Memaparkan catatan dengan label blogwalking. Papar semua catatan

Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist




Asalamualaikum. Sudah lama rasanya saya tidak menganjurkan segmen/ giveaway. Sebenarnya, ini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim ataupun terus berhubung bersama rakan rakan blogger. Baiklah, disebabkan sekarang ini saya sedang dikuarintinkan di rumah, saya secara rasminya melancarkan "Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist". Segmen ini bermula dari 17 Jun sehingga 24 Jun 2021. Semua rakan blogger di Malaysia dijemput menyertai segmen ini.

Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:

1. Follow blog saya iaitu akukaudansesuatu.blogspot.my .
    Follow Instagram saya iaitu www.instagram.com/orangekecik.
    Like page facebook saya iaitu, Klubna Laleh Seremban

2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner dan back link ia ke post ini

3. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruang comment

Segmen ini akan berakhir pada 24 Jun 2021.

Saya mencari 10 orang bloglist. TQ

* Have a wonderful day everyone. Good luck!



 

Bahaya cabut bulu hidung



Setiap orang tentunya mempunyai bulu hidung, yakni sekumpulan rambut-rambut halus yang ada di dalam lubang hidung. Meski letaknya di dalam lubang hidung, terkadang ada beberapa helai bulu hidung yang tumbuh panjang hingga keluar dari lubang hidung. Dan untuk mengatasi masalah tersebut jarang sebagian orang mungkin mempunyai kebiasaan mencabut bulu hidung.

Namun pernahkah disedari, bahwa sebenarnya kebiasaan itu dan boleh merugikan. Berikut ini adalah beberapa alasan kenapa sebaiknya tidak mencabut bulu hidung.

Ketika bulu hidung dicabut maka akarnya yang secara otomatik ditarik paksa akan ikut tercabut dan menimbulkan luka. Meskipun luka itu kecil, namun berpotensi menyebabkan bisul atau sakit yang berpanjangan. Bahkan jika luka tersebut mengalami infeksi, maka ada risiko terjadi peradangan yang membahayakan.

Mungkin belum semua orang tahu, sebenarnya bulu hidung memiliki fungsi yang sangat penting, iaitu untuk menapis berbagai macam kotoran yang hendak masuk ke dalam hidung. Bila bulu itu dicabut, maka jelas akan mengganggu fungsinya. Lihat saja, ketika seseorang sedang berada di tempat berdebu, biasanya sering kali ingin bersin. Itulah saat dimana bulu hidung yang mengesan adanya kotoran lalu menyebabkan bersin. Jika tanpa bulu hidung, maka debu akan terus masuk ke saluran pernafasan yang tentunya membahayakan.

Jadi, jika  tumbuh panjang hingga keluar dari lubang hidung maka sebaiknya tidak mencabutnya melainkan cukup dengan memotongnya dengan gunting. Pun demikian, hindari memotongnya secara berlebihan agar tidak mengganggu fungsinya sebagai penapis kotoran.

9 Jenis perangai yang perlu dielakkan ketika pergi bercuti




Holiday ni korang nak pergi mana? Mesti dah ramai yang plan nak pergi sana sini. Bestnya! Untung la kalau korang dah plan tu kami doakan selamat pergi dan pulang okay. Kalau ada extra cenderamata tu boleh la bagi sikit, cewah gurau je.

Ni kami saja nak usik korang, nak tanya sikit pasal member korang tu. Mesti dalam korang berkawan tu,mesti tahu dan dah masak dengan perangai masing-masing kan?

Tapi korang tau tak ada jenis-jenis member ni kalau boleh jangan bawak pergi holiday sama takut nanti korang yang pening. So member korang jenis yang macam mana?

1. Hangat-Hangat tahi ayam
- Selalu jadi benda ni, bila planning ramai je yang respond. Sembang gitu gini nak book tiket la, bagi idea lokasi nak pergi la, research tempat makan la, end up kau je yang bersungguh sampai kadang-kadang tu daripada ramai tingal kau bertiga je yang pergi akhirnya.

2. Jenis berkira
- Jenis kawan yang macam ni pun ada jugak, kalau boleh semua nak ‘payung’. Bukan nak berkira tapi kalau dah tau nak pergi bercuti tu pandai-pandaila nak budget.

Haish kalau selalu sangat berkira pun susah nanti, nak tak nak kenalah belajar ikhlaskan. Korang punya member ada tak yang macam ni?

3. Acah-acah diva
- Yang ni memang agak melampau la dan annoying, tapi kadang-kadang jenis ni menghiburkan. Nak feeling diva katanya, awak tu jangan nak diva sangat la sebab kalau dah sampai tempat baru tu kena hadap je la sampai habis holiday.

Kalau tak tahan boleh beli tiket balik semula ke tanah air.

4. Insta- Famous
- Bila bercuti seperti biasa akan ada banyak sesi tangkap gambar. Paling common la, mesti gambar tiket flight, gambar sayap flight lepas tu gambar landing time dan banyak lagi.

Dah tangkap mula la sesi upload gambar, kami tak kisah tapi kalau dah setiap saat kau nak upload apa masalah kau ni?! Kalau nak rakamkan saat bercuti pastikan jangan nak feeling insta-famous pulak. #kangakucampaktelefonkau

5. Kaki dengkur
- Ni lagi satu perangai yang sangat memalukan. Mugkin ada yang beranggapan ia penyakit, tapi kalau boleh jangan sebab dengkuran nyauman ni cemarkan mood percutian korang.

Bukan tak boleh nak ajak bercuti, tapi jangan bagi member ni tidur dekat tempat public, nanti korang pulak yang segan. Nak tidur pastikan korang bawak penyumbat telinga barulah ketenangan percutian jadi milik korang.

 6. Suka bagi arahan
- Memang tak dinafikan dalam satu kumpulan korang tu ada yang dominan kan?, tapi kadang-kadang golongan ni sebenarnya memudahkan. Betul tak? Sebab depa ni rajin sikit nak buat kerja-kerja management ni.

Kalau nak jalan jauh pastikan jangan bagi dia dominan sangat, kalau tak percutian korang akan jadi macam rombongan sekolah rendah yang dah ada jadualnya.

7. Juri makan
- Kami ada seorang yang jenis suka sangat jadi juri makanan, memang bagus tapi kalau boleh buat review sendiri je la kot. Tak perlu nak kecoh satu meja sebab tekak orang lain-lain.

Kalau korang terpaksa bawak member yang jenis macam ni make sure sediakan garam gula dekat poket seluar. Kalau kurang, apa lagi kau cilikan je mulut dia tu.

8. Kaki komplen
- Member jenis ni sama macam yang diva tu, bezanya yang ni asyik nak komplen benda yang remeh temeh je sampaikan boleh sakit telinga dengar dia bercakap. So baik ditinggal je, tak pun jangan ajak holiday baru tenang agaknya percutian korang tu nanti.

9. Holiday setahun
- Kami pun tak faham la dengan yang jenis ni, mungkin tak pernah bercuti langsung seumur hidup. Kalau boleh semua perabot dalam bilik dia tu nak dibawaknya. Kalau member korang ada yang macam ni elok suruh berkawan dengan member yang dominan tadi sebab confirm settle isu bag ni.

Credit : Sini

Fenomena gerhana matahari separa

Smlm d surau kami surau Al Hidayah... ceramah ustaz hanafiah ahli kaji falaq menceritakn ttg ayt 37 surah Al fusilat..
Ada kaitan yg akn berlaku fenomena
Gerhana matahari d tutupi bulan... pd 9 March 2016..
Pd pkul 7.26 hingga 9.30pg.
Waktu kemuncaknya pd 8.23 pg..kegelapan serata 90%.
Pd matahari ada 3 cahaya dr serapan..pancaran dan sinaran.
Dr kesan gerhana akn merubah kesan kepanasan..kesejukan..kelembapan dan kekeringan..
Skrg cuaca nmpk lembab sbb angin sejuk dr utara hemispire bertempur  dgn monsun timur laut yg panas.. (ada yg kata nak kiamat. Tp ustaz kata itu bukan tandanya nk kiamat).. jadi nmpk terbentuk awan berlubang2...
Sbb angin sejuk Utara x sempurna dgn angin panas timur laut..maka bertempur d serawak..Jadi berlakunya hujan d serawak.. padahal d tmpt kita nmpk mcm nak hujan..klu hujan pn hanya seketika..

6 tahun yg lalu iaitu pd 2010 tlh berlaku gerhana matahari yg d tutupi 70% olh bulan. Tp skrg 90%.
Dahulu  ulangan dr tahun 1995 - 2016...dh 21 tahun akn berulangnya kejatuhan ekonomi...

Selepas gerhana berlaku perubahan cuaca..ekonomi..
Katanya....singapore yg sdg meningkat ekonomi nya akn mengalami kejatuhannya..

Sblm dan selepas gerhana akn ada perubahan air..tanah..api...angin.
Cuaca berubah dgn sinaran...serapan dan pancaran..

Berlakunya gerhana bulan selalunya pd awal bulan hijri... spt jamadi awal.

Manakala berlakunya gerhana matahari selalunya pd bulan akhir hijri.. spt  jamadi akhir...


Sbb itu skrg bermacam penyakit terjadi .

Pesan nya...Bila berlakunya gerhana kita lakukan solat gerhana...bykkn amalan..sedekah..
Muga padam api kemurkaan Allah dan pulih cuaca dan segalanya selepas gerhana..

Sekadar berkongsi.. akn kekuasaan Allah terjadinya gerhana bulan/matahari ..kiamat..kematian..yg tak mampu manusia mengubah masa dan bila..

Wallahualam

Selamat Hari Wanita

🌸WANITA HEBAT🌸

🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
   
Tapi wanita hebat adalah :
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸Slmt Hari Wanita🌸

Harta anak bukan milik ibubapa

Sedeh laa bila baca artikel ni..

Antara isi kandungan kuliah maghrib yg disampaikan oleh Al Ustaz Suhaimi Abd Hamid...Mudir Maahad Tahfiz Mawaddah di Surau Taman Pelangi yg begitu menarik perhatian;

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati,makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lg dgn sesuka hati.Takut rosak la,takut langgar la,takut calar la.Kalau guna pun...pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak..
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tp anak-anak...belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tp...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia yg akhir zaman ini...

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. in shaa Allah.. 😭😭

Jadual waktu sistem badan manusia


SEMUA PERLU TAHU:
 ..
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
(beruntung yg amal bangun subuh)
..
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
(sesuai amal dhuha)
 
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika)
 ..
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
..  ..
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
..
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan  kepada penglihatan dan badan lesu.
....
Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan huraian sudah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.
Wallahualam.

Kisah Nokia yang tidak bersalah


Nokia CEO mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa2 kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas"
Oleh: Ziyad Jawabra.

Semasa sidang akhbar yang mengumumkan bahawa Nokia telah dibeli oleh Microsft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa2 kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas". Ucapan beliau itu diiringi dengan titsan air mata termasuk dari pihak pengurusan Nokia sendiri.

Nokis merupakan sebuah kompani yang diiktiraf dan dihormati. Mereka tidak melakukan apa2 kesalahan didalam perniagaan mereka, walau bagaimana pun, dunia berubah terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu kuat.

Mereka ketinggalan didalam mempelajarinya. Mereka tertinggal mempelajari perubahan dalam industri telekominikasi, dan mereka terlepas peluang yang berada dihadapan mereka untuk membesarkan perniagaan. Bukan sahaja mereka terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar tetapi mereka juga terlepas peluang untuk meneruskan hidup.

Pengajaran dari cerita ini, JIKA ANDA TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN DALAM PERLUMBAAN INI.

Bukan menjadi satu kesalahan jika anda tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru, walau bagaimana pun, jika anda tidak mampu mengikuti arus perkembangan semasa, anda akan disingkirkan dari perlumbaan.

Kesimpulannya:
1. Kelebihan yang anda ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Anda tidak perlu melakukan apa2 kesilapan pun, tetapi jika pesaing anda berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, anda akan tewas dan anda akan gagal.

BERUBAH dan memperbaiki diri adalah seperti memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Tetapi jika kita dipaksa berubah oleh orang lain, itu maknanya kita menghinakan diri sendiri.

Sesiapa yang menolak untuk belajar dan maju, sudah pasti suatu hari mereka menjadi beban dan tidak diperlukan dalam bidangnya. Mereka akan terpaksa belajar melalui cara yang amat sukar dan sangat mahal harganya.
 Dlm Islam pun diajar untuk kita sentiasa dinamik dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Wallahualam.

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”.
  ~Saidina Ali r.a


Surah Al-Baqara, Verse 218:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tips menjimatkan data Internet


Semoga bermanfaat


Cerpen | Bodohkan aku melepaskan dia

Aku kenal dengan dia melalui seorang kenalan. Nak disenangkan cerita, dia merupakan salah seorang kawan kepada ex aku. Sepanjang aku bersama dengan ex aku tu, aku tak pernah tahu pun kewujudan dia.*nampak tak setianya aku. tak pandang orang lain pun*. Setiap kali aku dan ex keluar, dia tak pernah pun join sekali. Setiap kali aku ikut ex pergi main futsal or badminton dengan kawan-kawan, aku tak pernah perasan kehadiran dia. Huhuu entah mana dia menyorok.

Hampir dua tahun aku bersama ex, akhirnya kami putus. Entah, tak pasti siapa yang salah sebenarnya. Semuanya seakan mimpi. Katanya, aku yang salah. Aku curang. Tapi bila difikirkan balik, bila masanya aku curang. Dengan siapa lagi yang aku keluar, kalau tidak dengan dia dan kawan-kawan. Dengan siapa lagi yang aku selalu text kalau bukan dengan dia. Entahlah! Orang kata bila seseorang tu dah tak sayangkan kita atau dah ada orang lain, pasti akan dicari berjuta alasan untuk putus. Biarlah dia, aku malas nak ambil peduli. Bukan tak sayang perhubungan kami yang dah hampir dua tahun tu, tapi hati aku sakit. Sakit bila dituduh macam-macam sedangkan aku tak buat  pun semua tu.

Satu hari, dia ws aku. No aku tak kenal so aku ignore kan aje. Hampir seminggu jugaklah, setiap pagi dia say morning, tengah hari ingatkan aku tentang lunch dan malam, dia tak pernah lupa say good night. Aku baca ws yang dia hantar tapi tak tergerak hati untuk reply. Entah! Maybe aku dah malas ambil port kowt. lebih kurang dua minggu lepas tu, aku tersilap call ni. Niat hati nak call kawan sekali tercall dia. Dahlah tak bagi salam. Dia angkat aje call terus aku cakap 'weh ka katne beb. Tolong ambil aku ples, class cancle lah. Bus mcm lambat je. Tolong erk.. syg kau beb!". Ambekaw!
"Ok awak nanti saya ambil awak. Awak katne ni?", sekali aku dengar ayat tu keluar dari mulut dia. terus aku pandang skrin telefon. Ya Allah, aku tersilap dail number lol. Mampus! malu tak terkata, terus aku matikan talian. Lepas kejadian tu, kami terus jadi kawan.

Hampir setahun kami berkawan. Dengan dia, aku tak pernah cover sikap kasar aku. Dia pun macam selesa dengan aku. Dia pun banyak tolong aku. Biasalah, aku kan student yang perantau. Huhuuu memanglah bawak transport sendiri pergi kolej tapi kadang-kadang tu bila transport aku buat hal, dialah penyelamatnya. Mengenali dia, banyak mengajar aku tentang kehidupan. Dia banyak bersusah dengan aku. Pernah suatu ketika dia sanggup korbankan masa tidur dia semata-mata temankan aku pergi klinik. Hurmmm.. baiknya hati dia. Tapi aku yang tersilap langkah. Aku sering sakiti hati dia dalam aku sedar dan tidak.

Dia selalu bawak aku pergi pantai. Sebab dia tahu aku sukakan pantai. Dia selalu belikan aku Mc Flury Orea sebab dia tahu itu kesukaan aku. Dia selalu ajak aku pergi tengok driff kereta sebab dia tahu aku sukakan aktivitu tu. Dia tahu semua tentang aku. Entah! aku pun tak pasti mana dia tahu. Dan dia juga selalu bercerita tentang impian dia pada aku. Katanya dia nak hidup dengan aku. Dia nak aku selalu disisi dia. Dia nak ada susah dan senang dengan aku. Semua benda yang kita lakukan sering kali dia dahulukan aku. Tapi aku? Entahlah!

Hingga satu hari, aku kenal dengan seseorang, Mr.Y. Sejak kenal Mr.Y, aku jarang ada masa dengan dia. Setiap kali dia ajak keluar, macam-macam alasan aku cipta. Setiap kali dia ajak jumpa macam-macam cara yang aku fikir untuk elakkan. Massage? hurmmm.. berkeping-keping dia massage aku, hanya sekeping dua aku reply. Kejamnya aku! Tak lama lepas tu aku diamkan diri. Hampir 6bulan aku bersikap macam tu tapi dia tak pernah jemu contact aku macam selalu. Akhirnya dia pun menyepi. Tiada lagi call, tiada lagi massage, Aku? langusng aku tak massage or call dia bertanya khabar. Pedulikan dia!

Hampir 3 bulan lepas tu, aku tergerak hati nak contact dia. Alhamdulillah, dia masih guna no yang sama. Dia reply massage aku seperti biasa. Aku ada call dia, dia angkat dan cakap macam biasa. Aku ajak dia jumpa dan dia setuju. Aku ingat lagi, malam tulah penetuan segalanya. Pantai menjadi saksi airmata kesesalan aku. Hurmmm.. aku menyesal tapi semua tu  dah terlambat...

Malam tu aku mintak maaf dengan dia. Aku cakap, aku tahu selama ni aku abaikan dia. Aku jauhkan diri dari dia tanpa sebab. Aku buat dia tertunggu-tunggukan aku. Aku banyak sakitakn hati dia padahal aku tahu dia sayangkan aku. Dia anggap aku lebih dari seorang kawan. Aku tahu semua tu tapi aku butakan mata, pekakkan telinga. Dia hanya tersenyum mendengar penjelasan aku. Dia tanya, mana aku hilang. Hurmmm aku cerita kepada dia sejujurnya. Dia hanya senyum. Reaksi muka langsung tak nampak tanda marah, sedih pun tak ada.

Aku tanya dia, dia masih sayangkan aku ke tak. Dia angguk. Aku tanya dia dia serius sayangkan aku ke tak. Dia angguk. lepas tu dia cakap sayang dia pada aku dah tiada guna. Semuanya dah berlalu. Dia tengah cuba lupakan sayang dia pada aku. Aku hanya mampu terdiam saat tu. Katanya, semuanya dah terlambat. Aku datang terlalu lambat. Selama ni dia diam sebab dia tunggu aku datang mencari dia. Hurmmm... katanya dia dah nak kahwin dengan pilihan family dia. Aku senyum, aku tahu dia bergurau sebab dia memang jenis yang suka bergurau. Tapi muka dia time tu serius. Katanya lagi, dia akan kahwin dalam masa terdekat. Bakal isteri dia tu pilihan family. Satu kampung dengan dia. Aku tanya dia, taknak jemput aku sekali ke. Katanya, taknak. Sebab dia tak sampai hati melihat aku di majlis dia nanti. Dia takut dia tak kuat. Hurmmm entahlah... Saat tu aku tak mampu tutur apa-apa. tapi hati ni terasa sakitnya. Seolah-ola aku kehilangan dia.

Sejak hari tu, aku terus sepikan diri. Bagi aku biarlah dia bahagia. Mungkin dia bukan milik aku. Hurmmm... sebulan lepas tu, aku log in facebook. Prakkkkkk! aku ternampak nama dia. Tangan gatal giler nak stalk. Perhhhhh! mula-mala sekali aku nampak gambar dia berbaju melayu purple. Hati aku berdebar. Aku buka album dia. Aku tengok satu persatu. Hati aku hancur. Airmata aku laju kejatuhan. Ya, dia dah kahwin. Dia tak tipu aku. Dia betul-betul dah kahwin. Aku dah kehilangan dia. Aku yang bodoh lepas kan dia. Hurmmm..



Take note : Aku dalam story diatas merupakan salah seorang kawan Ms. kejupenyet. Cerita ini diolah setelah mendengar cerita yang beliau ceritakan kepada Ms. Kejupenyet.

Cerpen | Aku Lelaki Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali pada aku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salah aku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak..." Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi.

Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. "Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,"tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia.

Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU.

Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu aku buka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang..."

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan aku ambil satu bintang. Aku buka origami itu dan di dalamnya tertulis,"Love is like a poisonous mushroom. You don't know if it is the real thing until it is too late.."Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya.

Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya aku baca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku.

Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya,"Sayang..saya datang... Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,"pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur.

Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku.

Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. "Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya?
Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh.

Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia.

Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.





Take Note : Aku dalam cerpen diatas ialah salah seprang kawan baik Ms. Kejupenyet. Cerita ni merupakan sebahagian dari kisah hidupnya yang pernah diceritakan kepada Ms. Kejupenyet. Ingat lagi, first time dengar dia bercerita dulu, Ms. Kejupenyet tumpang menangis sama. Sepanjang kami berkawan, itulah kami pertama Ms. Kejupenyet melihat airmata lelakinya. Mungkin diantara mereka tiada jodoh. Apapun Ms. Kejupenyet doakan mereka bahagia dengan pasangan masing-masing kini dan selamanya. Semoga mereka mampu menjadi kawan kembali walaupun bukan lagi bercinta.

Hargailah insan yang menyayangi kita, sanggup bersusah payah dengan kita

Sabtu cuti ganti | Tinggalkan link anda untuk diblogwalking

Assalamualaikum..

Hari ni hari sabtu. Selalunya hari sabtu, aku akan bermalas-malasan atas katil je. Tapi untuk hari ni, aku terpaksa pergi kelas. *terpaksaaaaa*. Ini kerana hari ni, merupakan hari ganti cuti raya aidilfitri baru-baru ni.

Oichhhh mengantukkkk. Ikutkan hati, nak ponteng je, tapi rasa macam sayang pulak nak tinggalkan kelas. Hari ni, pergi kelas mengikut jadual hari jumaat. Jadinya, untuk hari ni, aku ada subjek JomStreet. Giler kau! Kalau aku tak datang kelas memang habislah! Hancur terus segala bagai tugasan aku nanti.

Biasalah, dah namapun student kan. Jadi tak salah kalau korangkan sedikit masa demi kelas. Hohooooo bersusah-susah dahulu, insyaAllah nanti dah habis belajar bolehlah menikmati kesenangan hidup. Cewahhhh gitu!

Oklah, aku pun tak nak merungut panjang lebar. Huhuuu kalau ikutkan hati ni banyak yang nak di luahkan kat sini. Tapi mungkin belum masanya lagi kowt.


Tinggalkan link anda. Nanti akan diblogwalking


Tazkirah Pagi Rabu | KEKUATAN DOA IFTHIROSH


Ketika duduk iftirosh , iaitu duduk diantara dua sujud ada do’a yang amat dahsyat. Sayang banyak umat islam yang tidak mengerti do’a ini dan membacanya dengan tergesa gesa dan kecepatan tinggi, tanpa memahami maknanya sedangkan ayat ini diturunkan setiap barisnya ada hadis nya maka kita kenalah wajib membaca dengan penuh khusyuk dan fahami maknanya janganlah bersolat hanya menjalankan rutin kehidupan sahaja dan akhirnya umpama buih dilaut sahaja dan paling ditakuti kita digolongkan dikalangan orang-orang islam yang munafiq, nauzubillah minzaliq, sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...Insyaallah dan dengan sedikit ilmu ini kita kongsikanlah bersama agar ianya banyak manfaatnya.

Kenapa Doa IFTIROSH ini sama banyaknya dengan bacaan Al-Fatihah (17 kali) dibaca di dalam solat kerana Allah mengkehendaki ianya tertanam di sanubari umatnya agar sentiasa meminta dari Allah dan Allah akan memakbulkannya, Insyaallah tapi hendaklah dibaca dengan penuh khusyuk dan tawaduq dan fahami maknanya...ini tidak seperti yang diharapkan, Wallahualam. Renung-renungkanlah:-

Robbighfirli….ya Allah ampuni aku,
Warhamni….rahmati aku,
wajjburni….tutupi semua keburukanku,
warfa’ni….angkat darjatku,
warzukni….beri aku rezeki,
wahdini…beri aku hidayah dan petunjuk,
wa’afini…beri aku kesehatan,
wa’fu anni….ma’afkan aku.

Jika do’a tersebut dibaca dengan sungguh sungguh dan khusuk, pasti Allah mengabulkannya. Apa lagi do’a tersebut dibaca 17 kali sehari semalam, Allah tidak pernah menolak do’a hambaNya yang dipanjatkan dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati. Manfaat do’a tersebut antara lain sebagai berikut:

Robbighfirli (ya Allah ampuni semua dosaku)
Jika do’a ini dibaca dengan sungguh sungguh dan ikhlas niscaya Allah akan mengampuni dosa kita yang telah lampau dan yang akan datang. Dengan pengertian pada masa mendatang Allah akan memelihara kita untuk tidak melakukan dosa besar dalam kehidupan kita didunia dan akhirat. Hati yang sudah bersih dari dosa akan bersinar dan mudah menerima hidayah serta petunjuk Allah. Ia akan mendapat bimbingan dalam mengambil keputusan dan melangkah. Sehingga selalu mendapat kemenangan dan keberhasilan dalam hidupnya.

Hati yang kotor tertutup dosa menjadi hitam gelap dan susah menerima hidayah dan bimbingan Allah. Hati yang hitam dan gelap cenderung mengikuti bisikan syaitan yang membawanya memperturutkan hawa nafsu dan mengambil keputusan yang keliru . Berbagai keputusan yang salah dan keliru membawanya pada kehidupan yang porak poranda penuh kesulitan dan penderitaan. Ia akan mengalami kesengsaraan hidup didunia maupun diakhirat.

Warhamni (Rahmati aku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusuk dan sungguh sungguh akan dibukakan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi. Ia akan mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah dari segala penjuru. Di jamin hidupnya akan sejahtera berkecukupan . Tidak ditimpa kemelaratan dan kehinaan dimanapun ia berada. Dijauhkan dari kesedihan, duka cita, stres dan tertekan. Hidup bahagia dan sejahtera sepanjang waktu didunia maupun akhirat.

Wajburni (Tutupi segala aib dan keburukanku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan ditutupi Allah segala aib , keburukan dan kekuarangannya. Pepatah mengatakan “ tidak ada gading yang tak retak “, demikian pula kita sebagai manusia tentu banyak punya kelemahan dan keburukan. Kita takut jika aib, dan kelemahan kita diketahui orang banyak. Insya Allah Dia akan menutupi semua kelemahan dan kekuarangan kita dari orang banyak. Orang tidak tahu dengan kelemahan dan keburukan kita, orang hanya melihat sisi baik dari kehidupan kita. Sehingga kita dapat meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.

Sungguh celaka orang yang dibukakan aibnya dihadapan orang banyak. Tidak ada gading yang tidak retak, setiap kita tentu punya kelemahan dan kekurangan, Insya Allah dengan kekuatan do’a ini Allah akan menutupi semua aib dan kekurangan kita.

Warfa’ni ( Angkat darjatku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan d
iangkat derajatnya oleh Allah , dijauhkan dari kehinaan , penindasan, kemelaratan dan lain sebagainya. Dengan berkah do’a ini umat Islam tidak akan menjadi umat yang lemah, dizalimi, tertindas , dicurangi dan difitnah. Umat Islam akan menjadi umat yang kuat , disegani, dihormati oleh lawan dan kawan. Seseorang yang membaca do’a ini dengan khyusuk dan tawaduq serta bersungguh sungguh akan mendapat kemuliaan hidup didunia dan akhirat. Dia tidak akan menjadi orang yang susah, sengsara, hina , papa, miskin, tertindas, dizalimi, hidup serba kekurangan dan sebagainya. Ia akan menjadi orang yang dihormati dan disegani dimanapun ia berada.

Warzukni ( Beri aku rezeki)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan . Ia akan hidup berkelimpahan dan dicukupkan semua hajat dan keperluannya. Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari langit , bumi dan seluruh penjuru yang diberkahi. Apa saja bidang usaha yang diceburi akan mendatangkan rezeki berlimpah baginya.

Wahdini (Beri aku hidayah dan petunjuk)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan selalu mendapat bimbingan dan petunjuk dalam menjalani hidupnya. Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apapun masalah yang menghalang, Insyaallah dapat diselesaikannya dengan baik. Baginya tidak ada istilah putus asa. Ia tidak pernah mengalami kebingungan, kebuntuan dan putus asa dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan.

Wa’afini (Beri aku kesihatan)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah memiliki tubuh yang sehat dan kuat, jauh dari berbagai penyakit yang membuatnya lemah dan sulit menyelesaikan berbagai pekerjaan dan tugas yang dihadapinya sehari hari agar dapat sering melakukan ibadah kepada Allah dan Allah akan membimbingnya mendapatkan badan yang sehat dan kuat. Makanan dan pola hidupnya terpelihara baik sehingga badannya tetap sehat dan kuat terhindar dari berbagai penyakit yang banyak menyerang masyarakat kota dewasa ini. Bagi yang sentiasa sakit-sakitan insya Allah akan mendapat bimbingan secara naluriah untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat.

Wa’fu anni ( Maafkan aku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah akan mendapat ampunan dan maaf dari Allah atas berbagai kesalahan dan kekeliruan yang telah dilakukan. Dengan mendapat keampunan dariNya insya Allah ia akan dapat memperbaiki berbagai kesalahan dan kekeliruan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dimasa yang akan datang.

Itulah do’a - do’a dahsyat di dalam solat yang telah membawa kemenangan dan keberhasilan pada umat Islam dimasa lampau meraih kejayaan dan kemenangan. Dengan kekuatan solat umat Islam dimasa lalu mengalahkan musuh musuhnya dan menguasai dunia dimasa itu. Namun sekarang akibat mensia siakan sholat umat Islam di tindas dan dihina dimana mana. Mari kita perbaiki semua kekeliruan ini. Sedikit sekali umat Islam yang mengerti dan membaca do’a Iftirosh dengan khusuk dan sungguh sungguh. Kebanyakan orang membacanya dengan cepat dan tergesa gesa, tanpa mengerti arti dan maksudnya.



Take Note : Mari kita perbaiki mutu hidup kita masing masing dengan memperbaiki mutu solat. Jika umat Islam sudah melakukan solat dengan benar dan khusuk nescaya kemenangan yang pernah diraih umat Islam dimasa lalu akan datang kembali . Berbagai kesulitan , fitnah, penindasan, tekanan, yang dialami umat Islam dewasa ini merupakan peringatan dari Allah. Karena banyak diantara kita yang sudah menjadi umat yang mensia siakan sholat dan memperturutkan hawa nafsu sebagaimana disebutkan dalam surat Maryam ayat 5. InsyaAllah


Tazkirah pagi isnin | Beriman dan beramal soleh


WAJIB KITA BERTAUBAT + BERHIJRAH + BERJI HAD + BERSATU DENGAN ALIM ULAMAK DEMI ISLAM + IMAN + TAKWA + UKHWAHN + KEREDHAAN ALLAH.

CONTOH ORANG SOLEH (ALIM ULAMAK)...

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 113 – 117,

Ahli-ahli Kitab (ALIM ULAMAK) itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
(A-li'Imraan 3:113)

SIFAT ULAMAK (ORANG SOLEH):-

1. Beriman,

2. Berdakwah mengajak masyarakat melakukan amalan yang baik (islam = halal),

3. Berdahwah mengajak masyarakat meninggalkan amalan yang jahat (maksiat + berdosa = haram).

4. Alim ulamak itu sifatnya ialah mereka sendiri bersegera melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar (haram + syubahah).

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 114,

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
(A-li'Imraan 3:114)

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.
(A-li'Imraan 3:115)

AMARAN ALLAH!!!...

***Sesiapa yang ingkar dari mengikut orang-orang soleh mereka itulah ahli neraka.

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 116,

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.
(A-li'Imraan 3:116)

***Segala amalan kebaikan yang dilakukannya (KAUM KAFIR DAN MUNAFIK) tidak mendatangkan kebaikan malah akan menimbulkan fitnah yang besar kepada umat manusia.

Lihat maksud firman Allah surah ali Imraan ayat: 117,

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(A-li'Imraan 3:117)



DAMPINGILAH AL QUR’AN + SUNNAH RASULULLAH SAW + ALIM ULAMAK NESCAYA ANDA SELAMAT DI DUNIA DAN SELAMAT DI AKHIRAT.


SURAH YAA SIIN AYAT: 21,

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
(Yaa Siin 36:21)



Take Note : Tazkirah diatas telah dihantar oleh salah seorang saudara mara Ms. Kejupenyet dalam group ws family buat tatapan dan renungan kami bersama. Ms. Kejupenyet terpanggil untuk catatkannya kembali disini sebagai perisian kita bersama. Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat kita pelajari bersama-sama.

Masih berusaha untuk ke arah yang lebih baik dan mencari keredhaan dariNya.

Petua Mencari Keberkatan Dalam Pekerjaan

Setiap manusia hidup pasti memerlukan keuangan dalam menyediakan kemudahan asas dalam hidup, dan tentunya keperluan hidup tersebut dapat kita peroleh dengan jalan bekerja. Bekerja merupakan jalan untuk mendapatkan rezeki yang di berikan Allah SWT kepada munusia.

Oleh karana itu dalam mencari pekerjaan sebagaimana saranan meraih rezeki Allah SWT tersebut, memerlukan syarat agar rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang halal dan berkat serta ada manfaat untuk diri kita dan orang lain.

Di sini ada disenaraikan sedikit tentang beberapa nasihat yang bermanfaat bagi yang sedang mencari kerja agar rezeki yang kita dapat ada keberkatan di sisi Allah SWT.

Diantara petua dalam mencari pekerjaan tersebut adalah:

1. Meyakini Bahawa Setiap Jiwa Sudah Ditentukan Rezekinya oleh Allah SWT.
Setiap manusia sudah ada ketentuan rezekinya masing-masing. Jangan kita takut mati tak dapat rezeki. Kalau sudah ada jaminan yang demikian, maka setiap orang yang bekerja teruslah bekerja, jangan khawatir dengan rezeki yang AllahSWT beriman.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ رُوْحَ القُدُسِ نَفَثَ فِي رَوْعِي إِنَّ نَفْسًا لاَ تَمُوْتَ حَتَّى تَسْتَكْمِلَ رِزْقُهَا ، فَاتَّقُوْا اللهَ وَأَجْمِلُوْا فِي الطَّلَبِ ، وَلاَ يَحْمِلَنَّكُمْ اِسْتَبْطَاءَ الرِّزْقُ أَنْ تَطْلُبُوْهُ بِمَعَاصِي اللهَ ؛ فَإِنَّ اللهَ لاَ يُدْرِكُ مَا عِنْدَهُ إِلاَّ بِطَاعَتِهِ.

Ertinya :
“Sesungguhnya ruh qudus (Jibril), telah membisikkan ke dalam batinku bahwa setiap jiwa tidak akan mati sampai sempurna semua bahagian rezekinya (masing-masing). Karana itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah cara dalam mendapatkan rezeki tersebut. Jangan sampai tertundanya rezeki mendorong kalian untuk mencari rezeki tersebut dengan cara bermaksiat kepada Allah. Karana rezeki di sisi Allah tidak akan diperoleh kecuali dengan taat kepada-Nya.” (HR. Ibnu Abi dan Thabrani).

Hadits di atas, Allah SWT memerintahkan kita untuk mencari rezeki dengan cara yang halal. Jangan mencari rezeki dengan cara melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT dengan menghalalkan segala macam cara.

2. Cari Pekerjaan yang Halal disisi Allah SWT, Jauhi Pekerjaan yang Haram.
Dalam mendapatkan pekerjaan untuk meraih rezeki Allah SWT, carilah pekerjaan yang halal dan jauhilah yang haram.

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ.

Ertinya :
“Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, karana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga ia benar-benar telah mengenyam seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya. Maka bertakwalah kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).

Jika pekerjaan yang ditempuh adalah pekerjaan yang halal, tentu akan berpengaruh pada makbulnya do’a. Sebaliknya, yang ditempuh adalah cara yang tidak halal, lihat saja bagaimana akibat buruknya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :
“Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo’a: “Wahai Rabbku, wahai Rabbku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do’anya?” (HR. Muslim)

Yusuf bin Asbath berkata:
بَلَغَنَا أنَّ دُعَاءَ العَبْدِ يَحْبِسُ عَنِ السَّمَاوَاتِ بِسُوْءِ المطْعَمِ

Ertinya:
“Telah sampai pada kami bahwa do’a seorang hamba tertahan di langit karana sebab makanan jelek (haram) yang ia konsumsi.”

Lihatlah para salaf sangat memperhatikan apa yang mereka makan dalam perutnya. Ada yang bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqash:
تُسْتَجَابُ دَعْوَتُكَ مِنْ بَيْنَ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ؟ فَقَالَ : مَا رَفَعْتُ إِلَى فَمِي لُقْمَةً إِلاَّ وَأَنَا عَالِمٌ مِنْ أَيْنَ مَجِيْئُهَا ، وَمِنْ أَيْنَ خَرَجَتْ

Ertinya:
“Apa yang membuat do’amu mudah dikabulkan dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lainnya?” Sa'ad mejawab: “Aku tidaklah memasukkan satu suapan ke dalam mulutku melainkan aku mengetahui dari manakah datangnya dan dari mana akan keluar,” jawab Sa’ad.

Dari Wahb bin Munabbih, ia berkata,
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ دَعْوَتَهُ ، فَلْيُطِبْ طُعْمَتَهُ

Ertinya :
“Siapa yang berharap do’anya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya.” (Dinukil dari Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 275-276).

3. Cari Pekerjaan Yang Mendatangkan Keberkatan, Bukan Dengan Besarnya Gaji yang Diperolehi.
Ada sahabat yang pernah bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Ertinya:
“Wahai Rasulullah, mata pencarian (kasb) apakah yang paling baik?”
Beliau bersabda, “Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi).” (HR. Ahmad).

Hadits di atas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat tidak bertanya manakah pekerjaan yang paling banyak pendapatannya dan untungnya. Namun yang mereka tanya adalah manakah yang paling thoyyib (diberkahi). Sehingga dari sini kita ketahui bahawa tujuan dalam mencari rizki adalah mencari yang paling berkat, bukan mencari manakah pekerjaan yang pendapatannya paling besar. Karana pendapatan yang besar belum tentu berkat di sisi Allah SWT.

(Demikian penjelasan berharga dari Syaikh ‘Abdullah bin Shalih Al Fauzan dalam Minhatul ‘Allam, 6: 10).
Pekerjaan yang gajinya besar jika tidak ada keberkatan, terkadang sampai melalaikan ibadah bahkan sampai sanggup meninggalkan shalat, buruk perangai serta bersikap sombong pada orang lain.

4. Jauhkan Pekerjan Dengan Jalan Meminta-Minta dan Mengemis Pada Orang lain.
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

Ertinya :
“Jika seseorang meminta-minta (mengemis) pada manusia, ia akan datang pada hari kiamat tanpa memiliki sekerat daging di wajahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Hubsyi bin Junadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ

Ertinya:
“Barangsiapa meminta-minta padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.” (HR. Ahmad).

Perlu dipahami bahwa hanya tiga orang yang diperbolehkan meminta-minta sebagaimana disebutkan dalam hadits Qabishah, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِى الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – فَم
: َا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا

Ertinya :
“Wahai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali untuk tiga orang:
(1) seseorang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya.
(2) seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sara hidup, dan
(3) seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya berkata, ‘Si fulan benar-benar telah tertimpa kesengsaraan’, maka boleh baginya meminta-minta sampai mendapatkan sara hidup.
Meminta-minta selain ketiga hal itu, wahai Qabishah adalah haram dan orang yang memakannya berarti memakan harta yang haram.” (HR. Muslim).

Perlu dipahami bahawa orang miskin yang sebenarnya adalah seperti yang disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah berikut, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِى تَرُدُّهُ الأُكْلَةُ وَالأُكْلَتَانِ ، وَلَكِنِ الْمِسْكِينُ الَّذِى لَيْسَ لَهُ غِنًى وَيَسْتَحْيِى أَوْ لاَ يَسْأَلُ النَّاسَ إِلْحَافًا.

Ertinya :
“Namanya miskin bukanlah orang yang tidak menolak satu atau dua suap makanan. Akan tetapi miskin adalah orang yang tidak punya kecukupan, dan ia malu atau tidak meminta dengan cara memaksa.” (HR. Bukhari).

Orang miskin sebenarnya bukan pengemis. Orang miskin adalah yang sudah ada pekerjaan, namun masih tetap belum mencukupi keperluan asasnya dan masih meminta-minta kepada orang lain dengan jalan memaksa.

5. Cari Pekerjaan yang Tidak Menyusahkan Orang Lain
Salah satu pekerjaan yang terlarang iaitu menimbun barang sehingga mematikan stok barang di pasaran, terutama untuk barang asas yang diperlukan masyarakat banyak.
Dalam hadits disebutkan:
لاَ يَحْتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ

Ertinya :
“Tidak boleh menimbun barang, jika tidak, maka ia termasuk orang yang berdosa.” (HR. Muslim).

Apa hikmah larangan menimbun barang?
Imam Nawawi berkata, “Hikmah terlarangnya menimbun barang karana ianya dapat menimbulkan mudarat bagi orang ramai.” (Syarh Shahih Muslim, 11: 43).

6. Perbanyakkan Do’a Agar mendapatkan Rezeki yang Halal.
Tanpa do’a dan tanpa banyak memohon pada Allah, kita sulit mendapatkan yang halal. Hanya dengan banyak berdoa kepada Allah SWT, kita akan dipermudahkan jalan untuk meraih sumber yang halal.
Teruskan meminta kepada Allah SWT untuk mendapatkan pekerjaan yang halal sebagaimana yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ajarkan kepada kita:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ertinya :
“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”
[Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu] (HR. Tirmidzi).

Ya Allah berkatilah usaha kami untuk mendapatkan sumber rezeki yang halal dan jauhkanlah dari kami ya Allah dari sumber rezeki yang tidak halal. Mudah-Mudahan rezeki yang Engkau berikan kepada kami akan mendapatkan keberkatan dalam hidup kami untuk menghambakan diri serta mengabdikan diri kepada-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.


Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat. 

Tazkirah pagi khamis | Kejahatan


Merugikan, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

Jangan tanya apa yang dibuat oleh agama untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk agama

Benar yang menutup aurat tidak semestinya ke syurga, tetapi yang tidak menutup aurat itu pastinya ke neraka


Take Note : Aku tahu kita tidak baik. Tak salah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Kenapa mesti diagung-agungkan kejahatan yang dilakukan. Padahal kita sendiri pun tahu setiap kejahatan pasti dipakejkan dengan ganjaran dosa. Kenapa tidak kita melakukan kebaikan. Padahal kita tahu, setiap kebaikan diberi ganjaran pahala. Walaupun sekecik-kecil kebaikan, tetap akan diberi pahala. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Tapi tidak salah jika kita menegur kesalahan yang dilakukannya. Gunalah pendekatan yang berhemah. Janganlah kejahatan dibalas kejahatan, bimbang nanti kejahatan kian bermaharajalela. Belajarlah lakukan kebaikan kerana dalam setiap kebaikan yang kita lakukan ada kemanisannya yang mungkin kita sendiri tidak sedari. Wassalam.

Tazkirah pagi rabu | kata-kata


Jangan membuang masa dengan memikirkan apa akan berlaku setelah itu dan setelah itu. Doa dan Usaha dulu.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.

Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit.

Kukatakan pada syaithan & hawa, "Aku ini makhluq mulia. Jiwa & ragaku terlalu berharga untuk dicemari nista & dosa." - Al Mutanabbi.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Doa memberikan kekuatan pada orang yg lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan.

Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. - Hadis Riwayat Muslim.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka.

Sungguh, dakwah ini adalah mata rantai. Dan kita mahu menjadi sebahagian daripada mata rantai itu biar sedikit cuma peranan kita.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, Aamin.



Take Note : Kekadang kita merasakan kata-kata dn ayat yang disampaikan itu terlalu ringkas dan mudah tapi sangat besar maksud disebaliknya. Baca, hayati dan renungkanlah. 

Hargai aku ketika kau senang

Beb,
Aku kenal kau dah hampir empat tahun kowt. Aku sama-sama dengan kau ketika kau jatuh. Aku ada ketika kau mula bangun merangkak. Di depan mata aku jatuh dan bangunnya hidup kau. Di cuping telinga aku sering kali kau meluahkan rasa hati. Tapi kenapa kerana dia, kau sanggup buang aku dari hidup kau?

Beb,
Ingat tak dulu apa yang kau cakap? Kau kata, kau sayang aku. Tapi kau tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Hanya sekeping hati yang tulus ikhas sayangkan aku. Kau harap aku sentiasa ada disisi kau. Kau harap aku selalu menyokong kau. Kau harap kita akan bahagia dengan aku. Kau janji, andai suatu hari nanti kau dapat kerja yang lebih baik, kau akan terus kekal disisi aku.

Beb,
Kau tipu aku, kan. Baru dua bulan kau dapat kerja baru. Kerja yang gaji lumayan. Kerja yang menjamin masa depan kau. Kau dah jarang masej aku. Kau dah jarang call aku. Kau langsung tak ada tanya khabar aku lagi. Mana kau hilang beb? Aku tertunggu-tunggu masej dan call kau. Ples laa, jangan buat aku tertunggu-tunggu macam ni. Sakit sangat kowt. Setiap kali telefon aku berbunyi, aku mengharapkan, ada masej dari kau tapi hampa. Hurmmm..

Beb,
Hampir tiga bulan kau menyepi. Aku sabar tunggu. Aku pegang kata-kata kau dulu. Aku pegang pada janji kita berdua. Kekadang terfikir dihati aku, mungkinkah penantian aku ni sesuatu yang sia-sia. Entah! Aku malas nak fikir yang bukan-bukan. Aku tunggu dan terus tunggu. Aku tak sangka lain yang aku tunggu dan lain yang aku dapat.

Beb,
Aku tergerak hati nak buka facebook. Aku stalk facebook kau. Aku nampak dp kau dengan orang lain. Mesra, tersenyum bahagia kau dan dia bergambar. Hati aku dah mula tak sedap. Berdebar sebenarnya. Takut pun ada. Mungkinkah kasih kau tertumpah pada dia pulak kini? Ngeri aku memikirkannya. Aku cuba untuk sabar. Aku stalk facebook kau satu persatu. Hurmmm.. banyaknya gambar kau dan dia. Macam tengah bahagia saja aku tengok. kau tersenyum lebar disisi dia.

Beb,
Aku ternampak satu ayat yang menyentap tangkai hati aku. Kau kata kau sayang dia. Dia cinta mati kau. Kau hanya cintakan dia. Dia cinta terakhir kau. Perhhhhh, terus laju airmata aku mengalir. Kalau kau hanya sayang dia, kalau dia cinta mati kau, habis aku ni apa? Cinta palsu kau ke? Aku ni apa?? Aku cuba tabahkan hati. Aku teruskan stalk. Walaupun hati cuak tapi aku tetap kuatkan semangat. Tak sangka banyak lagi perkara yang tak terduga aku temui. Rupanya betullah, kasih kau dah berpaling arah. Aku tak pasti sejak bila kau bersama dia tapi yang pasti kini kau dah tak sayangkan aku lagi. Kau dah buang aku jauh dari hidup kau. Kau langsung tak beri penjelasan dan kata putus pada aku. kau hanya diam, sepikan diri dan hilang dari bayangan mata aku.

Beb,
Aku terasa dengan sikap kau. Aku terluka dengan kelakuan kau. Aku tak sangka kau sanggup khianati janji kau pada kau. Beb, aku sedar, aku mungkin tak layak untuk kau. Tapi wajarkah wajah yang dijadikan ukuran? Selama kita bersama, aku yakin dan pasti cinta tak memandang rupa sebaliknya cinta berlandaskan hati.



Take note : Hargai dan sayangilah orang yang sanggup bersuasah payah bersama kita. 

Isnin | Kelas seperti biasa

Assalamualaikum..

Cuti berhujung minggu selama dua hari (Sabtu dan ahad) dah pun habis. Tak sangka macam sekejap saja masa berlalu. Oichhh rasa macam tak puas lagi bercuti. Kenapa?

Almaklumlah, sepanjang cuti minggu ni, aku sibuk menghulurkan tenaga. Aku tolong senior semester last untuk settlekan final projek diaorang. Yalah, dah diaorang mintak tolongkan, takkan tak nak tolong kowt. Lagipun diaorang dah kesuntukan masa untuk settlekan final projek tu. Jadi, aku cubalah tolong setakat yang termampu, ya.

Hari ni pagi isnin yang damai. Sejuk dirasai, mungkin sebab malam tadi hujuan kowt. Hahaaa, entah ! Aku tidur lena sangat malam tadi, tak sedar hujan turun selebatnya.

Sebenarnya aku jast nak bagitahu, hari ni macam malas nak pergi kelas. Macam malas nak jejak kaki pergi kelas. Tapi dalam kemalasan tetap kena rajinkan diri. Kenapa? Aku tak nak ponteng kelas. Takot nanti effect pada pointer. Aku tak nak ponteng kelas. Takot nanti lecture mengamuk. Aku tak nak ponteng kelas. takot nak nanti penyelia hostel, datang cheak hostel. Tak pasal-pasal aku aku dilayankan surat kuning. Yalah, kan dah peraturan tetapkan. DIlarang berada di asrama ketika waktu kelas sedang dijalankan. SO faham-faham sendiri dah laa ya. Lagi pun penyelia tu, lain sikit perangai dia. Kalau dia naik hantu, matilaaaanakkkk! (ambekaw kutu penyelia hostel pepagi hari! Haaaa maaf.)

Oklah, aku tengok jam pun mcm dah lambat. Better aku bersiap sekarang. Nanti terlambat pulak untuk pergi roll call. Apapun, aku mengharapkan semangat dan kekuatan aku semakin bertambah dan berkobar-kobar dalam menimba ilmu.

Salam isnin day

Aku tak ingin dipandang cantik oleh lelaki

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!


Take note : Aku tahu aku cantik tapi aku bukan mengharapkan kecantikan aku untuk para manusia. Aku mengimpikan kecantikanku dipandang disisi Allah dan yang halal buatku. Aku tahu kecantikan aku tidak seberapa tapi aku mengharapkan kecantikan aku mampu mengbahagiakan aku di dunia dan juga di akhirat nanti. Cantiknya aku cukuplah hanya untuk tatapan dia yang halal untukku. Semoga kecantikan aku ini tidak disalah guna. Wassalam.