Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Produk Penjagaan Luka | Spray 8


Pernah dengar tak mengenai SPRAY 8?
SPRAY 8 ialah produk penjagaan luka tradisional yang mengandungiekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka pembedahan, mengurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Rumuan utama dalam Spray 8, ialah ektrak kulit manggis (Garcinia mangostana L) yang telah lama digunakan secara tradisional di Asia sebagai rawatan untuk jangkitan kulit dan luka. Rumuan lain adalah ektrak daun neem (Azadirachta indica) yang mempunyai khasiat analgesik (melegakan kesakitan), anti-histamin, anti-alergi, anti-virus, anti bakteria, anti fungi, dan anti ulser. Selain itu, nimbin dan nimbidin di dalam ektrak manjakani mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Menurut kajian santifik, komponen asas Spray 8 mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Produk ini mampu melegakan rasa gatal dan mengeringkan luka.

Bagaimana SPRAY 8 membantu?
 - Luka air / minyak panas
- Penjagaan luka diabetis
- Penjagaan luka teruk
- Pressure sore / luka akibat terbaring lama
- Gatal-gatal dan melegakan rasa sakit





Cara penggunaan SPRAY 8

  1. Bersihkan luka
  2. sembur pada luka 3 kali sehari
  3. biarkan sehingga kering
Fakta SPRAY 8
* Mudah dan sedia untuk digunakan
*Tiada rasa pedih
*Tiada rasa gatal
*Penyembuhan yang tidak menyakitkan
*Sesuai untuk semua jenis kulit
*Tiada sisa tinggal pada kulit
*Tiada surfaktan / bahan kimia
*Selamat digunakan
*Tiada alkohol / steroid

Testimoni
























Untuk lebih detail berkenaan "Produk Penjagaan Luka | Spray 8", anda bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts

Website : http://www.furleybio.com/
Facebook : https://www.facebook.com/furleybio?fref=ts
Instagram : https://instagram.com/furleybio/
Twitter : https://twitter.com/furleyb

Miliki produk SPRAY 8 sekarang untuk anda sekeluarga.


Printcious - Koleksi Hadiah Menarik Untuk Anda Dan Yang Tersayang.


Assalamualaikum.. Hai gais ! Ada yang sedang pening kepala mencari hadiah untuk yang tersayang ke? Apa yang jiwa kacau mencari hadiah tak jumpa -jumpa ke? Okay! jangan risau. Jom Cik KP kongsi dengan korang satu website yang menyediakan koleksi hadiah yang awesome!!!

Printcious.. menawarkan pelbagai bentuk hadiah untuk anda dan tersayang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Dengan tagline "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart", semestinya Printcious.Com merupakan satu pilihan yang tepat sekianya anda berbelanja disitu. 

Printcious.Com menawarkan beberapa kategori yang boleh anda pilih. Antaranya termasuklah T-Shirts, Mugs, Cushions, Phone Cases, Ceramic Tiles, Puzzles, Mousepads, Mini Tees, Baby Rompes, Coasters, Button Badges, Caps, Canves, Bags, Lanyards dan Keychains. Wow banyak sangat kan !! Semestinya hanya di Printcious.Com!!

KLIK GAMBAR UNTUK DAFTAR TERUS DI PRINTCIOUS.COM

Sebelum membeli jangan lupa daftar di Printcious.Com.. alaaa daftarnya percuma je. Korag boleh daftar melalui email ataupun terus link kan ke facebook. Mudah sangat kan!




Siap mendaftar, korang boleh pilih mana-mana hadiah yang berkenan dihati. nak T-Shirt ke, Phone Cases ke, Ceramic Tiles ke, Puzzles ke dan banyak lagi. Korang pilih je lepas tu nanti design sendiri hadiah tu. Korang boleh pilih samaada nak maukkan gambar ke, nak tulis kata-kata sahaja ke. Itu terpulang pada kretiviti dan idea korang sendiri. Mudah sangat kan! Best plak boleh design-design sendiri.

Untuk Cik CP, semestinya memilih T-Shirt. Kenapa T-Shirt? Sebab Cik KP ni hantu T-Shirt. Pegi jejalan, nampak T-Shirt degn design yang simple-simple terus beli. Pakai ke tidak, itu lain cerita. Yang penting beli tetap beli. Kihkihkihhhh... okaylah, jom kita designkannya.




Tadaaaa !!!! Dah siap design Cik KP. Simple sangat kan! Hahaaa Okaylah, siap mengdesign, korang boleh klik dekat "Add to Cart". 


Lepas tu koang boleh pilih sama ada nak "continue shopping" ataupun nak "checkout". Untuk pengetahuaan korang, di Printcious.Com, banyak discount yang ditawarkan tau. Contoh, macam baju yang Cik KP pilih ni. Sekarang ni tengah discount. Jangan jelous uoll!! Harga asal RM 49.00 dan selepas discount harganya RM 29.40. Berbaloi sangat tau. Kualiti kain yang digunakan sangat tinggi dan harganya pulak sangat berpatutan. Wallahh ! The bestlah. 


Lepas dah "checkout", jangan lupa isi detail beserta cara payment korang ye. Sekiranya ada discount, korang boleh masukkan cod disciunt di bahagian bawah harga tu kemudian "apply". SIAP!!! 
Okay, settle sudah order hadiah untuk tersayang di Printcious.com. 

Bila dah boleh design-design ni, rasa macam nak design lagi pulak. Kihkihkihhhh lepas ni bolehlah shopping lagi di Printcious.com. Senang sangat. Kalau nak buat kejuatan pun boleh. Hadiah korang tu boleh terus dialamatkan kepada si penerima. Eh nak kejuatan untuk siapa tu, mak, ayah, adik, abang, kesayangan, wife, husband pun boleh. Best kan!

Printcious menawarkan penggantian dan pembayaran balik sekiranya barangan yang dibeli mengalami kerosakan/kecacatan semasa proses penghantaran. Pihak Pintcious juga menawarkan pemulangan barang secara percuma dalam masa 7 hari. Untuk proses pemulangan adalah sangat mudah. Hanya mengambil gambar pada cacat barang, bungkusan dan konsainan nota kemudian email Printcious di feedback@printcious.com.



Korang nak tahu lebih detail mengenai Printcious ni boleh  ke
Website : http://www.printcious.com/
Facebook : https://www.facebook.com/printcious

Jus Qalbi Al-Ehsan Pencuci Kolestrol Baik Untuk Kesihatan


Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan.(Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan.

Tanda-tanda Kolestrol yang tinggi
**Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
**Timbul bintik-bintik putih (biji kolestrol) pada bahagian bawah mata,
kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
**Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
**Sering berasa sakit kepala.
**Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan,
sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
**Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
**Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Agak-agak korang ada tak mengalami simptom-simptom seperti di atas? Jangan risau. Jom saya perkenalkan satu produk untuk atasi masalah kolestrol yang bermaharajalela dalam badan kita.


Saya memperkenalkan JUS QALBI AL-EHSAN. Produk terbaik untuk membantu menstabilkan kadar kolestrol dalam badan kita. JUS QALBI AL_EHSAN diperbuat daripada 5 gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Lemon, Madu, Halia, Bawang Putih & Cuka Epal ia mampu membantu mengawal kadar kolestrol sekaligus menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Untuk pengetahuaan anda, JUS QALBI AL_EHSAN dihasilkan tanpa bahan pengawet, mampu baikpulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, 'stroke', sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan sekiranya diamalkan secara berterusan. 

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti jantung tersumbat, athma, tekanan darah tinggi, kolestrol, resdung, arthritis, gout, kencing manis, kebas tangan kaki dan sembelit adalah sangat digalakkan mengambil JUS QALBI AL-EHSAN ini. 



Selain itu, JUS QALBI AL-EHSAN juga merupakan sejenis  minuman suplemen yang mampu menjana tenaga tambahan serta kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman.

Khasiat JUS QALBI AL-EHSAN
✔ Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah
✔ Membersihkan Saluran Darah /Jantung Tersumbat
✔ Membuang Angin Dalam Badan dan juga rasa Senak
✔ Merawat Angin Ahmar/Stroke juga Darah Tinggi
✔ Melawaskan Sistem Penghadaman
✔ Mencairkan Lemak
✔️ Mencairkan Darah Yg Pekat
✔ Melegakan Sakit Kepala, Sakit Badan dan Sengal2 Sendi
✔ Memberikan Tenaga dan menghindarkan rasa Letih
✔ Melegakan salur penafasan & asma.

Cara pengambilan JUS QALBI AL-EHSAN
✔  1 sudu setiap pagi sebelum sarpan
✔  1 sudu setiap malam sebelum tidur
✔ Minum banyak air suam untuk kesan yang maksimum
✔ **Seeloknya diambil sewaktu perut masih kosong. Tapi jika ada gastrik diambil lepas makan.**


Dengan khasiat Lemon, Halia, Cuka Epal, Madu & Bawang Putin sangat berkesan untuk kawal kadar kolestrol penyebab penyakit jantung, darah tinggi, strok & kencing manis. JUS QALBI AL-EHSAN juga sangat bagus sebagai diet sihat untuk pengambilan harian kerana ia boleh bantu anda maintain kesihatanwalaupun anda merasa diri anda sememangnya sihat!! Minumlah seisi keluarga dan sihatlah seisi keluarga.


Untuk maklumat lebih jelas dan detail mengenai cara pembelian serta testimoni produk JUS QALBI AL-EHASSAN ni, anda bolehlah singgah ke page facebook JUS QALBI AL-EHSAN  atau ke instagram qalbialehsan . 

Untuk lebih mudah, anda boleh terus ke

Algae Park Sdn Bhd
No 80 A,Jalan Renang 13/26,Seksyen 13,
Shah Alam,Selangor.

Tel: 03- 5511 4366

HP: 017- 7300 366 & 017- 3730 366


JUS QALBI AL EHSAN PENCUCI KOLESTROL
BAIK UNTUK KESIHATAN MAXIMUM

3 Inspirasi Padanan Tudung Online


Ada apa dengan tudung dan fesyen? Kedua-dua ini adalah berkait rapat antara satu sama lain ibarat irama dan muzik. Tanpa adanya fesyen, sudah pasti tidak akan wujud gaya tudung terbaru. Malah tanpa adanya tudung, pasti akan suram pentas peragaan fesyen. Begitulah pentingnya untuk dua perkara ini yang setiap satunya menyokong antara sesamanya. 

Trend fesyen terkini memperlihatkan kemunculan banyak koleksi fesyen Muslimah terkini yang lebih moden seperti tudung terkini. Tudung terbaru yang ada sekarang ini adalah lebih moden daripada segi rekaan berbanding dengan yang dahulu. Pastinya ini adalah hasil usaha para pereka fesyen Malaysia yang bersungguh-sungguh mahu memastikan koleksi fesyen tudung terkini wanita diterima ramai.

Umumnya kita ketahui, wanita dan fesyen berpisah tiada. Rata-rata wanita tidak mahu ketinggalan dalam arus berfeyen, baik dari segi pakaian mahupun tudung. Dalam pada gairah berfesyen, ada segelintir wanita mengalami masalah dalam pencarian tudung yang sesuai.

Bagi anda yang mempunyai masalah dalam pencarian tudung yang sesuai, saya cadangkan anda ke Zalora Malaysia. Dengan adanya Zalora Malaysia, anda tidak perlu lagi bimbang. Semuanya di hujung hari. Anda hanya perlu pilih man yang berkenan dihati. Pelbagai pilihan gaya tudung dan warna yang ditawarkan hanya di Zalora Malaysia.

Jom kita lihat tiga inspirasi padanan tudung online yang mungkin gaya-gaya ini dapat berikan anda sedikit idea dalam menggayakan tudung anda.






Feminine Mist : Spray Intim Mudah Dibawa


Furley Bioextracts ditubuhkan pada tahun 2008, Furley Bioextracts adalah sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia yang berstatus BioNexus. Syarikat ini memfokuskan teknologi dan RnD mereka terhadap makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal), memantau dan menguruskan proses daripada bahan mentah hingga ke produk siap, sekaligus memastikan kualiti dan keberkesanan rangkaian produknya. Furley Bioextracts berbangga dengan keupayaannya untuk menginovasi dan mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi, konsisten dan mencukupi demi kepuasan pelanggan. Pada tahun 2013, syarikat ini telah memenangi Anugerah Paling Inovatif dalam Bioteknologi dan Agroteknologi daripada SME Corporation Malaysia.

BioNexus Dianugerahkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), status ini diberikan kepada syarikat-syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa yang layak serta sedang menjalankan aktiviti bioteknologi dan/atau sains kehidupan.

Seperti yang kita ketahui, kawasan intim sangat sensitif, memerlukan penjagaan yang rapi. Kenapa? Ini kerana kawasan intim agak lembab dan mudah dijangkiti bakteria.

Menyedari akan pentingnya penjagaan kawasan intim, Furley Bioextracts telah mencipta satu produk yang diberinama Beauté de la Botanique FemMist. Beauté de la Botanique FemMist telah direka untuk melegakan simptom-simptom masalah intim wanita seperti kegatalan, keradangan, keputihan, bau yang kurang menyenangkan dan rasa tidak selesa.

Didatangkan dalam botol semburan aluminium yang langsing dan sofistikated, FemMist mudah dibawa dan mudah digunakan; hanya semburkan dan alami keselesaan serta keyakinan serta-merta. Simpan FemMist di dalam tas tangan untuk dibawa bersama anda ke mana-mana jua!
Dibangunkan oleh Furley Bioextracts, sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia, rumusan semulajadi FemMist yang mengandungi Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim anda, sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.

Lazim digunakan dalam perubatan tradisional selama beberapa generasi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak kulit buah manggis – iaitu bahan asas FemMist – juga sesuai sebagai agen anti-keradangan, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-viral yang kuat.

Sebuah kajian oleh Taylor’s University mendapati FemMist berupaya membunuh candida albicans – salah satu punca utama jangkitan fungus – dan pseudomonas aeruginosa dalam jangkitan saluran kencing (UTIs). Beauté de la Botanique FemMist disyorkan kepada semua peringkat umur dari gadis muda sehingalah mereka yang telah menopouse. Tahap hormon berubah dengan usia dan ini boleh memberi kesan kepada bahagian intim seperti kekeringan. FemMist memastikan kawasan intim kekal segar dan juga melembapkan kulit.


Antara manfaat-manfaatnya termasuklah:
• Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
• Anti-bakteria dan anti-fungus
• Mengatasi masalah keputihan
• Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
• Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
• Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
• Kesan melecet
• Menganjalkan dan memutihkan
• Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
• Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
• Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
• Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang peringkat proses).

*Cadangan penggunaan: Gunakan tiga kali sehari, atau selepas ke tandas agar kekal segar sepanjang hari.

Untuk lebih detail bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts
WEB : http://www.furleybio.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/furleybio?fref=ts ,
INSTAGRAM : https://instagram.com/furleybio/ ,
TWITTER : https://twitter.com/furleyb .


Korean Drama | Two Weeks

Jang Tae San adalah seorang lelaki yang telah menjalani kehidupan yang bermakna dan tidak pernah difikirkan ke arah masa depannya. Dia melarikan diri selepas dituduh membunuh. Tambahan pula, beliau mendapati bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan yang kini menghidap leukemia. Drama ini merangkumi tepat dua minggu, dan menceritakan tentang perjuangan terdesak Tae San untuk menyelamatkan anak perempuannya. Drama bersiri 16 episod ini betul-betul menguji jiwa nurani aku. Sedih, gembira, derita dan bahagia yang diketengahkan mampu membuatkan kau hanyut dalam dunia aku sendiri ketika menontonnya.

Antara peneraju utama Drama Two Weeks

Ryu Su Young

Park Ha Sun

Kim So Yun
Kim Hye Ok