Assalamualaikum..
Dikeheningan malam ni, jari jemari aku kembali menari diruangan ini. Sungguh, setiap taipan aku diiringi dengan satu perasaan yang tak dapat aku ungkap.
Dikala aku dah menyerah dan hanya berserah, disaat aku dah tetapkan satu titik lain untuk aku fokus, rezeki yang aku harapkan berkunjung tiba juga. Alhamdulillah.
Untuk korang yang rajin singgah ke ruangan aku ni rasanya dah tahu kot, bertapa usahanya aku cari kerja untuk tahun ni. Dah pelbagai cara aku buat tapi hasilnya langsung tiada. Sampai satu tahap, aku penat berharap. Aku putus asa. Dah malas nak pegi temuduga setiap kali ada temuduga terbuka. Frust wehhh.. penat aku print resume. Penat aku buat itu ini. Bukan sekali dua tau tapi berkali kali. Lalu akhirnya aku taked untuk berhenti berharap.
Seminggu sebelum Hari Raya Korban hari tu, aku skroll tiktok. Aku jumpa ilmu bermanfaat dan aku tekad untuk jadikan platform tu sebagai cara untuk aku dapat side income. Hampir sebulan dah perjuangan aku. Alhamdulillah, nampak hasilnya. Aku cuba untuk lebih serius dengan cara join program mentor mentee. Dikala usaha dan semangat aku sedang membuak buak ni, tetiba aku dapat sekeping mesaj bertan
ya adakah aku berminat untuk datang temuduga. Aku macam.... bila masa plak aku apply kerja dekat company ni. Rasanya tak pernah kot sebab agak jauh dari rumah aku. Tapi takpe, aku terima pelawaan tersebut.
Untuk kali ni aku tak bersungguh sangat sebab dah penat nak berharap kot. Punyalah tak bersungguh, resume pun aku tak update. Pakai jelah resume lama yang dah print, segala sijil bagai lupa aku nak photocopy.
Waktu hari temuduga rasa gementar aku pun dah hilang. Segala yang ditanya, aku jawab seadanya. Berkenaan kerja kerja aku sebelum ni pun dah banyak aku lupa. Maklumlah aku tak study oun sebelum hadiri temuduga kali ni. Aku jujur je terus mana yang tahu dan mana yang tak tahu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan aku.
Penemuduga tu baik sangat. Banyak dia tolong aku. Sebelum selesai sesi temuduga, aku dibawa masuk site. Okey, panas, habuk, berdebu. Bagi aku normal persekitaran sebegitu. Penemuduga juga seakan yakin dgn ketahanan lasak aku. Dalam hati aku doa semoga ada rezeki aku untuk position ni.
Keesokan harinya, HR whatsApp aku untuk datang temuduga kali kedua. Waktu ni barulah aku tak senang duduk. Barulah rasa sedikit yakin. Barulah rasa ada sedikit sinar untuk aku kembali bekerja dalam bidang teknikal. Waktu ni barulah aku ulangkaji sikit apa yang patut. Tak senang duduk aku selagi tak selesai temuduga kali ni. Menghitung hari aku menanti temuduga kali ni. Takut, gementar, teruja, sedih dan gembira bersilih ganti beb.
Hari yang ditunggu telah tiba. Awal betul aku datang. Penemuduga kali ni orang lain pula. Kalau sebelum ni hampir 3jam aku ditemuduga, agaknya kali ni berapa lama lah erk?
Soalan yang ditanya agak killer untuk aku. Soalan random pun mematikan akalan aku seketika. Alhamdulillah, penemuduga kali ni jugak baik orangnya. Banyak soalan ditanya, disuruhnya bercerita itu ini dan sebagainya. Perasaan gementar aku memang tak terkawal sampaikan suara pun hampir bergetar. Percakapan hanya senafas, mungkin lupa seketika cara untuk bernafas kot. Hahahaa! punyalah nervous aku ketika itu.
Alhamdulillah, dipenghujung sesi tenuduga aku dapat khabar gembira. Aku lulus dan diterima. Tak tergambar perasaan gembira aku ketika itu. Aku gembira tapi terselit juga risau. Risau nak berjauhan dengan anak kesayangan aku. Hurmnn... masalah pulak erkk..
Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Aku dapat kerja. Aku jumpa pengasuh anak aku. Semoga anak aku okeylah dengan pengasuhnya nanti. Semoga aku kuat untuk lalui cabaran ditempat kerja baru nanti.
Sahabatku, doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku dan anakku ye.
Tiada ulasan