Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hati Hiba Tak Siapa Yang Tahu

Kau tak mungkin kenal aku..
Kerana kau tak pernah cuba mendekati..
Mana mungkin kata cinta itu benar..
Andai perlakuanmu menyiksa sanubariku..

Kau tak mungkin tahu isi hatiku..
Kerana kau tak pernah cuba peduli..
Apatah lagi semua kata rindumu..
Bagai diangin lalu..

Sebelum kau mendustai..
Aku terlebih dahulu menyedari..
Namun langkah kaki ini seakan kaku..
Untuk berlari pergi..

Sebelum kau menolak aku..
Sudahpun aku tersungkur kebumi..
Terluka segala perasaan..
Malah berdarah mencemari percintaan..

Mana harus aku sandarkan segala kekecewaan ini?
Pada siapa harus aku mengadu pilu?
Akan terdengarkah oleh kau semua esak hiba lara hatiku?
Mungkinkah akan kau peduli?
Atau kau menoleh pergi seperti tiada hati?

Hibalah jiwaku yang makin kosong..
Merataplah perasaan..
Kecewa ini tiada pengubatnya..
Adilkah aku disakiti begini?
Oleh insan bernama lelaki...?


Tiada ulasan