Malam ni, sempat aku menyelit berblogging disini. Rindu nak blogging dengan tenang sebenarnya tapi keadaan masih tidak mengizinkannta lagi. InsyaAllah, nanti akan sampai masanya untuk aku habiskan separuh masa dengan berblogging. Bila? Entah. Aku pun tak pasti. Tunggu jelah masanya akan tiba. Cewahhh gitu nyah!
Nampak tak gambar cake coklat laleh tu? Menyelera sungGuh, kan! Saja nak habaq, aku tengah menikmati cake coklat laleh ni sambil dengar segmen suria cinta di radio dan ditemani plak bunyi deraian air hujan diluar jendela. Fuhhhh tangkap leleh sungguh beb!
Tak tahu. Tapi rasa mcm jiwa lara plak hati aku malam ni. Mungkin sebab terlalu penat kot atau sebab terlalu bnyak memendam. Pendam apa? Banyaklah yang dipendam! Jangan risau, insyaAllah aku larat dan mampu harungi semua ni
Pasal kerja. Alhamdulillah, segalanya okay. Alaaa normallah tu, stress. Tapi takpe, aku masih mampu hadapi stress yang muncul tu. Untuk harini, sejujurnya aku agak stress. Entahlah.. stress.. stress.. dan stress bila ditekan dan terus ditekan. Tapi takpa, aku masih mampu berhati sado, hati cekal, hati batu dan mental tak koyak rabak! Hahaaaa aku ketawa!!
Arini kerja aku settlekan sensor rubber jammed untuk machine DKM2, yang bermasalah sejak dua tiga hari ni. Semalam Adam ada cakap ynag Joe marah marah pasal sensor tu. Katanya, Joe suruh buka. Taknak dah pakai sensor tu.
Ishhh sentap kejap aku semalam. Sensor tu aku yang buat. Aku yang ukur dari A to Z. Aku yang tebuk lubang. Aku yang ikatkan skru semua. Banyak kot masa aku terbuang sebab buta sensor tu. Hurmmm.. entahlah! Bagi aku, sensor tu takde masalah kot. Aku dah perhati cara sensor tu berfungsi. Aku habiskan masa beberapa jam semata mata nak uji kaji sensor tu. Okay je. Elok je running. Okay, cuba fikir secara logik. Kalau betul sensor tu tak sesuai digunapakai, kenapa machine KM6 elok je running seperti biasa. Padahal, KM6 pun gunapakai sensor jenis tu jugak. So, macam mana?
Hari ni sehari suntuk aku bergelumang dengan senor sahaja. Kebiasaannya, setiap pagi aku akan check machine pastu letak grase pada machine tapi harini aku tak buat semua tu. Masuk je workshop pagi td, Adam terus arahkan aku settlekan sensor DKM2 tu. Aku rasa mcm nak give up jugak sebenarnya pagi tadi. Sakit tangan pintal besi. Sakit hati memikirkan hasil kerja dirombakkk. Tapi takpe. Sis tabah. Sis kuat. Hahaa sebelum lunch, aku berjaya settlekan semua tu. Lepas lunch, machine DKM2 dapat running seperti biasa. Eh.. Takdenya seperti biasa sbb machine masih lagi stop stop. Tetiba plak muncul masalah needel. Makanya, aku pun buat kesimpulan. Mungkin sensor sebenarnya takde masalah. Yang bermasalah sebenarnya needel! Needel bukan sensor! Hah puas hati aku!! Hahaaa
Lepas lunch, aku tolong Adam buat sensor untuk machine baru. Kelam kabut sungguh sebab machine tu kena running kerana produk urgent. Tapi itulah, masalah muncul. Satu persatu masalah. Tapi takpe,masalah itu harga sebuah pengalaman.
Tiada ulasan