapan Pagi Telor Separuh Masak Protien untuk Muscle.

#2 Sehari sebelum trip minum air garam segelas untuk mengelakkan Badan yang kurang garam, avoid Krem Muscle Pain.

#3 Jika tidak mampu nak minum Air Garam segelas amalkan 100 Plus 3 Hari berturut sebelum trip. Badan sudah mula proses sebelum digunakan.

#4 Dapatkan pace sendiri. Trek mendatar menaik dan menurun. Jangan ikut pace orang lain jika boleh mendatangkan injury kepada diri sendiri.

#5 Tidak semua orang mampu ikut pace slow dan laju. Momentum yang berubah ubah hanya kepada yang sudah biasa dan mampu menahan mental.

#6 Perjalanan Trip Panjang memerlukan semangat yang tinggi dan menjiwai pada setiap perjalanan.

#7 Pelbagai cara, paling utama menjaga mental supaya tidak rabak dan barai sepanjang ekspedisi.

#8 Hiburkan diri dengan menikmati alam ciptaan Tuhan. Melihat flora dan fauna. Bertanya dan mengkaji dengan yang lebih berilmu.

#9 Belajar dengan melihat dan bertanya paling utama. Ambil ilmu sebanyak yang mungkin. Tak apa, jangan malu untuk menimba ilmu.

#10 Belajar dan terus belajar, bentuk permukaan bumi, aliran sungai, permatang, hutan denai, tapak & najis binatang.

#11 Cari Beg yang paling sesuai dengan saiz & torso. Trip Panjang memerlukan saiz beg yang lebih besar dengan membawa barang sendiri dan company.

#12 Tips mengelakkan injury, mulakan dengan langkah perlahan sehingga badan mula panas. Selalu terjadi krem & injury apabila memaksa badan.

#13 Apabila menaik gunakan langkah kecil dan setiap langkah bernafas melalui hidung dan hembus. Praktikkan dan akan dapat pace sendiri.

#14 Recover lenguh kaki ketika naik bila melalui jalan mendatar dengan langkah besar dan laju. Lembut kaki supaya lenguh tadi berkurangan.

#15 Ketika menurun, kengkangkan kaki sedikit supaya badan & beban yg anda pikul stabil. Turun dengan cara mengiringkan badan untuk menjaga lutut.

#16 Banyakkan bernafas tarik dalam-dalam, jantung dan darah memerlukan oksigen yang cukup ketika sedang aktif.

#17 Sediakan ORS sebagai emergency jika mengalami krem dan ketika banyak berpeluh. Badan memerlukan apa yg diperlukan. Jangan pandang remeh.

#18 Ketika di dlm hutan, kita sedang survive utk diri sendiri. Fasa kita memerlukan persiapan rapi. Kaji semula apa yang diri sendiri perlukan.

#19 Jika tidak tahan dengan sejuk, bawa plastik sampah atau emergency blanket. Bawa emergency ration yang cukup. Kaji diri memerlukan tenaga.

#20 Makan yang cukup jangan sesekali skip makan walaupun letih. Recovery sewaktu tidur adalah penting utk tenaga keesokan harinya. Makan! 👌

#21 Nutrition perlu dikaji untuk tenaga lebih banyak yang diguna pakai. Kebanyakan pendaki yang memikul beg berat makan tak ingat dunia! 😁

#22 Susun beg dengan cara yang betul. Susunan beg memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan injury pada badan lenguh pinggang dan bahu.

#23 Tips penting, jangan minum air terlalu banyak ketika on trek. Badan bekerja lebih ketika minum air terlalu banyak dan cepat keletihan.

#24 Recovery, minum air banyak ketika di kemsite dan sebelum tidur. Minumlah air sebanyak yang mungkin mengelakkan berlaku rehydration.

#25 Pakai kasut yang paling sesuai & tidak menganggu perjalanan. Bawa bedak yang menggunakan kasut mahal dan stokin lebih selain kasut getah.

#26 Bawa Bonjela untuk kaki yang jenis lembut dan cepat melecet. Celahan kangkang dan lain-lain.

#27 Try and Error, survival kit. Plastik sampah boleh mengurangkan sejuk daripada angin dan hujan yang boleh mendatangkan Hypothermia.

#28 Bawa extra bateri headlamp untuk emergency dan lain-lain. Benda penting harus dititik beratkan dan tidak menyusahkan diri sendiri.

#29 Trip sukses adalah pergi dan pulang dgn selamat. Team work amatlah penting. Patuhi arahan guide & gogo untuk keselamatan seluruh team.

#30 Sayangi sahabat pendakian, yang lemah dibantu. Pulang dengan kasih sayang dan hargai setiap kenangan yang telah tercipta. All the best!

P/S: Training amatlah penting sebelum ekspedisi. Muscle ready untuk trip panjang dan untuk memikul beban. Jaga sampah, pendaki sejati menjaga sampah kerana menghormati alam ciptaan Tuhan. 😉👌

Source:
Credit : Anastasia Azlan
Warisan Khazanah Pergunungan.



Cara Hilangkan Kutu Rambut Menggunakan Bawang Merah

Petua: Bawang Merah Untuk Basmi Kutu Rambut dan Telur


Kutu rambut biasanya begitu normal dengan anak-anak, walaupun begitu, orang dewasa juga pastinya akan merasakannya. Banyak langkah yang dapat digunakan untuk membasmi kutu rambut beserta dengan telurnya. Tetapi, biasanya orang memakai langkah tidak semulajadi untuk mengatasinya seperti memakai ubat atau produk yang mempunyai kandungan bahan kimia khusus.



Membasmi kutu rambut dengan cara pantas dengan bahan kimia memang popular cukup efektif serta cepat, namun perlu diketahui juga membasmi rambut dengan cara pantas itu bakal mengakibatkan beberapa masalah yang lain.



Bawang merah merupakan satu di antara bahan semulajadi yang dikenali cukup berkesan untuk mengatasi atau membasmi kutu rambut. Bawang merah mempunyai aroma yang begitu kuat sampai begitu bakal buat kutu rambut tak tahan dengan aroma atau bau yang diakibatkan. Selain itu, bawang merah juga mempunyai kandungan senyawa aktif yang dapat membunuh kutu rambut.



Langkah membasmi kutu rambut dengan memakai bawang merah cukup mudah. Di bawah ini langkah membasmi kutu rambut dengan bawang merah yang dapat anda semak.



Ramuan Bawang Merah



Langkah singkirkan kutu rambut dengan menggunakan bawang merah yang paling mudah yakni dengan memakai ramuan bawang merah itu. Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah siapkan bawang merah secukupnya saja. Lalu kupas bawang merah itu, lalu bersihkan bawang merah hingga bersih.



Apabila bawang merah telah bersih, leburkan bawang merah itu melalui langkah ditumbuk hingga halus. Jika bawang merah telah betul-betul halus, aplikasikan pada rambut anda lewat cara rata. Diamkan sebagian jam, baru lalu anda dapat selekasnya bersihkan rambut anda dengan menggunakan shampo yang umum anda pakai hingga benar-benar bersih.



Ramuan bawang merah dengan minyak kelapa



Ramuan bawang merah dengan minyak kelapa juga cukup berkesan dalam membasmi kutu rambut. Di mana langkah yang dapat anda kerjakan ialah menyiapkan bawang merah serta minyak kelapa secukupnya. Untuk minyak kelapa itu anda dapat memakai minyak kelapa semulajadi atau mungkin saja dengan memakai minyak kelapa paket.



Siapkan bawang merah secukupnya. Lalu bersihkan atau kupas bawang merah itu, lalu tumbuk bawang merah hingga halus. Lalu, campur dengan minyak kelapa yang telah anda sediakan. Gaul sampai rata. Lalu, aplikasikan ramuan itu pada rambut anda. Tunggulah beberapa jam, lalu bersihkan hingga betul-betul bersih.



Dengan itu, kutu rambut bakal benar-benar mati malah dibasmi dengan telurnya sekali. Kutu rambut merupakan antara parasit yang bakal membiak cukup cepat serta begitu besar di bahagian kepala. Selain itu, kutu rambut juga begitu suka pada keadaan rambut yang kotor serta lembap. Tetapi, jika anda boleh membuat perlindungan kebersihan rambut, anda dapat lepas dari permasalahan kutu rambut.



Itulah langkah singkirkan atau membasmi kutu rambut dengan menggunakan bawang merah. Semoga bermanfaat.



Sumber: Petuaibu.com

Rempah Ratus Terbaik Untuk Kesihatan

Rempah ratus dalam makanan kita adalah perkara biasa sejak zaman-berzaman, jadi kita pun tidak ambil pusing kelebihan rempah ratus tersebut. Yang kita tahu jika tiada rempah, makanan tak sedap dan hambar. Selain daripada menambah rasa sedap dalam makanan, sebenarnya rempah ratus yang kita makan setiap hari mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan.

.

Kajian di barat mendapati terdapat 6 rempah ratus, yang tidak asing lagi dalam masakan kita, sangat baik dari segi kesihatan, iaitu:

.

1. Lada (cili) kering



Lada (cili) kering (seperti cili segar) mengandungi sebatian capsaicin yang memberi rasa pedas. Sebatian ini berkhasiat bagi mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser kulit. Namun begitu, kita perlu berhati-hati membeli cili kering kisar yang dijual di kedai kerana kebanyakannya mengandungi asid borik atau bahan pengawet lain yang karsinogen (penyebab kanser). Sebaik-baiknya kisar sendiri cili kering.

.

2. Buah pala

.

Buah pala mengandungi sebatian anti-bakteria bagi membantu melawan bakteria seperti E. coli dan salmonella.

.

3. Jintan

.

Jintan mengandungi bahan anti-radang dan antioksidan bagi membantu menghentikan pertumbuhan tumor kanser.

.

4. Kunyit

.

Kunyit mengandungi bahan aktif curcumin yang mampu menghalang sel-sel kanser merebak dan membantu menghindari diabetes Type-2. Perahan air kunyit hidup juga sering diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin supaya peranakan (uterus) mengecut dengan cepat.

.

5. Kulit kayu manis

.

Pengambilan 1/4 hingga 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dapat membantu menurunkan kandungan gula, paras LDL (kolesterol tidak baik) dan triglyceride dalam darah bagi pengidap penyakit diabetes Type-2.

.

6. Halia

.

Halia mengandungi bahan yang dapat menghilangkan rasa mual, dapat meredakan pedih ulu hati dan kembung perut serta buang angin yang berlebihan dalam badan. Sebaik-baiknya gunakan halia yang segar kerana ia lebih efektif.

.





Credit : petuabonda

Tips Mudah Yang Perlu Diingat Semasa Derdiet .


Asslamualaikum
Morning love.
Sedikit tips pagi ni
👇👇👇👇👇
Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
.
1.Jangan melangkau waktu makan.
.
2.Banyakkan meminum air kosong 3 liter (sekarang musim panas lagi banyak kena minum air masak)
.
3.Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
.
4.Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
.
5.Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
.
6.Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
.

#teamkaktila
#dropshipwanted

Lokasi Hiking Di Perak

LOKASI HIKING DI PERAK. MANA-MANA YG DOK PERAK BOLEH TRY HABISKAN.




MALAYSIA PRIMITIVE (MPTV)

Cara Kenal Orang Tu Padu Ke Tidak Semasa Hiking


Nak kenal orang tu padu ke tak masa hiking?

Ini dialog dialog mereka

 "Saya budak baru belajar"
 "Saya nubis kobis jek"
 "Kita naik slow slow jerk"
 "Naik saing laa nanti"
"Kita santai santai je"
"Aku pun pewai ni wei"


"5 minit lagi nk smpai"

Lagend selalu cakap macam tu. Padahal dah hampir tiga jam tak sampai sampai lagi. Sampai satu tahap rasa nak tumbuk je muka mereka. Hahaaaa


Take Note : Sila jangan terlalu percaya bila dialog dialog diatas keluar dari mulut mereka. Hahaaaa


Tips Hiking Dan Tersesat Dalam Hutan Ikut Logik Zaman Moden


1. Kalau pergi hiking, jangan lupa bawa parang. Bawa je, pedulikan kata orang disekeliling anda. Yang penting, keselamatan anda. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari, kan.

2. Sentiasa standby lighter dlm beg atau seluar . Tak kisahlah walaupun tidak merokok. Standby kan saja. Sekurang- kurangnya 3 ketul lighter. Alaaa tak mahal pun lighter RM1 je  .

3. Sekiranya terpisah dari kumpulan.  Jangan panic. Ingat jangan ubah lokasi terakhir anda masa pisah tadi. Perkara pertama, kumpul ranting ranting kecil sebanyak yang boleh dan mula menebang kayu.  Sekiranya takut nk bergerak. Tetak pada batang pokok buat marking atau tanda zon kawasan anda.  Seterusnya cari kayu besar besar amik sebanyak mana yang boleh dan letak kat zon terakhir anda sebelum matahari gelap.

4. Amik lighter nyalakan ungun api . Kalau tak reti nak buat. Okay mula-mula.. bakar daun daun kecil dan bila dh berasap banyak  letakkan ranting ranting kecik tu atas daun. Bila agak api dh membesar letak kayu size sederhana dan bila dh terbakar makin marak letakkan kayu size besar.  Tujuaannya  adalah untuk membuat anda standby dan bersedia untuk kedatangan malam dan kadangkala kalau anda tidak gerak pun kalau rescue dtg cari time tu jugak dia boleh kesan anda melalui asap daripada pembakaran yg anda sedang buat tu.
.

5. Amik parang dan potong buluh runcing size batang penyapu. Dan panjang dlm 2 depa .  Runcingkan atau potong bagi tajam mcm tombak. Tu umpama senjata sekiranya sesuatu yang tak diingini muncul.   Jangan takut . Nah amik kata2 motivasi sikit.  Kecil besar bukannya pengukur. Yang penting kau berani mati betempur!.

6. Diwaktu malam pastikn anda dh menyorok dibelakang pokok dan jangan banyak begerak. Takut anda diintip pemangsa. Dan make sure awak dh cek betul2 kawasan yg awak nk buat tempat lepak tu bebas dari lipan atau busut kongkiak.  Dan kalau boleh buat ungun api dekat sikit dgn kawasan pokok tu sebab awak pun takkan sejuk..  dan kenapa kene buat senjata tombak bebanyak?..  Sebabnya  babi hutan tu babi sikit. Dia  akan dtg kalau dia nampak ungun. Kkdg bau asap kayu tu menarik perhatian babi.

7. Dekat kawasan ungun api tu buat satu penanda anak panah  dgn mengunakan buluh runcing kecik. . Tulis jelas atas tanah tepi ungun api Contoh AYAT : .

HELP ME!!! NAMA SAYA BEDAH . DAN SAYA SESAT DAN SAYA ADA  KAT BELAKANG POKOK. SILA JERIT NAMA SAYA SEKIRANYA AWAK NAMPAK TULISAN INI. Awas saya bersenjata tajam. Sila pangil tau.

  Sebab secara logiknya bila kita bersendirian dlm keadaan takut dan lapar. Kkdg kita tidur mati sebab penat sangat.. kang buatnya penyelamat sampai tengah2  malam... dia pegang bahu nak kejut kita . Dan kita pulak terkejut tak ke naya tercucuk org.. so kebarangkalian semua ni boleh berlaku bila keadaan gelap.

   PASTU jgn lupa tau  kat tulisan tu.  awak Bubuh BULUH yg LAMBANG ANAK PANAH MENUNJUK KEARAH POKOK YG MANA  AWAK SEDANG BERADA .  dan Semakin besar tulisan kat tanah tu.  semakin jelas org  nampak mesej awak.

Tujuan buat mcmtu sekiranya rescue team belum sampai. Kkdg ada team atau hikers lain yg melalui kawasan tersebut yang tak tahu menahu berita kehilangan anda. So bila nampak mesej tu dia pun akan dtg dan bantu anda. Perkara ni ikut logik sebab org hiking ni tak tentu masa. Ada yg naik atau turun malam . ada naik siang. So secara tak langsungnya diorg boleh faham situasi  anda dan akan bantu.

Ok itu je.  Ingat!!!  Api itu penting sebab sejuk malam dlm hutan teramat sejuk nak pulak kawasan tepi sungai atau air terjun   dan pastikan perkara pertama yg anda kena buat adalah  buat ungun api . Itu perkara yg paling penting dan pastikan . Perkara ini adalah perkara  pertama sekali yg wajib anda buat sebelum cuaca menjadi  gelap.

Dan pastikan  api tu boleh bertahan selama 10jam . Masa itulah anda kene gunakan segala kreativiti anda utk pastikan cmne cara nak bagi api tu tahan lama.  Hikers kene kreatif sikit jangan terlampau mengharap segalanya disuap kemulut.  Umpama saya bagi pancing awak pandai2lah guna pancing tu utk cari ikan guna cara sendiri.

Cara bagi api tahan sampai 10jam.

-Buat ungun tepi pokok tumbang yg size besar batang pemeluk. Sebab kalau api marak nanti makin dijilatnya balak mati tu .

- buat ungun sebesar ungun. Dan topap2kan dgn batang pokok hidup atau kayu basah . Sebab dia lambat nak keluar api masa memula tapi menghasilkan asap yg tebal sekiranya bernasib baik asap tu juga membantu org kesan kedudukan anda. Selain itu bau asap juga dpt memberikan Hint kepada penyelamat yg anda berada tidak jauh dari lokasi mereka.  So bila habis asap .. Dan selepas tu baru api dia keluar marak. Nampak x betapa mudahnya kalau kita bertenang dan  mengunakan  logik serta akal . Didahului dgn tawakal kepada yg maha esa..


Sumber : MALAYSIA PRIMITIVE (MPTV)


Bahaya Kerak Usus Atau Mucoid


Ramai yang tanya saya apa itu KERAK USUS atau MUCOID. Ia adalah sisa makanan yang tersekat dalam usus sehingga menjadi selaput tebal menutupi dinding usus & tidak keluar semasa membuang air besar, lama kelamaan membesar sehingga perut menbuncit. Nak cantik luaran pastikan cantik dalaman dulu yew. Semua penyakit berpunca dari usus yang kotor.
.
Untuk korang yang nak cuci usus, boleh amalkan minum detox tea. Detox tea sangat bagus dan sesuai bagi pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan.

Wasap 0136462960. (Kakain)

Saya akan bantu anda. Selain cucikan usus, detox tea juga membantu anda turunkan berat badan secara keseluruhan.




Aiken Tea Tree Oil


Assalamualaikum

Kebelakangan ini aku agak aktif bersukan. Ditambah dengan kerja yang berpanas hujan. Memang habis terbakar hangus muka. Hahaaa sang jerawat dan jeragat jangan ditanya. Semestinya akan muncul bagai cendawan selepas hujan.

Sejujurnya, aku tidak selesa dengan keadaan muka aku. Sebelum ni aku menggunakan sabun beras sebagai pencuci muka. So far, sabun beras tu bagus. Tapi rasanya dah terlalu lama aku guna dan kesannya tidak begitu berkesan untuk muka aku. Jadi aku ambil keputusan untuk tukar pencuci muka.

AIKEN. TEA TREE OIL.
Untuk pengetahuaan korang, keluarga aku memang menggunakan shower gel Aiken. Bau dia wangi, bau seakan herba, ubat ubatan gitu. Best. Kebetulan aritu aku teman kawan ke Tesco, Nilai. Katanya nak beli toner, sebab dah kehabisan stok. Okay, alang-alang teman, aku pun carilah pencuci muka yang agak bersesuaian dengan aku. Aiken. Mula-mula aku tengok pencuci muka tu, teringat dekat mak kat kampung.. hehee sbb mak pengguna shower gel jenama Aiken.


Facial Cleanser + Make - Up Remover
Ini merupakan botol kedua yang aku guna. Selesa sangat menggunakan pencuci muka ni. Lepas cuci muka, kulit rasa tegang dan lembut. Serius best! Terbaik lah nyah! Bau pun wangi. Bau herba, ubat ubatan.

Untuk 2minggu pertama penggunaan pencuci muka ni, aku rasa selesa. Muka dah kurang berminyak. Muka pun dah tak kering. Tak menggelupas. Jerawat semakin mengecut dan hilang. Paling penting buih yang sedikit dan muka tidak berasa pedih ketika mencuci. Okay, aku dah jatuh hati dengan pencuci muka ni.





Tips Mudah Minum Air Untuk Kurus

TIPS MUDAH MINUM AIR UNTUK KURUS
.
1. Pilih botol 1 liter yang ada straw
.
Ada straw senang sikit nak minum, kadang tak perasan pun dah habis asyik sedut.
.
2. Letak hirisan lemon dalam botol air supaya tak rasa muak atau boring. Cuba try, rasa natural tanpa sugar.
.
3. Ikut berat badan setiap 25 kg = 1 liter.
.
Jika berat 75kg = minum dalam 3 liter. Sah ada target sehari kena minum 3 liter.
.
Ada 24 jam sehari. Tolak 8 jam tidur. Ada 16 jam untuk buat macam macam.
.
Just ambil 10 atau 12 jam sehari untuk fokus minum air.
.
Jika start 8 pagi sampai 6 petang, lebih dari itu bonus lah sebab minum air lebih banyak.
.
8am - 9am = 500 ml
9am - 10am = 500 ml
10am - 11am = 500 ml
11am - 12pm = 500 ml
2 liter dah before lunch!! Tahniah!!
.
1pm - 2pm = 500 ml
2pm - 3pm = 500ml
3pm - 4pm = 500ml
4pm - 5pm = 500ml



Eh dah 4 liter before balik rumah! 💃💃
.
Air berperisa dan manis manis tak masuk dalam list. Hehe
.
Kan dah 4 liter 😍 tak susah pun. Nak atau tak nak sahaja.



Awal awal memang akan kerap ke toilet. Tak apa anggap macam exercise! Enjoy! 😉
. .
#naelofarhijab #jubahbesar #tudung #bajubesar #turunlemak #kurus #gemuk #jomkurus #kurusdarirumah #kurussihat #hijab #bawalexclusive #eathealthy #dietseimbang #turunberat #sizebesar #cabaranturunberatbadan #sayanakkurus #jomsihat #makansihat #bakarlemak #kurusdaripejabat #tipssihat #kebayaraya #shawl #plussize #tipskurus #tipsdiet #seluarbesar #codkl  

Semakan BR1M 2018


Pengalaman Minum Detox Tea Medina Desire

Assalamualaikum

Detox. Sebelum ni aku hanya kenal perkataan itu. Tak pernha rasa nak mencuba pun. Sampailah satu tahap, aku rasa badan seolah olah sangat berat. Bila duduk bersimpul, punyalah payah nak bangun. Waktu berjalan memang teraa geseran pada peha. Pastu sakit kaki dan bahagian tumit. 

Bila pergi check klinik, doktor cakap aku obesiti. Bedat berlebihan. Berat terlampau. Badan terlalu berat dan kaki aku kecil. Kaki tidak dapat nak menampung berat badan. Selain itu, aku juga mengalami masalah pembuangan ynmang tidak teratur. Kebiasaannya dua tiga hari baru aku akan buang air besar. Doktor cakap, aku kurang minum air masak. Huhuu.. okay, itu memng betul. Aku memang susah nak minum air masak.


Beberapa bulan lepas, aku diperkenalkan oleh kawan dengan detox tea Medina Desire. Katanya dia pengguna tegar detox tea ini. Dia sudah minum Set Combo Medina Desire sebanyak 3 Set Combo. Alhamdulillah, perubahan positif pada badan dan juga hidupnya. Berat badn turun, badan rasa sihat dan segar.

Aku terus mencuba. Untuk permulaannya, aku hanya minum Slimming Detox Tea (SDT). Minum setiap malam sebelum tidur. Mudahnya. Bangun esok pagi akan terus mencari tandas. Buang air besar dengan lawas. Perut rasa lega dan badan rasa sedikit ringan. Dua minggu kemudian, aku cuba pula minum Kaki Cantiq Tea (KCT). Mudahnya. Minum setiap pagi sebelum sarapan. 

Aku amalkan KCT setiap pgi dan SDT pada setip mlam dalam masa sebeulan. Alhamdulillh, ada penurunan berat badan. Boleh rasa baju baju sebelum ni yang agak ketat sudah longgar. Badan pun rasa ringan. Aku rasa agak aktif berbanding sebelum ni. Alhamdulillah.

Habis 1 Set Combo Medina Desire tu, aki terus repert order untuk kali kedua dan terus menjadi agent Medina Desire. Alhamdulillah. Aku mengalami sendiri perubahan yang positif itu. Sebab tu aku yakin untuk menjadi agent. 

Saki kaki dan juga tumit yang aku alami dulu sudah hilang. Badan pun rasa ringan. Mudah nak duduk dan bangun. Aku rasa lebih bersemangat sekarang. Alhamdulillah. 

Ya, aku memang nak turunkan bert badan tapi bukan dengan cara yang mendadak. Bagi aku tak kisahlah turun berat badn dengan lambat asalkan konsisten. Macam aku, badan aku jenis payah nak turun secara KG. Memang payah. Bila aku timbang sekaki dua, berat badan masih pada angka yang sama. Tapi baju dan seluar yang aku paai boleh rasa kelonggarannya. Sebab berat aku menurun secara inchi. 

Senaman? Aku takde lah amalkan senaman sangat pun. Cuma aktif dalam bekerja je. Ke hulu ke hilir, buat kerja tu, buat kerja ni. Hahahaa nak bersenam memang idok lerr. Lagi oun aku takde geng sebelum ni nak diajak jogging. Aku hanya amalkan pemkanan yang seimbang dan minum 3 liter air masak sehari. Kadang kadang tidak cukup pun 3 liter. Heheee tapi cuba sedaya upa untuk cukupkan juga. Sebab air masak penting waktu proses detox.


Untuk korang yang nak cuba sendiri detox tea Medina Desire bolehlah contact aku. Nanti aku akan cerita dengan detail lagi.

.

Susu Dutch Baby Tiruan

Tadi ada terbaca luahan hati seorang kawan. Katanya risau dgn keadaan baby yang baru lagi. Dan juga risau dengan susu anaknya yang sulung disebabkan sekarang kecoh penipuan terhadap susu dutch baby. Baru baru ni dia ada beli susu tersebut combo set untuk dijadikan stock ketika dia dalam pantang. Tetiba dah jadi macam ni, dia pun risaulah susu ru tiruan ke ori. Nak bagi anak minum pun takut, waswas. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kemudian hari.

Aku plak, kebetulan tadi ada terbaca maklumat yang berkaitan penipuan susu tersebut dalam whatsapp group keluarga. Makanya aku pun copy dan paste artikel tersebut diruangan facebooknya. Semoga dapat membantu melegakan hati si ibu yang sedang dalam berpantang tu.

Disini aku kongsikan juga artikel tersebut. Semoga dapat membantu serba sedikit para ibubapa di luar sana.


Kecoh pasal susu dutch baby 6-12 kod 102 punye simptom  muntah2 cirit birit ruam..
Terlanjur ade 1 pack susu 102 selamat x bg ammar minum dulu..

Ammar pon minum susu ni,td tgk kod beza 101 dgn kod 102 memg jauh beza..

Ni jan share ea,beza kod susu 101 (ori) 102 (copy)
Warna beza biru dy kalu tgk bebetul..
 Ejaan kalsium dgn calcium pon beza..
Made from pon berbeza..
Selamat dpt kenalpasti awal2

Semoga anak kite terhindar yg bukan2...
Balik umah tgk pack susu memasing...

(Credit :Nuruljannah Mohd Hushairi)







Semoga dapat membantu.

Pengalaman Hiking di Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum

Hiking. Itu merupakan salah satu hobi dan juga minat aku. Bagi aku dengan hiking, aku dapat satu kepuasan. Kepuasan yang macam mana? Entah ! Tak dapat digambarkan. Tapi satu yang boleh aku katakan disini, dengan hiking aku dapat bebas. Lepaskan segala amarah, kepenatan dan tekanan kerja.

Okaylah, untuk pengetahuaan korang, waktu tahun baru haritu, aku dan beberapa orang geng hiking telah berjaya sampai ke puncak Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Perhhh pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Memulakan perjalanan mendaki seawal jam 5pagi. Sudahlah pada malam tu kami tidak tidur. Syok sangat sambut tahun baru. Huhuuu...

Perjalanan mendaki kali ni agak mencabar. Kami menyusuri denai, persisiran pantai dan terus memanjat. Disebabkan semua lupa nak bawak headlamp/touchlight, maka semua berpandukan cahaya lampu telefon bimbit masing-masing. Bermulaannya, kami meredah pagar, seterusnya turun bukit dan mendaki. Ada beberapa kali kami melalui tempat yang berbatu. Waktu tu suasana agak gelap, jadi aku tidak dapat nak mengagak dimana sebetulnya lokasi kami.

Kalau tak silap hampir satu jam juga kami ambil masa untuk tiba ke puncak. Perjalanan agak lambat sebab kami berhenti di beberapa tempat untuk berselfie. Hahaaa seharusnya selfie. tempat cantik kowt. View yang takkan mungkin kami jumpa di tempat lain. Jadi, sangat rugi sekiranya tidak merakam kecantikan itu. Okaylah, ini sebahagian gambar yang aku abadikan didalam blog ni.

My team. The best team. Thanks gais untuk pengalaman hiking kali ini

Suasana pagi. kay, walaupun masih gelap tapi tetap nampakkan.
Salah satu kenangan kami. Redah hutan, susuri pantai awal pagi

Peace, posing.. hahaaa layankan aje kami bergambar

Cantik! Pasir yang bersih

Tak kisah kasut basah, seluar basah, redah air, janji kepuasan yang kami dapat

Jumpa gua, singgah bergambar. Okay, selain gua, kami juga jumpa perigi
disekitar kawasan ini

Kami tugu Tanung Tuan

Awasi langkah, biar lambat asal selamat. Batu agak licin

Laluan agak berliku, menyusuri pantai jalan berbatu

Yesssss kami berlima. Hahaaa tupai yang jadi jurucamera kami

Yesssza kami di puncak !

Sempat bergambar berlatar belakangkan rumah api Tanjung Tuan sebelum turun ke kaki bukit

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke bawah. Okay, waktu naik mendaki tadi
kami lalu ikut laluan belakang. Redah hutan, susuri pantai terus panjat batu.
Perjalanan naik agak sukar, mencabar tapi best. Waktu turun pula, kami
melalui jalan yang tidak terlalu extream. Santai-santai je sebab
badan pun dah kepenatan.