Memaparkan catatan dengan label ag. Papar semua catatan

Alhamdulillah Untuk Segala Nikmat DariNya

 Assalamualaikum..

Dikeheningan malam ni, jari jemari aku kembali menari diruangan ini. Sungguh, setiap taipan aku diiringi dengan satu perasaan yang tak dapat aku ungkap.

Dikala aku dah menyerah dan hanya berserah, disaat aku dah tetapkan satu titik lain untuk aku fokus, rezeki yang aku harapkan berkunjung tiba juga. Alhamdulillah.

Untuk korang yang rajin singgah ke ruangan aku ni rasanya dah tahu kot, bertapa usahanya aku cari kerja untuk tahun ni. Dah pelbagai cara aku buat tapi hasilnya langsung tiada. Sampai satu tahap, aku penat berharap. Aku putus asa. Dah malas nak pegi temuduga setiap kali ada temuduga terbuka. Frust wehhh.. penat aku print resume. Penat aku buat itu ini. Bukan sekali dua tau tapi berkali kali. Lalu akhirnya aku taked untuk berhenti berharap.

Seminggu sebelum Hari Raya Korban hari tu, aku skroll tiktok. Aku jumpa ilmu bermanfaat dan aku tekad untuk jadikan platform tu sebagai cara untuk aku dapat side income. Hampir sebulan dah perjuangan aku. Alhamdulillah, nampak hasilnya. Aku cuba untuk lebih serius dengan cara join program mentor mentee. Dikala usaha dan semangat aku sedang membuak buak ni, tetiba aku dapat sekeping mesaj bertan


ya adakah aku berminat untuk datang temuduga. Aku macam.... bila masa plak aku apply kerja dekat company ni. Rasanya tak pernah kot sebab agak jauh dari rumah aku. Tapi takpe, aku terima pelawaan tersebut.

Untuk kali ni aku tak bersungguh sangat sebab dah penat nak berharap kot. Punyalah tak bersungguh, resume pun aku tak update. Pakai jelah resume lama yang dah print, segala sijil bagai lupa aku nak photocopy.


Waktu hari temuduga rasa gementar aku pun dah hilang. Segala yang ditanya, aku jawab seadanya. Berkenaan kerja kerja aku sebelum ni pun dah banyak aku lupa. Maklumlah aku tak study oun sebelum hadiri temuduga kali ni. Aku jujur je terus mana yang tahu dan mana yang tak tahu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan aku.

 Penemuduga tu baik sangat. Banyak dia tolong aku. Sebelum selesai sesi temuduga, aku dibawa masuk site. Okey, panas, habuk, berdebu. Bagi aku normal persekitaran sebegitu. Penemuduga juga seakan yakin dgn ketahanan lasak aku. Dalam hati aku doa semoga ada rezeki aku untuk position ni.


Keesokan harinya, HR whatsApp aku untuk datang temuduga kali kedua. Waktu ni barulah aku tak senang duduk. Barulah rasa sedikit yakin. Barulah rasa ada sedikit sinar untuk aku kembali bekerja dalam bidang teknikal. Waktu ni barulah aku ulangkaji sikit apa yang patut. Tak senang duduk aku selagi tak selesai temuduga kali ni. Menghitung hari aku menanti temuduga kali ni. Takut, gementar, teruja, sedih dan gembira bersilih ganti beb.


Hari yang ditunggu telah tiba. Awal betul aku datang. Penemuduga kali ni orang lain pula. Kalau sebelum ni hampir 3jam aku ditemuduga, agaknya kali ni berapa lama lah erk?

Soalan yang ditanya agak killer untuk aku. Soalan random pun mematikan akalan aku seketika. Alhamdulillah, penemuduga kali ni jugak baik orangnya. Banyak soalan ditanya, disuruhnya bercerita itu ini dan sebagainya. Perasaan gementar aku memang tak terkawal sampaikan suara pun hampir bergetar. Percakapan hanya senafas, mungkin lupa seketika cara untuk bernafas kot. Hahahaa! punyalah nervous aku ketika itu. 


Alhamdulillah, dipenghujung sesi tenuduga aku dapat khabar gembira. Aku lulus dan diterima. Tak tergambar perasaan gembira aku ketika itu. Aku gembira tapi terselit juga risau. Risau nak berjauhan dengan anak kesayangan aku. Hurmnn... masalah pulak erkk..


Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Aku dapat kerja. Aku jumpa pengasuh anak aku. Semoga anak aku okeylah dengan pengasuhnya nanti. Semoga aku kuat untuk lalui cabaran ditempat kerja baru nanti.


Sahabatku, doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku dan anakku ye.





Sarapan | Nasi Goreng Ikan Untuk Anak Solehah Ibu

 

Assalamualaikum.. selamat pagi.. 

Pagi ni anak solehah ibu bangun awal. Wah.. muka ada senyum ye.. tidur lena malam tadi.. cukup tidur.. mood cantiklah tu. Alhandulillah.


Pagi ni ibu mikir nak masak apa untuk anak ibu. Plan malam tadi, untuk sarapan pagi nak beli nasi lemak je tapi cuaca tak mengizinkan untuk kelur. Pagi ni cuaca mendung, guruh dan hujan renyai renyai. Jadi ibu batalkan saja plan malam tadi ye.


Fikir punya fikir, teringat ada sekor lagi lebihan ikan goreng malam tadi.. tengok nasi semalam ada lagi sikit.. okey dapat idea masak nasi goreng ikan untuk anak ibu.. Sedap ni. Dah lama tak masak nasi goreng ikan. 

Bahan untuk nasi goreng ikan sangatlah simple.. bawang putih, bawang besar dan halia tu cincang halus. Ibu cincang sebab anak solehah ibu ni tak suka bawang. Jadi untuk elakkan si kecik ni buang bawang dalam masakan, ibu cincanglah.. Halia tu ibu suka guna untuk kurangkan bau ikan..  lagi satu, anak solehah ibu suka makan halia. Lagi lagi kalau halia yang dipotong panjang panjang dalam sup.


Bahan tu tumis bersama cili kisar sikit.. agak agak cili tu dah masak bolehlh masukkan ikan. Gaul gaul sekejap dan masukkan nasi putih. Kacau kacau sampai sebati dan siap. Garam dan perasa tambahan jangan lupa plak, kang tawar rasanya nanti. Hah gitchuuu. 


Alhamdulillah.. anak solehah ibu makan siap bertambah ye. Suka betul ibu tengok anak solehah ibu ni berselera makan. Sambil dia makan, sambil disuapnya kat ibu. So sweetlah baby girl ibu ni. Selalu kongsi makanan dia dengan ibu. Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa. Aamin. 


Perempuan Itu

 Perempuan..

Kelihatan lemah lembut, sopan santun

Dari raut wajahnya terpancar kegembiraan

Seakan tiada bebenan masalah

Dari nada suaranya kedengaran ceria

Terserlah dengan senyumannya

Mereka yang melihat terasa bahagia

Namun, tanpa siapa sedar hakikat sebenarnya

Perempuan itu menyimpan sejuta perasaan

Ada kala gembira, ada kala bahagia

Namun sering kali berduka

Sendirian memendam rasa

Keseorangan menahan tangisan

Pada siapa harus bersandar

Penat lelah tak siapa peduli

Kuatnya perempuan itu kerana yang dia sayangi

Semoga perempuan itu terus kuat, tabah

Semoga kebahagiaan sentiasa milik perempuan itu

Semoga perempuan itu akan rasai manisnya sebuah kehidupan.




Move On | Kisah Silam Lipatan Sejarah

Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Kisah lalu. Kisah silam. Lipatan sejarah.
Kisah lama tidak perlu diungkit. Teruskan perjalanan bersama kisah baru dan teruskan mencipta kenangan baru.

Kenangan lama bagaimana?
Perkara yang lepas hanya kenangan!! Kenangan yang takkan mungkin dapat dikembalikan. Andai berputar kembali takkan mungkin sama seperti yang sebelumnya.

Itulah salah satu ayat yang menjadi pegangan aku.

Sakit. Pedih. Derita. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Tapi jangan sesekali menafikan hak diri sendiri untuk bahagia. Jangan menidakkan kebahagiaan yang mendatang dalam hidup kita. Buka hati, buka mata untuk selami keindahan dalam kehidupn ini. 

Senyum. Gembira. Bahagia.
Jangan terlalu leka dengan kehidupan. Ada kalanya kemarau akan melanda. Ajari diri jangan terlalu cepat melatah. Selami diri sendiri. Disebalik kebahagiaan pasti akan terselit tangisan. Itulah yang dinamakan renca kehidupan. 

Dalam kesedihan terselit kegembiraan. Dalam penderitaaan pasti ada kebahagiaan. Dalam derita pasti ada senyuman. Ingatlah wahai diri sendiri. Sesakit mana pun kau jatuh, tetaplah bangun kembali. Seteruk mana pun kau rebah, tetaplah berdiri megah. Jangan pernah kau mengalah. Hidup kau untuk kau dan keluarga. Jangan biarkan orang lain tertawakan dirimu. Jangan biarkan orang lain terus memijak kebaikanmu..

Ingatlah wahai diriku..
Jangan sesekali menyusahkan orang lain
Jangan sesekali sakiti hati orang lain
Jangan sesekali berbuat jahat terhadap orang lain
Jangan biarkan aura negative menakluki dirimu
Biarlah positive mewarnai kehidupanmu.
Sejahat mana pun orang pastikan kau berbuat kebaikan

Sabarlah diatas setiap kejahatan yang mendatang
Tabahlah diatas setiap keresahan yang dirasai
Kerna kemanisan pasti ada
Yakin. Percaya dengan kehidupan ini
Teruskan perjalanan susuri denai kehidupan
Semoga segala kepahitan yang aku rasai cepatlah berlalu pergi dan diganti dengan kemanisan yang tidak aku duga. Aamin.






Jaga Keaiban Diri Sendiri

 Apapun terjadi, jangan bagitau aib sendiri pada pasangan. Sebab nanti pasangan akan 'overthink'. Tak semua perkara kau perlu jujur. Aib itu hanya kau simpan seorang saja. Serahkan saja pada Tuhan. Jangan sibuk-sibuk nak tahu atau ceritakan aib seseorang. Bukan senang nak lupakan.




Tips Kesihatan Di Bulan Puasa


Ramadhan dah tiba. Semoga ramadhan kali membawa 1000 keberkatan dalam hidup kita.

Dan ni Ain nak share 5 tips kesihatan dibulan RAMADHAN.

1) Banyakkan minum air, terutama air kosong. (Jangan minum waktu siang pulak ye)😅

2) Elakkan minuman berkafein

3) Elakkan tidur yang melampau. Konon2 bulan puasa la kan👎

4) Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng

5) Banyakkan makan buah-buahan

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan selamat berpuasa☺