Nasib Atau Takdir

Aku nak berblogging tapi tak tahu mana permulaannya. Segalanya bersimpang siur dalam kepala aku. Nak bermula disini, tapi kenapa tidak disana terlebih dahulu. Nak bermula disana, tapi kenapa tidak disini terlebih dahulu. Hurmmm... hati aku sedang kacau sebenarnya. 
Ini ke rentak tahun 2021 yang harus aku ikut? Rasanya terlalu banyak pahit berbanding kemanisan. Terlalu banyak kepedihan yang perlu aku hadap berbanding kegembiraan. Sakit! Terlalu sakit sebenarnya untuk aku lalui semua ni. Di tempat kerja, ragam sebegitu. Luar waktu kerja, ragam sebegini. Habis ragam aku, siapa yang nak ikut rentak?

Penat dengan perangai manusia yang tak memikirkan hati dan perasaan orang lain. Dalam semua benda hanya dia yang betul. Dalam semua perkara, perlu ikut telunjuk dia. Kenapa? Kami pun ada hak. Kami pun boleh bersuara. Tapi penghujungnya suara kami ditolak ketepi. langsung tidak didengari.

Pengalaman yang terlalu perit untuk aku hadapi. Berdepan dengan manusia yang mendabik dada. Peraturan ditolak ketepi. Arahan diberi tanya memikirkan akal yang waras. Akibatnya, kami yang menanggung. Hurmmm... 



Awal Tahun 2021 Yang Mencabar

 Assalamualaikum...

Semestinya berhabuk, bersarang sudah blog kesayangan aku. Berhari, berminggu, berbulan dan rasanya hampir sudah aku tidak ambil peduli. Well, aku sibuk weh!! Yesss, sibuk dengan masalah dunia, masalah peribadi, cerita di kedai kopi... Kihkihkihhhhh... guraulah!

Okay, sebenarnya dari pertengahan tahun lepas sehinggalah ke hari ni aku masih gagal nak bahagiakan masa. Gagalkah aku? Yes! Sebab bermula pertengahan tahun lepas, rutin harian aku berubah 360 darjah. Berubah terus beb. Kalau sebelum ni tempat kerja lama, aku mulakan kerja seawal jam 9 pagi dan habis kerja jam 6petang. Tapi bila masuk ke company baru, aku terpaksa masuk kerja seawal jam 7pagi dan habis kerja jam 7malam. Di company baru juga, aku ada shift. Ada night shift beb! Seminggu aku morning shift dan seminggu aku night shift, bergilir gilir setiap minggu dan begitulah seterusnya. 

Berasa agak penat, tapi kadang kala aku happy dengan suasana di tempat baru ni. Kenapa aku happy? Well, mungkin sebab ini department baru dan aku merupakan salah seorang yang terawal bekerja di department ni so skrg aku sudah boleh dipanggil otai kot. Kihkihkihhh... otailah sangat! Waktu mula mula dulu memang happy tapi skrg happy suam suam kuku. Biasalah department engginering mana pernah ngam dengan production. Ada je benda yang nak digaduhkan. Lagi lagi bila operetor baru yang jaga machine. Jangan terkejutlah kalau down time untuk mechine tersebut luar biasa banyaknya. Boleh dikatakan normallah, sekiranya setiap hari ada isu machine rosak.

Selain dari masalah kerja, aku juga ada sedikit masalah kesihatan. Sedikit ke? entahlah, bagi aku agak banyak masalahnya. Permulaannya aku bertahan dengan hanya makan ubat dari Klinik penal tapi bila dah tak tahan sangat, aku teruk ke hospital bahagian kecemasan. Tung tang tung tang setelah pemeriksaan apa yang patut akhirnya aku perlu dirujuk kepada doktor pakar. 

Hari ni merupakan hari pertama temujanji aku dengan pakar sebenarnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Aku ke hospital pagi tadi seawal jam 8.30 pagi, padalah temujanji aku jam 9.30pagi. Saja aku datang awal, dengan harapan dapat selesaikan segala urusan awal so boleh balik awal. Untuk hari ni lagi sekali aku kena ambik darah. Selain tu aku juga kena buat Xray. Rasanya tahun ni merupakan tahun yang agak mencabar untuk aku, kesihatan merudum. Pertengahan bulan nati aku perlu datang lagi untuk ambil darah dan awal bulan depan aku perlu datang lagi untuk temujanji doctor pakar.

Doakan aku kembali sihat seperti biasa ya. Semoga segala urusan aku dipermudahkan. 






Doa Hari Isnin

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Doa Hari Ini Isnin

22.02.2021


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam  ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.


Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…


Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..


Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.


Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyayang.


Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.


Ya Allah jauhkanlah kami dari riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, berezeki dengan limpahan kurniaanMu.


Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.


Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan

lah hati kami pada`MU.


Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.


Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.


Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.


Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.


Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .


Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.


Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.


Ya Allah bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.


Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak dari kami kecil lagi.


Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami.


Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.


Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.


Ya Allah limpahkan ketaqwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.


Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.


Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersungguh- sunguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.


Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.


Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang. Ampuni lah kami dan terima lah taubat kami.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين