Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Air Cucian Beras Untuk Kecantikan Muka




Setiap kali nak masak nasi, mesti kita akan basuh beras, kan? Tahukah anda air basuhan beras tu boleh menjadikan muka kita kelihatan cantik. Mudah! Tanpa memerlukan kos yang banyak untuk mencantikkan muka.

Air basuhan beras boleh dijadikan Toner Kulit - Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka. Ini dapat menghapuskan setiap kotoran dan sebum berlebihan yang ada di kulit muka. Amalkan selalu kulit muka akan lembut dan segar

Air basuhan beras boleh dijadikan Masker Muka - Air bekas cucianeberapa  beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Ambil kertas napkin dan potong di beberapa bahagian macam masker. Tuangkan air beras dalam mangkuk dan rendam kertas masker di dalamnya selama lebih kurang 10minit. Kemudian angkat dan perah. Secara perlahan tampalkan kertas itu di wajah anda dan biarkan selama 15minit. Kulit muka akan rasa lebih segar.

Air basuhan beras boleh dijadikan Pencuci Muka - Simpan air bekas beras pada sebuah botol dan gunakan setiap kali mencuci muka. Khasiatnya lebih tertumpu kepada pencahayaan muka.

Air basuhan beras boleh Mengecilkan Liang Pori - Celupkan gumpalan kecil kapas ke dalam air bekas cucian beras dan memakainya di wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Cara ini mampu mengecilkan liang pori.

Take note - Ini sebahagian petua/amalan orang tua-tua. Menjadi ke tidak, wallahualam. Kita hanya berusaha, berdoa dan tawakal. Apa salahnya kita mencuba, kan? Semoga hasilnya memuaskan hati anda. Wassalam.



1 ulasan

  1. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~

    tak tau boleh guna utk wajah, selalu buat siram pokok..ibu kata byk nutrisi utk pokok bunga

    BalasPadam