09 Mei 2016

Pencarian tempat paktikal yang rumit


Assalamualaikum

Sekejap masa berlalu. Dalam tak sedar, bulan Mei dah muncul. Maknanya berbaki lagi sebulan untuk aku habiskan on job training. Hurmmm cepatnya masa berlalu. Sis-sisa baki penghabisan yang ada ni, aku sibuk mencari tempat untuk on job training yang seterusnya.

Stress! hanya tu yang mampu aku perkatakan. hari-hari duduk fikir pasal tempat nak praktikal. Mengadap laptop, cari tempat. Mengadap telefon, cari tempat. tapi tidak jugak dapat!

Serabut! Kalau ikutkan hati aku nak mintak cuti seminggu. Biar senang sikit, aku nak ke hulu ke hilir pepagi hari mencari tempat. Tapi apakah daya. Keadaan tidak mengizinkan. Nanti apa aku nak tulis dalam buku report praktikal. Apa alasan kukuh yang aku nak bagi pada lecture yang handle bahagian industri. Oichhh tidakkkk, serabut giler!

Sebenarnya macam-macam benda yang berman dalam kepala hotak aku ni. Macam-macam benda yang nak dibuat, yang dirancang tapi entahlah. Keadaan seperti tidak mengizinkan. Masa pun dah semakin suntuk. Macam nak menangis je. Ini padah akibat buat kerja last minute barangkali. Tapi bukannya last minute sangat pun sebenarnya. Entahlah! Rasanya berbaki lagi dua minggu kowt untuk aku cari tempat on job traning seterusnya tu. Kalau tidak, maybe aku terpaksa tanggu semester kowt. Oich tidakkk! Tak nak!

Aku mencari tempat untuk on jon training di sekitar kawasan Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu. Tapi sekiranya di sekitar Kuantan, masih boleh dipertimbangkan lagi. Sekurangnya dekat sikit nak balik kampung. Hurmmmm.. entahlah.. Aku pun buntu memikirkan tempat untuk latihan industri tu. Makin difikirkan, makin kusut. Bila tak difikirkan, jadi serabut.

Aku harap, akan dapat untuk praktikal seterusnya dalam masa terdekat. Aku dah tak larat nak berfikir dah. Dah tak larat nak mencari dah. Dah mati akal, putus idea, kering kontang. Almaklumlah tengah kepanasan ini. Heheee




Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

5 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan! :)

    BalasPadam
  2. bukan senang ye nak dapat tempat praktikal. semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  3. JALAN-JALAN SINGGAH

    http://jmbelog.blogspot.my/

    http://ohbloggerr.blogspot.my/

    BalasPadam