28 Jun 2017

Beza Antara Perempuan Simpanan Dan Isteri

Uncle google punya gambar

En Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya tapi isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu. Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz perempuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tiada tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti perempuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn perempuan simpanan kamu itu.

En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.






Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan: