03 Mac 2015

Hargailah selagi ada



Gegurl : Awak, pergilah tidur.
Boboy : Saya tak nak tidur lagi. tak mengantuk.
Geburl : Awak pergilah tidur. Saya nak tidur ni, esoklah kita sambung bergayut.
Boboy : Saya cakap tak nak. Saya rindu awak. Saya nak dengar suara awak. Nanti tak dapat nak dengar dah.
Gegurl : Apa awak mengarut ni sengal? Awak jomlah tidur. Saya mengantuk sangat dah ni.
Boboy : Ermm.. kalau awak mengantuk, pergilah tidur dulu. Saya nak tengok gambar awak kejap, lepas tu saya tidur.
Gegurl : Awak pergi tidur sekarang! Jangan nak mengada ea. Ni mesti awak nak menggatal dengan gurl lain kan. Awak curang ye!
Boboy : Dah awak ni kenapa yang nak paksa sangat saya tidur? Saya rindu awak. Tak puas lagi dengar suara awak. Tak puas lagi tatap wajah comel awak.
Gegurl : Suka hati awaklah! Mengantuk ni! *terus off fon
Boboy : *call banyak kali tapi tak berangkat*
Gegurl : *Dah tidur dengan nyenyak*
Boboy : *hantar masej kepada gegurl dia "Hurmm, saya cakap saya tak nak tidur. Saya nak tatap gambar awak puas-puas sebelum saya tidur. Sebab kalau saya tidur nanti saya dah tak boleh nak bangun lagi dah. Ingatkan nak berbual dengan awak puas-puas malam ni. Tapi awak suruh saya tidur. Tak apalah, saya ikut cakap awak. Saya tidur dulu ya. Assalamualaikum. Good night my heart. Love you so much. U'll miss me"

***esok harinya, bangun dari tidur Gegurl tengok phonenya ada banyak miss call dari boboy. Tetapi masejnya hanya satu. Gegurl menjadi hairan lalu membaca masej tersebut. Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Masej tersebut dibacanya sambil tersenyum. Mungkin boboy bergurau, detik hati Gegurl. Lantas Gegurl menelefon Boboy, namun panggilan tersebut tak berjawab. Berkali-kali Gegurl call namun tetap juga tidak diangkat. Gegurl mula merasa tidak sedap hati. Apakah maksud masej yang dihantar Boboy kepadanya. Gegurl mula resah, lantas bersiap dan pergi ke rumah Boboy. Gegurl bertanya kepada mak Boboy akan perihal Boboy.***

Gegurl : ...mana makcik??
mak Boboy : Entahlah. Dari tadi tak keluar lagi dari bilik. Mungkin tak bangun tidur lagi gamaknya,
Gegurl : Boleh tolong kejutkan dia tak makcik? Saya rasa tak sedap hatilah.
mak Boboy : Yalah. Mari nak, ikut makcik ke bilik dia.
Gegurl : Baik makcik.

***Ketukan pintu dari luar bilik Boboy langsung tiada sahutan. gegurl dan mak Boboy, memanggil nama Boboy bersilih ganti namun tiada jawapan. Gegurl menolak pintu bilik Boboy lantas memasukinya. Jelas kelihatan Boboy yang sedang terbaring di atas katil. kelihatan nyenyak sungguh Boboy tidur sambil memeluk potret Gegurl dan telefon disisi. Gegurl cuba untuk mengejutkan Boboy namun tiada tindak balas***

Gegurl : Sayang, bangunlah. Dah siang dah ni.

**Gegurl cuba mengejutkan Boboy beberapa kali namun tetap tidak bergerak. Tiba-tiba potert Gegurl yang dipeluk Boboy terjatuh, Gegurl mengutipnya dan terpandang secebis ayat di belakang potert tersebut.**

"Aku terlalu menyayangimu namun aku harus pergi dulu. Relakan kepergianku sayang"

Gegurl kaget setelah membaca ayat tersebut. Ketahuilah dia kini kenapa malam tadi Boboy berperangai sebegitu. Gegurl kesal dengan sikap dan layanannya terhadap Boboy. Sungguh pun Gegurl meraung, Boboy tetap tidak akan kembali lagi. Perginya Boboy bersama kasih suci dan ikhlasnya terhadap Gegurl.


Take Note : Sayangilah insan yang menyayangi kita. Hormati, dan jagalah perasaannya. Kita tak tahu apa yang tersirat di dalam hatinya. Sungguh pun dia menyayangi kita, jangan kadikan dia sebagai batu loncatan untuk kita menggapai sesuatu. Hargailah kehadirannya disisi kita. 



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: