Sayangnya Allah kepada Perempuan
11 November 2016
Siapa kata jadi perempuan tu senang..?
Nak kena tutup sana, tutup sini.. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.. Perempuan, stokin pun kena pakai.. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.. Confirm tak tahan bertutup semua.. Tapi, perempuan cool je.. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah.. Hebat kan perempuan..?
Siapa kata jadi perempuan tu senang..?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.. Nak pergi kelas pun susah.. Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit.. Cuba tengok budak lelaki, selamber je.. Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.. Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je.. Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.. Hebat kan perempuan..?
Siapa kata jadi perempuan tu senang..?
Hati ni Allah jadikan lembut betul.. Cepat je sensitif.. Cuba tengok orang putus cinta, selalu perempuan yang paling susah nak lupa.. Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru.. Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan, siapa yang paling teruk menangis..? Perempuan kan..? Lelaki boleh gelak-gelak lagi.. Lembut tak hati perempuan..? Tapi, dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.. Hebat tak perempuan..?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni la, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.. Kita cakap, Allah tak adil.. Kenapa Allah lebihkan lelaki..? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami..? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.. Bak kata orang,
"Nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan"
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan di luar sana yang tidak pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,
"Lelaki tak payah tutup pun"
Kita berani bertepuk tampar dengan lelaki, kita sanggup gadaikan diri kita sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.. Tak kesian ke dekat diri kita..?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, kita sanggup rosakkan diri kita.. Kita cakap kita buat macam tu sebab Allah tak adil.. Persoalannya sekarang, bet ke Allah tidak adil dengan perempuan..? Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya.. Betul, isteri kena ikut cakap suami.. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.. Tak adil lagikah Allah pada perempuan..?
Kenapa perempuan hebat..?
Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.. Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.. Banyak lagu pasal perempuan kan..? Contohnya macam lagu SUMAYYAH.. Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan.. Sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.. Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya.. Orang akan cakap,
"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"
Kita tak pernah dengar orang cakap,
"Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' kan..?"
Hebat tak Allah jadikan perempuan tu..?
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan..?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.. Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.. Tengok hadis ni,
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Sahabatku yang perempuan, sedarlah.. Betapa sayangnya Allah dekat kita.. Betapa cintanya Allah dekat kita.. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas kepada Allah..? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.. Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita dijadikan hiasan.. Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.. Kesiannya dekat diri kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..?
Moga gelaran solehah..bidadari Syurga menjadi milik kita..bertaqwa la kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, Syurga akan menjadi milikmu..in shaa Allah
Tags:
agama,
Info,
Isu semasa,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Renungan
Jus Qalbi Al-Ehsan Pencuci Kolestrol Baik Untuk Kesihatan
07 November 2016
Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan.(Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan.
Tanda-tanda Kolestrol yang tinggi
**Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
**Timbul bintik-bintik putih (biji kolestrol) pada bahagian bawah mata,
kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
**Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
**Sering berasa sakit kepala.
**Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan,
sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
**Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
**Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Agak-agak korang ada tak mengalami simptom-simptom seperti di atas? Jangan risau. Jom saya perkenalkan satu produk untuk atasi masalah kolestrol yang bermaharajalela dalam badan kita.
Saya memperkenalkan JUS QALBI AL-EHSAN. Produk terbaik untuk membantu menstabilkan kadar kolestrol dalam badan kita. JUS QALBI AL_EHSAN diperbuat daripada 5 gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Lemon, Madu, Halia, Bawang Putih & Cuka Epal ia mampu membantu mengawal kadar kolestrol sekaligus menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Untuk pengetahuaan anda, JUS QALBI AL_EHSAN dihasilkan tanpa bahan pengawet, mampu baikpulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, 'stroke', sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan sekiranya diamalkan secara berterusan.
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti jantung tersumbat, athma, tekanan darah tinggi, kolestrol, resdung, arthritis, gout, kencing manis, kebas tangan kaki dan sembelit adalah sangat digalakkan mengambil JUS QALBI AL-EHSAN ini.
Selain itu, JUS QALBI AL-EHSAN juga merupakan sejenis minuman suplemen yang mampu menjana tenaga tambahan serta kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman.
Khasiat JUS QALBI AL-EHSAN
✔ Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah
✔ Membersihkan Saluran Darah /Jantung Tersumbat
✔ Membuang Angin Dalam Badan dan juga rasa Senak
✔ Merawat Angin Ahmar/Stroke juga Darah Tinggi
✔ Melawaskan Sistem Penghadaman
✔ Mencairkan Lemak
✔️ Mencairkan Darah Yg Pekat
✔ Melegakan Sakit Kepala, Sakit Badan dan Sengal2 Sendi
✔ Memberikan Tenaga dan menghindarkan rasa Letih
✔ Melegakan salur penafasan & asma.
Cara pengambilan JUS QALBI AL-EHSAN
✔ 1 sudu setiap pagi sebelum sarpan
✔ 1 sudu setiap malam sebelum tidur
✔ Minum banyak air suam untuk kesan yang maksimum
✔ **Seeloknya diambil sewaktu perut masih kosong. Tapi jika ada gastrik diambil lepas makan.**
Dengan khasiat Lemon, Halia, Cuka Epal, Madu & Bawang Putin sangat berkesan untuk kawal kadar kolestrol penyebab penyakit jantung, darah tinggi, strok & kencing manis. JUS QALBI AL-EHSAN juga sangat bagus sebagai diet sihat untuk pengambilan harian kerana ia boleh bantu anda maintain kesihatanwalaupun anda merasa diri anda sememangnya sihat!! Minumlah seisi keluarga dan sihatlah seisi keluarga.
Untuk maklumat lebih jelas dan detail mengenai cara pembelian serta testimoni produk JUS QALBI AL-EHASSAN ni, anda bolehlah singgah ke page facebook JUS QALBI AL-EHSAN atau ke instagram qalbialehsan .
Untuk lebih mudah, anda boleh terus ke
Algae Park Sdn Bhd
No 80 A,Jalan Renang 13/26,Seksyen 13,
Shah Alam,Selangor.
Tel: 03- 5511 4366
HP: 017- 7300 366 & 017- 3730 366
JUS QALBI AL EHSAN PENCUCI KOLESTROL
BAIK UNTUK KESIHATAN MAXIMUM
Langgan:
Catatan (Atom)






