05 November 2015

Belajar buat Sambat Umbang atau Sambat Didal untuk Talian Atas

Assalamualaikum


Hari ni masuk hari kedua untuk aku dan rakan-rakan sekelas membuat latihan amali. Hari pertama *semalam* punyalah semangat kali nak beramali. Tapi untuk hari ni semangat tu bagaikan dah luntur. Letih, sakit tangan, peluh menitis, itu bukanlah perkara yang luar biasa bagi kami. Sesiapa yang mempunyai kekuatan tenaga yang lebih dan kemahiran merupakan satu kelebihan dalam membuat amali ni

Aku? Kalau nak cakap dari segi tenaga tu memang tipoo lah kalau aku tade tenaga. Tapi tenaga aku tak terbanding dengan rakan-rakan yang lain. mereka lelaki kowt, aku ladies. Semestinya tenaga mereka lagi kuat. tapi kami belajar perkara yang sama. Jadi tade pilih kasih dan juga terlebih kasih. Sama-sama perlu buat.

Kalau diikutakan waktu peperiksaan ST *Suruhanjaya tenaga* masa yang diperuntukkan hanyalah 45minit. Giler kau singkat nak mati. Hahaaa, tapi kami mengambil masa berapa jam entah nak siapkan satu Sambat Umbang tu. Tapi tape itu baru latihan. Nanti exam agak-agak dapat ke tidak settlekan dalam masa 45minit tu.

Semalam latihan, hari ni latihan dan esok dah exam. Tapi bukanlah exam dengan ST. Exam dengan lecture je pun. Tapi agak stress jugak. Lecture dah pesan awal-awal, pastikan siap dalam masa 45 minit. Siap dengan skima permarkahan kowt lecture bagi. Alamakkkk matilah nak.



























Antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan ketika membuat latihan amali Sambat Umbang untuk Talian Atas. Hahaa nak sangat belajar Chargeman A1 so sado-sado kan lah hati dan semangat.

Apa itu Sambat Didal ?
Sambat Didal adalah sejenis ikatan yang dipasang untuk membuat Umbang. Umbang berfungsi untuk mengimbangi daya-daya yang dihasilkan oleh tegangan dawai pengalir dan daya tiupan angin supaya tiang sentiasa tegak. Sambat Didal adalah sebahagian daripada bahagian Umbang. Dengan kata lain umbang hanyalah penyokong tiang...bukan sistem pembumian (earthing)...

2 ulasan: