19 Jun 2018

Cara Rawatan Kencing Manis

MERAWAT KENCING MANIS ...

Cara merawat kencing manis paling berkesan

Saya dapat maklumat ini dari whatsapp group family saya.

Keaslian dan kesohehan info ini tak dapat dipastikan.
Saya tak boleh jamin ianya betul-betul mujarab atau tidak.

Tapi kalaulah saya seorang penghidap kencing manis, tentunya saya akan cuba cara rawatan ini. Mana tahu ia betul-betul berkesan. Siapa tahu kan?

So, boleh cuba kepada yang nak mencuba.

Namun, saya berlepas diri dari sebarang tanggungjawab sekiranya ia tak berkesan atau memberikan kesan lain pada yang mencuba.

Baiklah. Ini perkongsiannya :

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya dah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan-kawan saya sembuh selepas saya bagi cara merawat kencing manis paling berkesan .



Cara merawat kencing manis paling berkesan

Ambil sebiji limau nipis.

Sumbat sebiji garam kasar di dalam limau tersebut.

Kemudian rebus limau yang disumbat garam itu dengan 3 gelas air.

Rebus agak lama dari 3 gelas air, rebus lama sampai airnya tinggal agak-agak 1 gelas.

Siap rebus, kemudian hancurkan limau tadi. Yang penting biji limau tu mesti dihancurkan bersama-sama. Boleh guna senduk untuk hancurkannya.

Apabila dah hancur, tapis air tu dan sejukkannya.

Apabila dah sejuk, bolehlah diminum air tu.

Masa minum tu, sila sediakan gula-gula atau makanan yang manis-manis kerana biasanya gula dalam badan akan jadi sangat rendah.

Garam kasar, size biasa jer. Tak perlu la besar sangat. Belah sikit limau tu untuk sumbat garam tu.Amalkan dengan minum air tu selang sehari.

Ingat, yang penting hancurkan biji limau tu. Sebab kalau tak hancur, penyakit kencing manis tak akan sembuh sepenuhnya. Walaupun ia dapat mengurangkan, tapi tak sembuh sepenuhnya kalau tak hancurkan biji limau tu.



Saya dapat kaedah cara rawatan ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah subhanahu wata’ala, kerana waktu itu kaki saya dah hampir nak dipotong sebab dah busuk.Tapi Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, sekarang ni dah 6 tahun saya pulih sepenuhnya. Saya juga kini saya tak pernah pantang makan gula lagi.


Semoga bermanfaat insyaAllah.
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan: