06 Oktober 2017

Prosedur Menutup Dan Memulihkan Bekalan Dan Kerja-Kerja Senggaraan ACB

PSU (NO 1) SERVIS ACB

PERMULAAN

  • Pastikan kekompetenan (samaada saya orang kompeten atau berada dubawah kawalan orang kompeten. Sekurangnya kompeten Penjaga Jentera Elektrik A0 per 19(4) per 111)
  • Dapatkan PTW (Peraturan 113 arahan bertulis, di dalam PTW dinyatakan tempat, tarikh, masa dan kerja yang dilakukan)
  • Keluarkan notis kepada pengguna yang terlibat (sekurang-kurangnya seminggu lebih awal)
  • Pastikan peralatan untuk melakukan kerja mencukupi. (Alatan, perkakas, papan tanda dan pembantu. Berkerja sekurang-kurangnya 2 orang)


PROSIDUR SEBELUM MEMBUAT SENGGARAAN

  • Manualkan fire alarm system (diluar bilik PSU)
  • Buka pintu PSU seluas-luasnya dan biarkan seketika untuk peredaran udara.
  • Pasang papan tanda DILARANG MASUK di luar pintu PSU. (Peraturan 38(1))
  • Pastikan perkara berikut berada ditempatnya dan berkeadaan baik


  1. Lampu cukup terang (Peraturan 37)
  2. Tikar getah  berketebalan 5mm, 3 kaki lebar dan panjang sepanjang PSU (Peraturan 19(2))
  3. Alat pemadam api jenis CO2 (Peraturan 40) *Carbon Dioxide
  4. Gambarajah CPR (Peraturan 39) *Cardio Pulmonary Resuscitation
  5. Gambarajah Skimatik (Peraturan 19(1)(b))

SENGGARAAN

  • Membuat penilaian visual/penglihatan pada keseluruhan PSU dan catatkan kedudukan suis (berpandukan skimatik kenalpasti bahagian yang hendak disenggara)
  • Catat bacaan Voltan
  • Catat bacaan Amp
  • Catat bacaan Factor Kuasa
  • Maklumkan pada pengguna bekalan akan diputuskan
  • Matikan kesemua beban NO1 dari kecil ke besar
  • Periksa bacaan meter Amp (pastikan terdapat penurunan)
  • OFF kan busbar coupler dan periksa bacaan meter volt dan lampu penunjuk untuk memastikan bekalan telah tiada
  • Ambil castle key pada BBC dan letakkan pada ACB NO1
  • Berdiri atas tikar getah dan menghadap kea rah pintu keluar, ON kan ACB
  • Periksa indicator pada ACB, meter Volt dan lampu penunjuk untuk pastikan bekalan telah ada.
  • Beritahu pengguna bekalan akan diberikan
  • ON kan beban feede NO1 mengikut turutan dari besar ke kecil
  • Periksa Amp meter feeder NO1 (Pastikan beban mencukupi untuk menampung beban di NO2)
  • Beritahu pengguna bekalan NO2 akan diputuskan
  • OFF kan semua beban mengikut turutan dari kecil ke besar
  • Periksa bacaan Amp meter, pastikan semua beban telah dimatikan
  • Berdiri atas tikar getah dan menghadap ke pintu keluar. Trip kan ACB, tekan butang trip sekurang-kurangnya 2 kali untuk mempastikan benar benar telah trip.
  • Periksa indicator pada ACB, periksa lampu penunjuk, periksa meter voltan untuk mempastikan bekalan telah tiada
  • Ambil castle key ACB NO2 dan letakkan pada BBC
  • ON kan BBC dan  periksa bacaan meter volt dan lampu penunjuk pada feeder NO2 (Pastikan bekalan ada dan mencukupi)
  • Periksa bacaan Amp meter pada feeder NO1 sekali lagi (Pastikan  dapat menampung beban feeder NO2)
  • Beritahu pengguna bekalan sementara akan diberikan
  • ON kan beban feeder NO2 satu persatu dan periksa bacaan arus pada feeder NO1
  • Buka pintu perumah feeder NO2. Ambil handel ACB dan sebelah tangan menekan butang lock, pusing handel kearah lawan jam (Rack out)
  • ACB berada dlm keadaan bersambung (Sesentuh utama dan sesentuh tambahan bersambung)
  • ACB berada dalam keadaan ujian (Sesentuh utama terpisah dan sesentuh tambahan bersambung)
  • ACB berada dalam keadaan terpisah (Sesentuh utama dan sesentuh tambahan tidak bersambung)
  • Tarik ACB keluar dari rel (ACB berada dalam keadaan selamat, ACB bolehlah dibuka untuk membuat penyelenggaraan)
  • Kunci dan gantung papan tanda BAHAYA dan AWAS pada perumah ACB (Peraturan 112)


LAKUKAN SERVIS ACB NO 2

  • Buka kunci dan tanggalkan papan tanda BAHAYA dan AWAS
  • Buka pintu perumah ACB dan letakkan ACB pada tempat asal
  • Ambil handel dan menekan butan lock, pusing kearah jam (Rack In)
  • ACB berada dalam keadaan terpisah (Sesentuh utama dan sesentuh tambahan tidak bersambung)
  • ACB berada dalam keadaan ujian (Sesentuh utama terpisah dan sesentuh tambahan bersambung)
  • ACB berada dlm keadaan bersambung (Sesentuh utama dan sesentuh tambahan bersambung)
  • Tutup kembali pintu perumah ACB
  • Beritahu pengguna yang terlibat bekalan akan dimatikan.
  • OFF kan beban feeder NO2 dan periksa Amp meter untuk ,e,astikan beban telah off
  • OFF kan BBC dan periksa volt meter dan lampu penunjuk untuk memastikan bekalan telah tiada
  • Ambil castle key pada BBC dan letakkan pada ACB NO2
  • Berdiri di atas tikar getah dan menghadap kea rah pintu keluar ON kan ACB
  • Periksa indicator pada ACB, meter volt dan lampupenunjuk untuk pastikan bekalan telah ada
  • Beritahu pengguna bekalan akan diberikan
  • ON kan beban feeder NO2 satu persatu mengikut urutan dari besar ke kecil dan biarkan seketika ( pastikan tiada berkeadaan luar biasa berlaku seperti asap, bau, bunyi dan dll)
  • Rekodkan bacaan Amp, Volt dan Power Factor
  • Kemaskan semua peralatan
  • Tanggalkan papan tanda DILARANG MASUK pada pintu dan kunci pintu PSU
  • Autokan kembali fire alarm system
  • Batalkan PTW (Permit To Work)


Take Note : Sepanjang minggu lepas dan minggu ni, aku hanya belajar mengenai Papan Suis Utama (PSU). Minggu lepas kami ditekankan mengenai bagaimana nak buat gambarajah skematik PSU dalam masa 15minit. Fuhhhh gigih berusaha. Mengingat, menghafal dan melatih tangan supaya cekap untuk melukis gambarajah tersebut. Ingat lagi, lukisan pertama aku dikoyak tanpa segan silu. Hohoooo.. dalam masa 15 minit tu aku tak sempat nak labelkan setiap alatan dan nilai yang digunakan. Sedisss.. time tu terkial kial lagi nak mengingati satu persatu. Tapi alhamdulillah, skrg dah mahir tapi bab kekemasan masih lagi belum puas hati. Huhuu. Okay, untuk minggu ni, kami belajar mengenai prosedur untuk servis ACB dan cara untuk melakukan pengujian ke atas ACB. 

Bagi aku, nak servis ACB ni senang je sebenarnya kalau kita faham cara dan ingat step by step. Aku suka cara pengajaran dan penjelasan Encik Zul (pengajar aku). Dia akan terangkan satu persatu. Lepas tu dia akan minta seorang demi seorang cuba lakukan apa yang telah dia terangkan itu. Fuhhh mula mula memang gigil tapi bila kita sudah faham, semua tu macam satu kepuasan pulak. Kita belajar, kita faham dan kita boleh lakukan semua tu sendiri. Setiap kesalahan yang kita lakukan, dia akan tegr dan jelaskan. Kenapa salah, sebab apa salah, bagaimana nak betulkan, bila nak dilakukan dan lain lain. 

Okay, harap minggu depan aku dapat mahirkan diri dengan pengujian ACB pulak sebelum beralih ke kawalan motor. Semoga aku dapat kuasai semua ni sebelum exam dengan Suruhanjaya Tenaga bulan 12 nanti. Doakan segala urusan aku dipermudahkan ye. :)


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: