Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Aku Yang Tidak Sedar Diri

Kadang kala aku hampir menyerah dengan kerja yang aku lakukan. Kadang kala aku hampir tersungkur.. serius aku cakap.. waktu minggu pertama masuk kerja tu.. dua tiga kali jugak aku  balik kerja dengan gembira.. yahoooo dah balik kerja.. dah lepas dari azah.. malam tu aku menangis sebelum tidur.. menangis dalam tidur.. menangis sampai tertidur.. tertidur dalam menangis.. penatnya kerja tak terkata.. sakit kaki sebab berdiri lama ditambah dengan kasut safety baru jadi tapaknya agak keras.. perasaan aku waktu tu tak dapat nak digambar.. dalam kepala fikir nak berhenti kerja.. berhenti kerja.. berhenti kerja.. minggu pertama akan jadi minggu terakhir kerja.. itulah yang aku fikir dan ulang hampir setiap hari.. 

Dalam masa yang sama aku perhati gerak kerja mereka.. mereka lakukan kerja tanpa merungut.. berpanas.. kena marah.. mereka tahan je.. mereka kerja 12 jam.. lagi lama berbanding aku.. hurmmm kalau mereka boleh kenapa tidak aku.. mereka merantau ke sini untuk cari rezeki.. sanggup tahan segalanya demi sesuap nasi.. mereka boleh kenapa aku tak boleh... aku fikir balik.. nak berhenti tapi sayang.. payah nak cari kerja... okay takpe.. cari dulu kerja lain.. nanti dah dapat baru berhenti kerja ni.. banyak kali aku fikir macam tu.. bongok kan! 

Alhamdulillah. Masuk minggu kedua mood aku semakin okay. Emosi aku semakin stabil. Penat tu haruslah tapi aku suka dengan kerja yang aku lakukan. Mereka yang bagi arahan kat aku pun baik. Walaupun ada dua tiga ketul pekerja yang tidak mesra alam. Alaaah abaikan mereka. Aku pun malas nak layan mereka yang tak mesra alam tu. Malas nak hilangkan mood kerja aku. Lebih baik aku fokus pada tugasan yang diberikan. Aku settlekan mana yang patut. 

Sebelum ni aku gigih cari kerja.. bila dapat kerja aku cerewet pulak.. merungut tak pernah sudah.. setiap hari monolong sendiri.. kerja panas.. kerja itu.. kerja ini.. blaa.. blaa.. bla... kejamnya aku.. malam ni bila difikirkan semua tetiba aku rasa macam bersalah.. teringat kat family di kampung.. kalau ayah sangup tahan segala liku mencari rezeki untuk kami selama ni takkan aku tak boleh nak tahan dugaan sekecil ini.. oichhh lembiknya aku..


Take Note : Tetiba malam ni nak buat entri sendu. Meluahkan apa yang terbuku dihati. Semoga suatu hari nanti dapat dijadikan pedoman untuk aku terus berusaha dan bersemangat dalam mencari rezeki membantu keluarga dan mengubah kehidupan diri sendiri. 

3 ulasan

  1. Yeaa betul.. penat kan bekerja .. Tp itulah kehidupan :)
    Semoga Kak Yong terus kuat!

    BalasPadam
  2. Permulaan bila kita berada di situasi yang baru, sememangnya akan melemahkan semangat kita, apatah lagi bila takde orang tersayang di sisi yang berada jauh daripada kita.. Tapi bila kita tekadkan diri dan niatkan diri untuk bekerja kerana Allah Taala, Insha Allah, kita akan menjadi tenang.. Akak harap semoga Kak Yong teruskan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal.. =) Fighting..

    BalasPadam