12 Jun 2017

Allah Dah Ambil Dan Sekarang Bini Aku Sudah Tiada


Isteri dan anak adalah amanah daripada Allah buat seorang suami. Wajib bagi seorang suami untuk menjaga dan menghargai seorang isteri yang banyak berkorban untuk suami.

Namun, bagi lelaki ini sudah terlambat buat dirinya ini untuk menyayangi dan menghargai isterinya. Apabila selama hayat isterinya, dia tak pernah peduli berkenaan nafkah apatah lagi untuk memberikan kasih sayang.

Dipukul, dimaki tapi isteri tetap sabar.

BINI AKU DAH LARI...

Aku tahu kenapa bini aku lari, dulu aku jahat, tak kerja.. isteri aku senyum je pelihara biawak hidup.. mak aku, adik beradik aku semua benci aku.. tapi bini aku tetap hormat dan sayang aku.. bini aku sabar je, aku maki, aku pukul.. dia tak berhenti doa kan aku, ajar aku solat, ajar aku baca al-qur'an sampai aku baik sikit lahhh....

Bila aku jadi baik aku memang sayang sungguh kat bini aku.. ye laa... mak aku pun tak pernah paksa aku solat dulu.. mak aku pun tak pernah marah aku buat jahat.. mak aku macam tak peduli.. dia buat kerja dia je.. berniaga kedai makan.. sekarang bila aku dah baik, sayang anak bini, rajin ke masjid, dan ada sikit rezeki Allah bagi aku.. mak aku pulak ambil peranan, dia ajar aku secara halus untuk benci bini aku, aku tak perasan... SUMPAH.. aku cuma ikut cakap mak aku.. kata mak "kau jangan manja kan sangat bini".. "malu kat orang dok tolong bini buat kerja rumah"... "duit kau tu kau simpan".. "makan minum tu pakai la duit bini kau, cukup laa"... "duit kau jangan dok boros belanja"..."simpan bekalan kau tua esok2".... padahal bini aku la yang ada masa aku susah, masa mak aku buang aku dulu.. sampai bini aku meninggal sebentuk cincin pun aku tak pernah beli untuk bini aku.. kenapa lah aku buta?? kenapa lah aku tak sedar semua itu??

Bila aku ada duit aku bagi bini aku sikit je, kalau aku dapat untung RM1000, aku cuma bagi bini aku RM100/RM150 je.. tapi kat mak aku, aku bagi banyak.. sebab mak aku ni pandai "bodek" aku bila aku ada duit.. lepas tu mak aku ni jenis tak boleh tengok anak lelaki dia sayang bini.. mak aku tahu aku suka pukul bini sebab depan mak bapak aku pun aku buat.. tapi mak aku tak pernah bertegas pun dengan aku.. dia macam seronok aku marah, maki dan pukul bini aku... aku cukup berkira dengan bini soal duit.. padahal bini lah yang hari2 bagi makan, pakai aku dengan duit titik peluh dia sendiri.. tak pernah dia berkira.. bila aku berduit aku kedekut dengan bini aku..

Satu hari bini aku tak ada duit, dan anak baru mula sekolah, biasa la rezeki ada pasang surut, aku pulak masa tu ada duit, korang tau tak? aku sikit pun tak hirau masalah bini aku, dengan anak nak sekolah, letrik dua bulan dah tak bayar tapi tak terdetik pun aku nak bayar... bini aku lah yang bersusah cari duit.. bil rumah mak aku boleh pulak aku bayar, aku tak hulur kat bini aku duit, tapi aku hulur kat mak bapak aku.. padahal dorang dah berduit dan tak lah memerlukan sangat... mungkin bini aku terasa..

2/3 bulan dia nak pergi tu dia layan aku biasa2 je, bila duit aku dah habis, dia dapat rezeki banyak dia dah tak hulur kat aku macam sebelumnya..

Dia banyak buat kerja sendiri, tak bincang dah dengan aku, aku tak sedar yang dia tu berubah sebab aku, aku benci dia, aku selalu bagitau dia aku nak cari bini lain dah, aku dah benci kat dia... sampai lah dia dah pergi.. dia dah meninggal dunia.. dia meninggal secara mengejut.. petang tu kami bergaduh, aku ni entah lah.. bini aku dah buat yang betul tapi aku nampak salah jugak.. aku maki dia... aku nampak dia menangis masa solat.. malam nya lepas solat isya dia jatuh pengsan.. Allah dah ambil dia dari aku.. mesti semua boleh bayang perasaan aku dan tangisan aku malam tu.. tiga tahun aku derita macam orang gila.. kata doktor dia meninggal sebab ada pembulu darah yang pecah sebab hentakan lama... aku teringat.. adakah sebab aku yang selalu pukul dia dulu2 tanpa sebarang ehsan.. aku buat bini aku macam binatang... sekarang bini aku dah tak de.. Allah dah ambik bini aku.. sebulan lepas tu anak aku pula tinggalkan aku.. aku menyesal sebab tak pernah cuba puas kan hati bini dan anak aku.. aku selalu buat dia sedih.. tapi dia selalu senang kan hati aku.. ikut kata aku... aku tengking pun dia sabar.. aku pukul dia pun dia maafkan aku.. dah lima tahun bini aku pergi.. aku pernah kahwin lagi, tapi bertahan tiga bulan saja..

"SUMPAH"!!!!! tak ada wanita sebaik bini aku.. aku tak nak kawin lagi.. tak ada dah yang sebaik bini aku...

"Sayang, abang harap sayang ampunkan abang.. hari2 abang rindu sayang, rindu anak kita, abang tahu sayang slalu sakit2 badan, sakit kepala, sayang selalu tak sihat, tapi abang tak pernah kisah, abang biarkan sayang berfikir soal duit dan rumah, abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang"...

"Kalau sayang kembali pada abang semula, abang janji nak bahagiakan sayang, nak suruh sayang rehat tanpa fikir hal duit belanja dan semua.. abang nak jaga sayang, abang tak nak sayang buat kerja rumah, abang nak sayang rehat macam sayang jaga abang dulu.. abang rehat, abang tak fikir duit ade ke tak de ke.. yang abang tahu abang boleh dapat apa yang abang nak.. terima kasih sayang"....

YA ALLAH... abang menangis saat abang tulis ni.. sayang adalah cinta abang dunia akhirat.. abang redha keatas sayang semua nya...

NUR AIN!! AWAK ISTERI TERBAIK...
Abang dah jadi bilal masjid kampung kita sayang.. abang dah tunaikan impian sayang untuk jadi kan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok.. TERIMA KASIH SAYANG!!! DIDIK ABANG KENAL "ALLAH"....

Moga kisah ini menjadi teladan buat semua yang membaca. Hargailah seseorang sebelum Allah ambil daripada kita.....

DARI DIA KITA DATANG, PADA DIA KITA PULANG... AL-FATIHAH....

Sumber : Facebook

Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: