09 Jun 2017

Fiqh Wanita | Panduan Ramadhan Untuk Muslimah


A. PANDUAN UMUM

1. Wanita sama dengan lelaki ia juga disyariatkan untuk banyak beribadah seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an, zikir, doa, sedekah dan lain-lain.

2. Mengajarkan kepada anak-anak akan pentingnya Ramadhan bagi umat islam, dan membiasakan mereka berpuasa secara bertahap serta menerangkan hukum puasa yang boleh mereka cerna dengan tingkat kefahaman yang mereka miliki.

3. Tidak menghabiskan waktunya hanya di dapur, dengan membuat variasi makanan untuk berbuka. Beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah juga wajib dilakukan.

B. HAID DAN NIFAS

Wanita yang haid dan nifas boleh tidak berpuasa. Jika haid atau nifas keluar meskipun sekejap sebelum Maghrib, ia wajib membatalkan puasanya dan menggantinya di waktu lain. Jika ia suci di siang hari, maka untuk hari itu ia tidak boleh berpuasa, sebab pada pagi harinya ia tidak dalam keadaan suci. Jika ia suci pada malam hari, maka ia wajib berpuasa disiang harinya meskipun ia suci sesaat sebelum fajar dan baru sempat mandi setelah terbit fajar.

C. HAMIL DAN MENYUSUI

Jika wanita hamil itu takut akan keselamatan kandungannya, ia boleh berbuka. Jika kerisauannya terbukti dengan pemeriksaan secara perubatan dari dua doktor yang boleh dipercaya, hukumnya menjadi wajib demi keselamatan sang janin. Jika ibu hamil atau menyusui khuatir akan kesihatan dirinya, bukan anak atau janin, majoriti ulama membolehkan ia untuk mengganti puasanya. Ia diqiyaskan seperti orang sakit. Jika ibu hamil atau menyusui khuatir akan keselamatan janin atau anaknya, ia boleh berbuka. Setelah itu apakah ia wajib mengganti atau membayar fidyah ulama berbeza pendapat. Dalam Tarjih Muhammadiyah cukup dengan membayar fidyah tidak perlu mengganti di hari lain.

D. WANITA BERUSIA LANJUT

Jika puasa menyebabkan keadaannya sakit ia tidak boleh puasa. Secara umum orang yang berusia lanjut tidak mungkin diharapkan lagi untuk mengganti puasanya. Maka ia hanya wajib membayar fidyah.

E. WANITA DAN UBAT PENAHAN HAID

Syaikh Ibnu Utsaimin, salah seorang ulama terkemuka Arab Saudi mengatakan bahwa penggunaan ubat yang dapat melambatkan haid tidak digalakkan. Bahkan boleh memberi kesan tidak baik bagi kesihatan wanita. Kerana haid adalah hal yang telah ditakdirkan bagi wanita, dan kaum wanita masa Nabi tidak pernah melakukanya.


Persoalannya jika ada wanita yang melakukan hal ini maka:
1. Jika darah benar-benar berhenti, maka puasanya sah
2. Jika ia ragu maka hukumnya seperti wanita haid.

F. MERASAI MAKANAN

Para ulama memfatwakan tidak mengapa wanita merasa rasa masakannya, asal sekadarnya dan tidak sampai ke tenggorokan. Hal ini diqiyaskan dengan berkumur-kumur


Semoga bermanfaat untuk para wanita

Sumber : Info Islam


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: