*ADAB BERGURAU*
•••••••••••••••••••••••••••
Islam telah mengariskan bagaimana kita nak bergurau.
Kadang² bergurau dari otak dan menaip ditangan.
Kita kena faham bergurau senda yg dibenarkan dan tidak dibenarkan.
Nabi kata celaka seorang yg bercakap dusta supaya buat org lain ketawa.
Kalau kita bergurau tapi masih ingat akhirat,ini dibenarkan.
Nabi juga bergurau dan hari ini kita akan bincangkan bagaimana adab bergurau.
Ketawa pun boleh dapat pahala disisi Allah jika kita ikut adab² bergurau.
Apakah Islam Membenarkan Kita Menegur Seseorang Dengan Gurauan?
Betulkan niat nak tegur org.
Tegur itu utk nak jatuhkan maruah dia atau memang betul² niat nak tegur dia.
Boleh nak berdakwah dgn teknik bergurau.
Adakah Dibenarkan Bergurau Pada Hari Ini,April Fool?
Sejarah sebenar april fool ialah sesuatu yg diamalkan oleh org bukan islam.
Bergurau pada hari ini(april fool)elakkan gurauan tersebut.
Tak perlu ikut budaya org.
Tak sepatutnya org islam bergurau pada hari april fool.
Tinggalkan yg tidak memberi feadah.
Kadang² Kita Bergurau Melampaui Batas Hingga Ketawa Terbahak~Bahak, Bolehkah Kita Ketawa Terbahak~Bahak?
Sahabat Nabi tanya Nabi,Wahai Rasulullah dalam Islam apa yg paling utama?
Nabi kata org lain yg aman dari lisan dan tangannya.
Nabi kata jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa boleh mematikan hati.
Bersederhanalah dalam kita nak berlawak.
Jangan terlalu berlawak dan jangan tinggalkan berlawak tapi bersederhanalah.
Jgn bergurau hingga kecilkan hati dia(cth bergurau cakap dia gemuk)
Jgn bergurau dgn org yg tak suka bergurau.
Dalam Kehidupan Rumahtangga Perlu Bergurau, Mohon Ustaz Terangkan Adab² Bergurau Dalam Keluarga.
Bergurau dirumah memang ada batas² kerana ini adalah tanda hormat kepada ibubapa.
Jangan bergurau hingga terkeluar perkataan yg tak baik.
Bolehkah Bergurau Cth Abg Nak Kahwin Lagi?
Dalam nak bergurau perlu jaga 3 hal ini:
Nikah, dalam keadaan bergurau, boleh jadi betul² dan dalam keadaan serius pun boleh jadi dgn syarat²nya.
Talak, tak dibenarkan bergurau kerana boleh jatuh talak walaupun bergurau.
Merdekakkan hamba.
Mengaku nak keluar Islam (tak dibenarkan buat bergurau nak keluar islam)
Adakah Boleh Bergurau Dgn Hukum Hakam Cth Simpan Janggut Macam Kambing?
Tak boleh bergurau dgn sunnah Nabi.
Janggut adalah sunnah Nabi.
Kalau ada niat nak menghina,berdosa hukumnya.
Islam tidak membenarkan bergurau hingga mengaibkan dan melampau.
Di barat mereka berlawak hingga mengaibkan kerana kehidupan mereka seronok sahaja.
Sedangkan kita ada akhirat dan kita perlu bertaubat jika mengaibkan org itu.
Saya Buta Dan Saya Pakai Tongkat Dan Ada Org Sorokkan Tongkat Saya, Bolehkah Bergurau Macam Itu?
Tidak dibenarkan bergurau macam ni.
Ini adalah gurauan melampau.
Dan tak boleh bergurau dgn org melatah hingga mengaibkan org.
Nabi Kata Jangan Bergurau Dgn Sesuatu Perkara Yg Bohong.
Nak Bercerita Perlu Tahu Cerita Kita Benar Atau Bohong.
Apa Hukum Bergurau Double Meaning Unsur² Org Tak Suka?
Org macam ini akan menjatuhkan keaibankan dirinya sendiri.
Jangan bergurau sesuatu yg tak boleh.
Jangan bergurau dgn unsur² lucah.
Ini adalah gurauan yg berlebihan.
Tak Boleh Bergurau Dgn Bahasa Kasar Cth Panggil Seseorang Dgn Panggilan "Hai Yahudi".
Janganlah Panggil Macam Tu.
Bagaimana Bergurau Di Media Sosial Dgn Gambar Katon?
Bergurau hingga tak mengaibkan, tak mengapa.
Bolehkah Bergurau Cth Kalau Aku Mati, Engkau Ambillah Isteri Aku?
Tak elok bergurau macam ini.
Ini melibatkan hati dan perasaan.
Sebagai seorang suami,jangan bergurau sedemikian.
Bagaimana Cara Bergurau Tanpa Membuka Aib?
Betulkan niat nak bergurau.
Jangan bergurau dgn perkara² yg serius (cth kematian)
Betulkan niat itu penting.
Tulisan menggambarkan tuturkata seseorang.
Dilarang bergurau dgn menipu.
Dilarang bergurau mengaibkan apa yg ada pada badan seseorang.
Ada Benda Yg Kita Buat Selama Ini Adalah Salah Dan Perlu Diperbetulkan.
BOLEHKAH JADIKAN PELAWAK SEBAGAI PERKERJAAN?
Nabi kata banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat.
Mungkin bergurau senda itu sahaja satu perkerjaan yg boleh dia buat.
Kita suka beri org ketawa di dunia,di akhirat nanti siapa yg nak beri kita ketawa.
Jika dia buat lawak dan masih ingat akhirat,mintalah org doa²kan untuknya.
DOA BERKASIH SAYANG
Ya Allah jadikan pada hambamu ini kasih sayang pada org beriman dan jadikan kasih sayang org beriman padaku.
Bergurau Dgn Tepuk Bahu Sahabat Kita,Ini Gurauan Yg Dibenarkan.
Saling Hormat Menghormati Itu Penting.
Saidina Ali kata masukkan lawak dalam kehidupan kamu seperti kamu masukkan garam dalam masakkan kamu (secukup rasa)
Sumber : TANYALAH USTAZ TV9
(Da'i Hilman & Ustaz Ali Sabri Abd.Rahman)
Take Note : Bila aku baca dan fahami apa yang disampaikan oleh Ustaz ni tetiba rasa sebak dihati. Jahilnya aku dalam bergurau selama ini.
Tiada ulasan