12 April 2018

Saya seorang Ambivert!


Adakah Anda Seorang Introvert atau Extravert?

Saya seorang Ambivert! 

Anda berada di tengah-tengah spektrum antara Introvert dan Extravert. Tidak berat ke mana-mana, menjadikan anda seimbang dan mampu membina hubungan baik dengan kedua-dua mereka. 


Anda boleh berada dalam suasana sosial yang ramai orang dan berinteraksi dengan mereka, tetapi mestilah ada orang yang anda kenali di situ. Malah apabila anda luangkan masa terlalu lama di situ, anda mudah lesu dan akan mula mencari-cari ruang untuk berseorangan diri tanpa ada sesiapa. 


Anda mampu untuk seimbang dalam interaksi sosial. Apabila bersosial yang bising, anda mampu menjadi pendengar yang baik. Apabila bersosial dengan orang yang pendiam, anda mampu menjadi pengisi perbualan yang baik. 


Anda seronok berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru, asalkan ketika bertemu itu anda ditemani oleh seseorang yang anda memang sudah kenal. 


Anda suka keluar rumah, tetapi ia bukan bermaksud anda suka bertemu dengan orang asing. Anda suka luangkan masa dengan diri sendiri, sama seperti anda suka luangkan masa dengan kawan (asalkan tidak melebihi 5-6 orang) 


Apabila anda membaca karakteristik Introvert, anda rasa seperti anda Introvert. Apabila anda membaca mengenai Extravert pula, pun anda dapat rasa itu diri anda. Kawan-kawan anda ada yang kata anda Introvert, ada juga kawan lain yang kata anda Extravert. Ini bermaksud, anda di tengah-tengah! 


Untuk korang yang berminat boleh ujian personality Introvert Extravert

Untuk korang nak berminat untuk tahu lebih lanjut boleh ke twitter @aimanamri
Banyak perkongsian ilmu psikologis yang dikongsi oleh beliau.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan:

  1. mcm abam kie jugak la. tengok keadaan nak jd introvert or extrovert..

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam
  2. dah try test tu. kite sama sama ambivert :D

    BalasPadam