Didik diri supaya sentiasa bergantung kepada Allah


Ada orang jodoh awal,
ada orang jodoh lambat sikit,
ada orang jodoh mudah,
ada orang jodoh payah sikit,
kenapa harus bersedih,
takdir kita Allah yang tentukan,
Allah, diulangi.. Allah
Allah itu Maha Besar
dan tiada yang besar di hati ni selain Allah
Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita
cuma kita yang kena belajar untuk melihat
dari semua sisi dan segi
mencari hikmah dari setiap yang terjadi
didik diri untuk sentiasa bergantung
dan berharap pada Allah,
lapang dada dalam segala ketentuan dan
sentiasa menjadi hamba yang bersangka baik kepada Allah.

Terasa nak marah isteri, renunglah


Kalau terasa nak marah pada isteri,
pergilah ke tempat yang sunyi
dan renungkan sesuatu.

Siapakah yang basuh pakaian aku,
menyiapkan makanan aku,
menyediakan empat tidur aku,
yang kekadang terpaksa membuka pintu untuk aku
yang pulang lewat malam

dan yang paling wajib diingati

siapakah yang bergadai nyawa melahirkan zuriat aku

setelah mendapat jawapan,
belilah sejambak bunga dan
pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa

Terbuka saja pintu, teruslah peluk isteri dan berkata,
I need you, I miss you, and thanks you for everything
you did to me

Kemudian bagi bunga dan tengok wajah isteri bagaimana,
cuba perhati reaksi isteri,
Tak percaya? cubalah lakukan.

Hargailah isteri,
kerana dialah insan yang sentiasa ada disisimu
dikala kau susah dan senang
kerana dialah bidadari syurgamu
kerana dialah guru untuk anak-anakmu
kerana dialah sahabat dikala kau  memerlukan
kerana dialah tempat untuk kau berkongsi masalah
sayangilah isteri..